Showing posts with label Tengku Razaleigh Hamzah. Show all posts
Showing posts with label Tengku Razaleigh Hamzah. Show all posts

Friday, July 26, 2024

Ku Li jelaskan mengapa Anwar akan terus berdepan defisit sokongan Melayu

malaysianow.com.my
MalaysiaNow
Julai 26, 2024 

Veteran Umno itu mengakui kebersamaan Umno dengan PH akan menenggelamkan parti Melayu itu.
Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh Hamzah berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sukar mendapat sokongan Melayu disebabkan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya masih berteraskan bukan Melayu.

"Base (teras) dia Cina, macam mana orang Melayu nak berharap pada pimpinan yang kepentingannya bukan Melayu?" Razaleigh, yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li, memberitahu MalaysiaNow dalam wawancara baru-baru ini.

"Selagi Anwar tidak mempunyai base Melayu, selama itu orang Melayu tak akan sokong Pakatan Harapan yang dipimpinnya."

Beliau membandingkan Anwar dengan semua perdana menteri terdahulu yang menurutnya mempunyai sokongan orang Melayu.

"Orang sokong Tunku Abdul Rahman dulu kerana teras yang dibawanya ialah Melayu," kata Ku Li.

Ku Li mengakui kebersamaan Umno dengan PH mendatangkan risiko.

"Kalau Umno nak bersama dengan dia (PH) maka satu jalan sahaja ada: tenggelamlah. Apakah Umno nak tenggelam?

"Kalau nak kepada jalan lain kena fikirlah apa pakatan yang diterima oleh rakyat terutama menjaga kepentingan Melayu," tambahnya.

Sebelum ini, pelbagai penganalisis mengesahkan pentadbiran Anwar tidak mendapat sokongan majoriti Melayu, di sebalik kebangkitan Perikatan Nasional (PN) sebagai alternatif kepada Umno dan Barisan Nasional sejak pilihan raya umum yang lalu.

PH memenangi 82 kerusi di Parlimen, kebanyakannya kerusi dengan bilangan pengundi bukan Melayu yang ramai, yang dilihat bersatu dalam menyokong calon gabungan itu ketika undi Melayu berpecah kepada PN dan BN.

Sementara itu, PN menang 74 kerusi, manakala BN memperoleh 30 kerusi.
Corak kemenangan sama berlaku pada pilihan raya enam negeri tahun lepas, di mana kerusi-kerusi majoriti Melayu hampir disapu bersih PN, manakala kerusi bukan Melayu dibolot PH, sementara Umno pula hanya menang 19 kerusi.

'PM jangan pegang portfolio kewangan'

Sementara itu, Ku Li yang pernah menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan langkah Anwar turut memegang jawatan itu.

"Menteri Kewangan ini orang yang 'check and balance'. Belanja pentadbiran negara dan sebagainya akan disemak oleh menteri kewangan," katanya.

Menurutnya, tindak tanduk dan keputusan seorang perdana menteri seharusnya dipantau kesan kewangannya oleh menteri kewangan, termasuk apabila mengadakan rundingan di luar negara.

"Kalau saya sebagai menteri kewangan tengok dia nak masuk rundingan itu rundingan ini, kalau dia nak kepada satu dua pakar, itu sahaja yang saya akan benarkan. Walau dia PM, tapi saya tak benarkan lebih daripada itu, kerana ia membazir duit negara. Itu yang penting, lebih penting daripada Anwar Ibrahim."

Friday, July 19, 2024

Di Nenggiri, Umno bergantung kepada Ku Li, 87

malaysianow.com.my
MalaysiaNow
Julai 19, 2024 

Bolehkah pemimpin veteran Umno dari kerabat diraja itu mengembalikan kegemilangan Umno di kawasannya sendiri?
Umno yakin pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah mampu mengubah nasib parti itu di Nenggiri pada PRK bulan depan.

Sama ada Tengku Razaleigh Hamzah masih mempunyai pengaruh di kawasan yang pernah diwakilinya selama lebih empat dekad akan terjawab pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri bulan depan.

Veteran Umno itu yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li pernah menyandang kerusi Gua Musang, iaitu kawasan Parlimen untuk kerusi negeri Nenggiri, selama 12 penggal sejak 1974.

Bagaimanapun, tsunami Melayu pada pilihan raya lalu menamatkan era bekas pemimpin Umno itu yang satu masa dulu dilihat pencabar yang mampu menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad, gergasi politik yang memimpin parti itu selama lebih dua dekad sebelum menjatuhkannya pada 2018.

Pimpinan Umno masih mengharapkan pengaruh dan rasa hormat terhadap orang lama seperti Ku Li mampu mengembalikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Faktor inilah yang mungkin mendorong Umno melantik Ku Li yang berusia 87 tahun itu mengemudi kempen BN di Nenggiri.

Seorang pemerhati tidak menafikan aura Ku Li, dan setidak-tidaknya akan memastikan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat laluan mudah sepertimana di kerusi majoriti Melayu yang lain.

"Beliau lebih mengenali 'psyche' pengundi di sana. Saya percaya pengalaman beliau selama beberapa dekad sebagai ahli Parlimen Gua Musang tentu memberi kelebihan dalam mendekati pengundi," kata Rabi'ah Aminudin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

PRK Nenggiri diadakan selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim, hilang keahlian Bersatu kerana berpaling tadah menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, sekaligus melanggar perlembagaan parti.

Nenggiri merupakan satu-satunya kerusi milik ahli Bersatu yang berpaling tadah di mana pilihan raya semula diadakan, sejajar dengan undang-undang lompat parti yang diluluskan pada 2022.

Tujuh kerusi lain, iaitu satu kerusi negeri di Selangor dan enam kerusi Parlimen termasuk Gua Musang yang juga disandang Azizi, tidak diisytiharkan kosong selepas keputusan kontroversi speaker.

Pada pilihan raya negeri (PRN) tahun lepas, Azizi memenangi kerusi Nenggiri dengan 6,517 undi, menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada BN dengan majoriti 810 undi.

Kemenangan itu beberapa bulan selepas Azizi menjadi antara "giant slayers" yang menumpaskan gergasi politik, apabila menewaskan Ku Li di Gua Musang pada pilihan raya umum November 2022.

Orang kuat Umno Gua Musang Mohd Syahbudin Hashim berkata Ku Li ialah nama yang sinonim dengan Gua Musang, malah menurutnya, beliau digelar "bapa pembangunan" kawasan itu kerana banyak berjasa kepada penduduk.

Syahbudin, yang juga timbalan ketua Umno Gua Musang, berkata dengan melantik Ku Li sebagai pengarah PRK, Umno ingin menebus kelemahan yang "terlepas pandang" di kedua-dua PRU dan PRN.

"Faktor orang Umno tidak keluar mengundi pada PRU dan PRN lepas juga antara punca kekalahan kita.

"Jadi kali ini, Ku Li akan mengubah strategi untuk mendekati penduduk di Nenggiri," kata Syahbudin yang juga Adun Galas, kepada MalaysiaNow.

Selain itu, BN dijangka sekali lagi menggunakan hujah menjadi sebahagian kerajaan pusat bagi meyakinkan pengundi tentang kelebihan mengundi untuk gabungan itu.

'Gelombang kebencian kepada Umno, bukan Ku Li'

Mohd Rosdi Aziz, yang menggerakkan "war room" BN di Nenggiri, mendakwa Ku Li masih berpengaruh, dan berkata masyarakat di Hulu Kelantan masih menghormati beliau.

Menurutnya, asal usul Ku Li sebagai kerabat diraja juga satu "kelebihan tersendiri".

"Kekalahan beliau ialah kerana persepsi dan pengaruh media yang berjaya dicipta," kata Rosdi, yang mengakui defisit sokongan dihadapi Umno.

"Tiada gelombang kebencian terhadap Ku Li, tetapi wujud gelombang kebencian kepada parti."

Bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil, berkata walaupun Ku Li boleh menarik undi, wujud beberapa faktor yang menyebabkan pengundi menolak calon BN.

Ia termasuk kerjasama Umno dan DAP yang rata-rata masih ditolak orang Melayu, selain penarikan subsidi pukal diesel.

"Di Sungai Bakap, itulah faktor orang Umno tidak mahu keluar mengundi atau mengundi PN," kata Isham, merujuk kemenangan besar PN pada PRK untuk DUN Pulau Pinang itu awal bulan ini.

Sambil menggunakan istilah "Umdap" untuk merujuk kerjasama Umno dan DAP, Isham berkata walaupun Ku Li disukai, ia tidak bermakna pengundi akan memilih calon BN.

Katanya ini kerana beberapa sosok yang ditolak ahli Umno seperti Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan timbalannya Ahmad Zahid Hamidi.

Di samping itu, Isham juga merujuk kepada kontroversi berkait BlackRock.

"Kalau mereka beri undi kepada calon Umdap ini, ia bermakna satu undi kepada (perdana menteri) Anwar dan Zahid dan BlackRock.

"PN juga tidak akan ambil mudah dan terpaksa bekerja keras walaupun mereka menang sebelum ini," tambah bekas orang kuat Najib itu.

Isham berkata Zahid yang juga presiden Umno terdesak untuk menang di Nenggiri, yang sekali lagi menjadi medan menguji penerimaan orang Melayu terhadap kerjasama parti itu dengan DAP.

Bagi Rabi'ah, pembangunan setempat dijangka menjadi agenda utama kempen BN di Nenggiri.

Bagaimanapun, calon PN yang membawa identiti Melayu-Islam juga sama berpeluang mendapat undi kerusi majoriti Melayu itu, tambahnya.

Friday, July 12, 2024

'Kenapa takut kosongkan kerusi?' Ku Li selar keputusan 'politik' speaker Dewan Rakyat

malaysianow.com.my
MalaysiaNow
Julai 12, 2024 

Penasihat Umno itu berkata DUN Kelantan membuat tafsiran tepat akta lompat parti dengan mengosongkan kerusi Nenggiri.
Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul bermotifkan politik tanpa bersandarkan tafsiran tepat undang-undang anti lompat parti.

Veteran dan penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah turut sama membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang berpaling tadah kepada kerajaan.

Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan lebih memahami undang-undang anti-lompat parti ketika mengosongkan kerusi DUN Nenggiri bulan lalu.

Katanya keputusan Johari itu sepatutnya sama dengan DUN Kelantan kerana kedua-duanya berdasarkan peruntukan perlembagaan yang sama yang dipinda untuk menyekat perbuatan lompat parti.

"Tak boleh berbeza di antara satu dengan yang lain, kerana peruntukan dalam perlembagaan itu sama," katanya merujuk pindaan perlembagaan pada 2022 yang memerlukan kerusi wakil rakyat dikosongkan sekiranya keahlian partinya gugur.

"Dengan tujuan yang sama, jelas sekali di Kelantan dilakukan kerana kekosongan itu mesti wujud, oleh sebab wakil di Kelantan itu sudah memberi sokongan kepada parti lain," kata Ku Li, yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang di mana terletaknya kerusi Nenggiri.

Pada Rabu, PN dimaklumkan Johari bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah, mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Parlimen serta kritikan daripada pakar undang-undang dan beberapa pemimpin kerajaan yang menganggap keputusan itu berat sebelah.

Ini disusuli dengan satu lagi keputusan DUN Selangor, di mana speaker dari DAP, Lau Weng San tidak mahu mengosongkan kerusi Selat Klang kerana mendakwa penyandangnya Abdul Rashid Asari dipecat, dan bukan gugur keahlian Bersatu kerana berpaling tadah seperti yang diperuntukkan perlembagaan parti itu.

Tiga minggu sebelum itu, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kerusi Nenggiri yang disandang Mohd Azizi Abu Naim dikosongkan bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Azizi juga merupakan ahli Parlimen Gua Musang, selepas menewaskan Ku Li yang menyandang kerusi itu selama lebih empat dekad, pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain Azizi, lima lagi ahli Parlimen yang berpaling tadah untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim ialah Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Razaleigh berkata apabila enam ahli Parlimen itu beralih kesetiaan bermakna mereka tidak lagi bersama dalam pendirian parti, maka kerusi semua wakil rakyat itu mesti dikosongkan.

"(Mereka) sudah memberi sokongan kepada parti lain maknanya dia sudah pindah kiblat, apabila dia pindah kiblat bererti dia sudah pindah parti atau pendirian," katanya menerusi video dimuatnaik di akaun TikTok.

Ku Li menyifatkan keputusan Johari bermotifkan politik dan bukan berpaksikan undang-undang.

"Ataupun dia (Johari) memikirkan ini akan tidak akan menjamin supaya kerajaan Madani akan terus dapat bertindak dengan wajarnya.

"Jadi ini semuanya alasan-alasan politik yang diberikan, bukan dari segi undang-undang tujuan sebenar kita pinda perlembagaan dahulu."

Beliau mempersoalkan kebimbangan pentadbiran Anwar berdepan pilihan raya kecil sedangkan sebelum ini perdana menteri mendakwa mempunyai sokongan hampir dua pertiga.

"Apa nak takut? Tidak perlu takut.

"Saya pun hairan mengapa ini dilakukan. Nampaknya politik lebih daripada segala-galanya," kata Ku Li.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Sunday, January 29, 2023

UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li

agendaily.com
29/01/2023
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Susulan kekalahan teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, UMNO kini hanya menjadi penumpang untuk mendapatkan sedikit jawatan.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata mereka tidak boleh sekadar menjadi penumpang dalam kerajaan dan perlu melakukan perubahan selepas kekalahan teruk pada PRU-15 lalu sehingga tinggal hanya beberapa kerusi Parlimen dimenangi.

“Kita kena bangkit sebagai sebuah parti yang kuat. Tidak menumpang orang untuk mendapat sedikit sebanyak pengaruh ataupun kuasa. Kita parti yang mewakili majoriti rakyat Malaysia sebagai parti orang Melayu.

“Jadi takkanlah kita berharap supaya kita duduk sebagai penumpang dan hanya mengharap kepada sedikit jawatan yang tidak memberi makna pun kepada kita,” katanya dipetik laporan BH.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berkata UMNO perlu berada di hadapan dan menjadi parti yang menentukan hala tuju negara.

“Kita mahu mencorakkan kedudukan negara ini. Terutama sekali bagi pihak majoriti rakyat negara ini yang mahu kita menentukan hala tuju untuk masa depan negara,” katanya.

UMNO mutakhir ini dilihat bergelora dengan pelbagai isu yang timbul sehingga mencerminkan parti itu dilanda perpecahan.

Selain ketika berdepan PRU-15 yang menyaksikan UMNO kalah teruk, kelemut dalam parti itu melarat sehingga ke pantas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini, apabila isyarat konflik jelas kelihatan dalam isu berkaitan dua jawatan tertinggi parti yang tidak dipertandingkan.

Terkini, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin UMNO yang dikatakan terbabit dengan tindakan sabotaj.

Sunday, January 15, 2023

Presiden patut bertanggungjawab, bukan ‘poster boy’ atau orang lain

agendaily.com
15/01/2023
Veteran UMNO dan bekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa ‘orang nombor satu’ perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu, bukan menyalahkan ‘poster boy’.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra dengan panggilan ‘Ku Li’ itu berkata tiada apa-apa pada diri seorang ‘poster boy’, sebaliknya jika pemimpin itu seorang ikonik maka dia akan diterima baik oleh semua pihak.

“Barangkali dalam sebahagian masyarakat dia pun tidak diterima sepenuhnya. Ikonik ini orang yang disukai ramai macam Tunku Abdul Rahman atau Tun Abdul Razak. Mana-mana pergi pun orang sebut nama dia. Begitu juga Tun Dr Mahathir.

“Tapi dengan kekalahan UMNO dalam PRU-15 lalu. Biasanya, Presidenlah dipertanggungjawab. Orang nombor satu mesti bertanggungjawab. Kalau dia tidak bersalah pun dia mesti terima hakikat bahawa parti dia jatuh kerana dia di situ (mengetuai).

“Jika dia membiarkan keadaan jadi buruk maka dia tidak bertanggungjawab. Jadi dia mesti bertanggungjawab,” katanya menurut laporan Utusan hari ini (15 Januari 2023) merujuk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, dalam temu bual bersama akhbar The Star, Zahid turut menyalahkan Ismail Sabri, beberapa pemimpin peringakt negeri serta bahagian, susulan kekalahan teruk UMNO pada PRU-15 lalu.

“Selepas PRU-15 tiada siapa yang mahu bertanggungjawab. Saya didesak meletak jawatan tetapi kenapa saya seorang? Bagaimana pula dengan poster boy kita (Ismail Sabri), ketua-ketua perhubungan negeri, beberapa ketua bahagian dan sayap? Ia adalah tanggungjawab semua orang,” kata Zahid.

Mengulas dua jawatan tertinggi parti yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan akan datang, Ku Li berkata “UMNO akan habis”.

“Dalam demokrasi jawatan tersebut perlu dipertandingkan supaya ada pilihan untuk orang ramai menerusi dua tiga kaedah. Ada sesetengah kumpulan sudah dibeli walaupun adanya pertandingan.

“Dia akan pilih orang sebab dapat sogokan atau bayaran. Tapi ada kumpulan yang berprinsip mahu lihat supaya parti disokong ini dipimpin orang yang betul-betul layak dan amanah,” kata beliau yang pernah dua kali dalam sejarah perjalanan politiknya bertanding merebut jawatan presiden tetapi kalah.

Tengku Razaleigh mengingatkan UMNO, walaupun Barisan Nasional (BN) memiliki 30 kerusi Parlimen, apa yang menjadi persoalan ialah ke mana arah perjuangan parti itu hendak membawa suara Melayu setelah kedudukan UMNO berada di bawah sekarang.

Apa lagi, katanya dengan lagak pemimpin UMNO sekarang yang tidak disenangi rakyat.

“Mungkin pemimpin UMNO tidak sedar lagi. Kita dengar pembongkaran duit berjuta-juta apabila kalah. Apa benda semua ini?,” katanya.

Saturday, January 14, 2023

Umno kembali ikut cara lama, kata Ku Li selepas ‘top 2’ tak dipertanding

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-January 14, 2023 7:46 PM
Tengku Razaleigh Hamzah berkata ‘mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan’.

KUALA LUMPUR: Keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) meluluskan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan menjadikan parti itu kembali mengikut cara lama, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang lebih dikenali Ku Li berkata, demokrasi dalam Umno tidak mati, sebaliknya beliau percaya parti itu sedang dikawal.

“Mereka bimbang Umno berpecah dan sebab itu tak mahu perlawanan… tetapi parti kita adakan atas prinsip demokrasi.

“Kalau nak orang baru mesti ada pertandingan supaya wujudkan pelapis,” katanya ketika ditemui pada PAU di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Friday, October 21, 2022

PRU-15: Ku Li seru anak muda keluar mengundi

hmetro.com.my
Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
TENGKU Razaleigh Hamzah. FOTO arkib NSTP

Gua Musang: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menjadi platform bagi pengundi baharu terutama anak muda untuk memilih kerajaan yang kukuh dan stabil.

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, menyeru anak muda supaya keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab, 19 November ini.

Katanya, anak muda yang layak mengundi sudah didaftarkan secara automatik dan merekalah yang bakal mencorakkan semula pemerintahan negara.

"Saya harap ramai anak muda mengambil peluang keluar mengundi beramai-ramai untuk nak tukar atau mencorakkan semula pemerintahan negara.

"Kalau kita nak kepada mereka yang kita rasa yakin memberi pemerintahan yang baik, jadi saya harap janganlah kita boikot atau pulau peluang yang terbuka ini.

"Guna kesempatan ini. Kalau kita tak suka kepada seseorang tak perlu undi dia. Cari dan pilih yang lain. Tetapi jangan sia-siakan peluang ini yang sudah diberi kepada kita. Gunakan kesempatan ini sebaik mungkin," katanya menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya, semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November dan hari pengundian awal pada 15 November ini.

Disiarkan pada: Oktober 21, 2022 @ 5:27pm

Saturday, October 1, 2022

Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata

agendaily.com
1/10/2022
Bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan UMNO mahu juga mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) semasa musim banjir sebagai mengikut nafsu politik semata-mata.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata UMNO sepatutnya membuat keputusan menggunakan logik akal dan bukan semata-mata berlandaskan nafsu kerana nyawa rakyat lebih penting bukannya kepentingan untuk merebut kuasa sahaja patut jadi keutamaan.

“Keputusan (PRU15) seumpama ini saya rasa kita kena bertindak dengan logik dan dengan asas yang kuat, tak boleh kita ikut nafsu semata-mata,” katanya dipetik laporan.

Jelasnya, ketika bencana melanda negara perkara yang difikirkan rakyat adalah bagaimana cara mahu menyelamatkan diri dan bukannya lagi soal politik.

“Kita sendiri nak lari, nak selamatkan diri, macam mana nak adakan pilihan raya. Kita pun minta rakyat selamatkan diri, masa mana rakyat nak berfikir soal undi kalau rakyat terpaksa cari tempat tinggi, tempat selamat dan sebagainya,” katanya.

Selain itu beliau menegaskan tindakan mencalonkan pemimpin yang terbabit dengan kes mahkamah adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan imej parti.

“Itu boleh menunjukkan ahli tidak sayangkan parti, malah masih ramai muka-muka baharu yang boleh diketengahkan.

“Saya tiada kuasa nak menentu tetapi kalau kita pandang dari segi umumnya tak layak. Tak elok, itu menunjukkan kita tak sayang kepada parti.

“Kehadiran kita mungkin menjejas imej parti itu sendiri, jadi bahan ketawa orang, bahan percakapan orang, saya rasa kita ada ramai orang yang boleh dikemukakan,” katanya lagi.

Tengku Razaleigh juga tidak menolak UMNO bakal dihukum jika masih berdegil untuk terus mengadakan PRU-15 semasa musim tengkujuh.

“Kalau kita tak bersedia, kita seolah-olah nak cari maut. Jadi kita tak mahu menghadapi pilihan raya kalah dan jika kalah tahun ini, teruk kita.

“Kita tak mahu berlaku begitu pada parti kita. Ini parti harapan orang Melayu… apatah lagi orang Melayu sudah berpecah belah dengan banyak, jadi mana kekuatan kita,” katanya.

Terdahulu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam membuat pendirian Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh cadangan pembubaran Parlimen pada masa terdekat bagi memberi laluan PRU-15 tetap diadakan pada tahun ini juga.

Spekulasi mengatakan Parlimen berkemungkinan dibubar pada 10 atau 12 Oktober nanti selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.

Friday, September 30, 2022

Baguslah jadi solo kalau kita kuat, kata Ku Li kepada UMNO

bharian.com.my
Oleh Paya Linda Yahya 
bhnews@nstp.com.my
- September 30, 2022 @ 12:32pm
Tengku Razaleigh Hamzah hadir merasmikan Mesyuarat PIBG SK Pos Brooke Kali ke-21, semalam. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan UMNO perlu bekerjasama dengan parti lain untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut beliau, tindakan itu perlu kerana parti itu sudah tiada kekuatan seperti dahulu.

"Kita (UMNO) kena bekerjasama dengan orang lain kerana kita tidak ada kekuatan seperti dulu. Saya sudah cakap dulu kita mempunyai 13 rakan dalam parti sekarang banyak daripada anggota-anggota yang pernah menjadi rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) sudah tarik diri.

"Jadi kekuatan dah hilang, dari Sarawak dan parti-parti yang masih kekal dengan kita sudah tidak ada kekuatan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke kali ke-21, di sini, semalam.

Tengku Razaleigh berkata, parti itu juga kini sedang berdepan dengan pelbagai isu sehingga pemimpin lain sudah tidak mampu lagi untuk bertemu dan menjawab persoalan rakyat.

"Kita pun berdepan dengan banyak isu UMNO sendiri. Para pemimpin ada masalah dengan mahkamah ada yang kena tindakan. Jadi mana kekuatan kita.

"Orang-orang kita nak masuk kedai kopi pun takut. Masuk kedai kopi diejek orang dan sebagainya.

"Kita nak solo? Baguslah kita jadi solo kalau kita kuat, tapi dah itu tempat yang tak kuat. Orang kita malu dan takut nak masuk ke kedai kopi, nak bercakap, berkempen mengenai parti kita, bukannya tak bersedia tetapi tidak boleh nak jawab banyak soalan yang ditimbulkan oleh rakyat, jadi mana kekuatan kita," katanya.

Tuesday, August 30, 2022

PRU15: Tidak ada satu parti pun mampu tubuhkan kerajaan, kata Ku Li

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 30, 2022 11:05 AM
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan tidak ada parti politik yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Sebaliknya, pemimpin itu berkata, susulan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat ketika ini akan membuatkan PRU15 sesuatu yang sukar buat semua parti.

"Saya rasa PRU15 adalah pilihan raya yang paling sukar dan saya tidak fikir ada satu parti pun yang mendapat majoriti mudah, tak boleh membentuk kerajaan.

"Saya rasa BN pun berada dalam keadaan begitu, apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal dan masalah yang dihadapinya.

“Saya rasa kemungkinan pilihan raya ini bukan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan banyak lagi masalah," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian di Gua Musang, semalam.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh mempersoalkan rasional mengadakan pilihan raya kerana ia mungkin tidak akan membuahkan hasil yang baik memandangkan tidak ada satu parti pun yang mampu menubuhkan kerajaan.

"Jadi apa makna ada pilihan raya. Kita akan menambahkan masalah lebih daripada menyelesaikan masalah," katanya.

Bekas Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat Umno yang meletak jawatannya pada September tahun lalu kerana dikatakan kecewa juga tidak yakin dengan prestasi parti itu jika ia memimilih untuk bergerak secara solo pada PRU15.

"Umno boleh bergerak solo tetapi solo tu kita kena faham apa makna solo. Kalau dulu solo, Umno ada 13 parti bersamanya dari Sabah dan Sarawak serta teman-teman yang kuat membantu Umno iaitu MCA dan MIC.

"Mereka begitu berpengaruh ketika dulu. Tetapi sekarang kita hanya mempunyai MCA dengan MIC yang tidak dapat ditentukan kekuatan parti-parti ini.

"Ada kalanya calon MCA berharap kepada sokongan Umno. Jadi, bagaimana kita nak menghadapi keadaan dengan macam-macam masalah, pelbagai berita yang timbul dari semasa ke semasa untuk menghadapi pihak lawan pada PRU-15," katanya lagi.

Sunday, May 15, 2022

Runding gabungan tanpa izin Umno, Ku Li tak kisah dipecat

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-May 15, 2022 7:30 PM

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, berkata beliau tidak pernah mencadangkan gabungan dibentuk bagi menewaskan PAS di Kelantan, sebaliknya menerima pelawaan daripada parti pembangkang bagi tujuan itu.

PETALING JAYA: “Dia (parti) nak buang saya, dia buanglah. Saya rasa makan garam lebih dulu,” kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, selepas dikaitkan akan mengetuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, tanpa keizinan parti.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata beliau tidak pernah mencadangkan dirinya untuk mengetuai gerakan demi menjatuhkan PAS di Kelantan, bahkan beliau menerima permintaan daripada beberapa parti bagi tujuan itu.

“Sebenarnya diorang secara tak semena-mena datang….daripada semua parti, DAP pun ada, Pejuang pun ada, semua hadir.

“Diorang datang kata nak buat kunjungan hormat, minum teh berbual-bual, diorang kata boleh ke tidak saya bantu diorang dalam kempen nak jatuhkan PAS di Kelantan,” katanya menurut wawancara dalam video ringkas Sinar Harian.

Susulan daripada permintaan parti terbabit, Ku Li berkata,”Saya dok lawan PAS tak henti-henti daripada dulu sampai sekarang.”

“…tapi saya kata ini semua bergantung kepada ketua-ketua parti, parti masing-masing perlu memutuskan sikap, kalau kita betul-betul bersatu, betul-betul bersatu dan kerah tenaga bersama kita, jatuh PAS,” katanya.

Pada 28 Apr, Timbalan Ketua Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed, mengesahkan Ku Li akan mengetuai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pada hari sama, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa menyifatkan pertemuan Ku Li dengan pemimpin Kelantan, termasuk daripada Amanah, dalam majlis berbuka puasa, adalah tindakan individu, bukan keputusan parti.

Pada 22 Jan, Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Umno negeri membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

Dalam pada itu, Ku Li ketika mengulas berhubung pertemuan dengan ahli Amanah dalam majlis berbuka puasa, bekas menteri kewangan itu, berkata, pertemuan di kediamannya adalah lanjutan daripada pertemuan sebelum ini.

“Jadi, ramai yang hadir tak habis berbincang (dalam pertemuan pertama), jadi saya kata kalau nak cakap lebih lanjut lagi, kita jumpa di rumah saya di Kota Bharu.

“Jadi, diorang datanglah, yang datang ini ramai daripada parti Mat Sabu nak berbuka puasa, jadi kita bincanglah. Diorang yang buat cadangan, saya tak buat apa-apa cadangan.”

Katanya, dalam usaha menjatuhkan PAS di Kelantan memerlukan restu daripada pimpinan parti masing-masing.

Ku Li berkata, sekiranya sudah mendapat restu berkenaan, beliau sedia berbincang dengan lebih lanjut.

Saturday, March 26, 2022

Menang PRN bukan indikator UMNO boleh menang PRU-15 – Tengku Razaleigh

utusan.com.my
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
26 Mac 2022, 6:13 pm

IPOH: Kemenangan UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka tidak boleh dijadikan indikator parti berkenaan mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Veteran UMNO itu berkata, pemimpin UMNO dilihat gembira dengan kemenangan dua PRN itu namun mereka perlu sedar bahawa kemenangan itu tidak menunjukkan kekuatan parti kerana rakyat masih belum bersama UMNO.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, untuk memastikan UMNO kuat, parti perlu memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus undian rakyat.

Beliau berkata, namun sebaliknya berlaku pada PRN sebelum ini apabila undi yang diperoleh tidak sampai 30 peratus.

“Apakah kita dapat dua pertiga dalam PRN Melaka dan dua pertiga dalam PRN Johor kita sudah cukup kuat? Tak kuat. Kita tidak dapat sokongan rakyat, banyak orang tak mengundi, bukan sikit orang muda tak keluar mengundi.

“Kita tidak dapat mandat, cuma orang tidak keluar mengundi, yang keluar di Johor jumlah pengundi 30 peratus lebih walaupun kita dapat dua pertiga, kita patut dapat 50 peratus lebih,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Melayu Perak kesembilan di Dewan Komuniti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Taman Cempaka di sini, hari ini.

Menurut Tengku Razaleigh, UMNO dilihat lebih banyak memberi tumpuan menyelesaikan masalah parit dan lampu di kawasan kampung semasa kempen PRN Melaka dan Johor tanpa memikirkan isu lebih besar.

“Banyak benda tidak dibicarakan semasa PRN seperti dasar luar dan dalam negeri, keselamatan dan sebagainya. Mereka cuma fokus pada parit macam mana, lampu di kampung macam mana,” katanya.

Ditanya sama ada beliau masih berharap UMNO menjadi parti utama memerintah negara selepas PRU15, Tengku Razaleigh berkata, beliau melihat tidak akan ada mana-mana parti mampu menubuhkan kerajaan selepas PRU nanti.

“Saya punya pendapat, dengan sikap yang ditunjuk macam ini, saya rasa tidak ada satu parti yang boleh menubuh kerajaan selepas PRU 15 dan akan berlaku gabungan parti-parti.

“Kata UMNO nak dapat dua pertiga atau lebih daripada separuh dan saya fikir tidak mungkin terjadi selepas melihat keputusan PRN Melaka dan Johor serta Sarawak,” katanya. 

UTUSAN

Saturday, October 9, 2021

Ku Li nak hidupkan semula UMNO lama, dakwa UMNO baru kini dah hilang taring

agendaily.com
9/10/2021

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan mesyuarat dengan beberapa veteran UMNO dengan hasrat menghidupkan semula ‘UMNO lama’ yang diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Menurut Tengku Razaleigh atau Ku Li, hasrat itu tercetus kerana beliau mendakwa UMNO kini telah kehilangan taring dan ia boleh menyebabkan parti berkenaan akan menghadapi kesukaran pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Hasrat kami untuk menghidupkan semula adalah agar Melayu kembali bersatu.

“UMNO sekarang pecah. Akhir-akhir ini banyak orang merasakan bahawa UMNO baru ini sudah hilang taring. Dan mungkin susah menghadapi pilihan raya.

“Keadaan sudah berlainan. Jadi, kita harap dapat kita ajak semua pihak bersama mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu,” katanya yang dipetik dalam laporan Malaysiakini.

Terdahulu, mesyuarat yang diadakan semalam di kediamannya di Kuala Lumpur bermula 3.30 petang itu turut dihadiri beberapa pemimpin dari kalangan Pemuda UMNO.

Antara yang hadir adalah bekas timbalan menteri kesihatan Tan Sri Dr Suleiman Mohamed, bekas timbalan menteri pembangunan usahawan Tan Sri Mohd Khalid Yunus dan bekas timbalan menteri pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin.

Selain itu, Ku Li juga berkata, UMNO hari ini tidak sama dengan UMNO yang diwujudkan pada tahun 1946.

“UMNO lama tak pernah mati. UMNO yang ada hari ini ditubuhkan pada tahun 1988. UMNO yang kami bincangkan tadi ditubuhkan tahun 1946 yang dikatakan telah diharamkan.

“UMNO tak pernah diharamkan. Padahal, UMNO tidak pernah melanggar undang-undang Persekutuan. Didakwa sebagai membatalkan pendaftaran sebenarnya tak pernah berlaku,” tambahnya lagi.

Katanya, sambutan untuk mengaktifkan semula ‘UMNO lama’ turut menggalakkan.

“Kami telah membuat beberapa mesyuarat sebelum ini. Sambutannya sangat mengalakkan.

“Kami akan membuat beberapa kajian sebelum menghidupkan semula UMNO lama,” katanya sambil beliau dinasihatkan agr tidak perlu berjumpa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengaktifkan semula UMNO lama.

Untuk rekod, pada Jun 1987, satu tindakan guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli UMNO di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO pada April 1987 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Selepas perbicaraan hampir tujuh bulan, pada 4 Februari 1988 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Susulan itu, presiden UMNO ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mendaftar parti baru yang dikenali sebagai ‘UMNO baru’.

Sementara itu, bekas exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris turut kelihatan di kediaman Tengku Razaleigh, walaupun tidak menyertai mesyuarat itu hari ini.

“Saya sokong UMNO lama dihidupkan semula,” kata Wan Muhammad Azri.

Tuesday, September 28, 2021

Kejutkan ‘Umno lama’ daripada ‘koma’ langkah terbaik – Ku Li

mykmu.net
September 28, 2021

Sebaran :

Kejutkan ‘Umno lama’ daripada ‘koma’ langkah terbaik – Ku Li

Langkah terbaik untuk mengembalikan semula semangat perjuangan asal Umno adalah dengan mengejutkan semula “Umno lama” yang masih dalam “koma”, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata, tindak tanduk kepimpinan Umno sekarang tidak disenangi ramai pihak, justeru langkah tersebut wajar diambil jika sudah tidak ada pilihan atau cara lain untuk memperkuatkan semula kepimpinan parti.

“Semua orang boleh buat parti baru, tetapi umno ini mempunyai sejarah dan dokongan yang ramai, bagi saya kalau tidak ada pilihan kita nak cari langkah yang baik adalah membangkit semula semangat ‘umno lama’, bila dikejutkan ‘umno lama’ ini dari koma ia seolah parti baru.

“Apa yang dilakukan pemimpin sekarang tidak disenangi, sebab itu ramai menjauh diri, jadi saya fikirkan perkuat kepimpinan umno,” katanya dalam temubual bertajuk “Umno sedang koma” bersama Malaysia Gazette malam tadi.

Veteran Umno itu berkata, ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli mungkin menjadi punca kekalahan Umno dalam pilihan raya lalu sekaligus membuktikan ramai meninggalkan parti dan tidak mengundi.

“Ramai orang Umno dulu tak mengundi, ini mungkin ada ketidakpuasan hati. Saya tidak pasti kalau mereka sudah hilang roh perjuangan,” katanya.

Tambahnya, “Umno lama” yang diharamkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) ketika era pentadbiran bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad “tidak pernah diharamkan” kerana JPPM tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Jelasnya, “Umno lama” yang mewakili mewakili tiga juta lebih ahli berkuasa di tanah air kita sejak sebelum merdeka, tidak melakukan sebarang kesalahan yang menyebabkan ia diharamkan.

“Walaupun dah diharamkan, ia tidak melakukan sebarang kesalahan atau melanggar mana-mana undang-undang yang menyebabkan ia mesti diharamkan,” ujarnya. 

FMT

Wednesday, September 22, 2021

Ku Li letak jawatan penasihat Umno

malaysiakini.com

Diterbitkan: Sep 22, 2021 12:26 PM

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkuat kuasa serta-merta Isnin lalu.

Melalui sepucuk surat yang dilihat Malaysiakini, Tengku Razaleigh atau Ku Li mendakwa pelantikan bagi jawatan itu tidak berperlembagaan.

Surat yang bertarikh Isnin lalu itu juga turut mempersoalkan keupayaan Umno untuk memenangi pilihan raya akan datang kerana masih lagi bekerjasama dengan Bersatu.

“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam PRU-15 dan akhiri parlimen yang tergantung?

“Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU-15 nanti?,” katanya dalam surat kepada Presiden Umno Zahid Hamidi.

Ku Li yang juga ketua Umno Gua Musang berkata Umno mengambil masa untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu walaupun perkara itu sudah diluluskan sebulat suara dalam perhimpunan agung parti pada Mac 2020.

"Perhimpunan agung Umno telah meluluskan sebulat suara usul memutuskan sebarang kerjasama dengan parti Bersatu tetapi usul itu telah mengambil masa untuk dilaksanakan, tetapi bisa usul itu apabila dikuatkuasakan memberi kesan segera dalam mana pimpinan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan pimpinannya terpaksa meletak jawatan tanpa tunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang mengganti kerajaan gagal telah direstu oleh pimpinan Umno walaupun rata-rata oramg ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dari kalangan kerajaan gagal," katanya.

Tuesday, September 21, 2021

Umno sudah jadi ‘perusahaan komersial’, berperangai tamak, akhlak hancur berkecai, kata Ku Li

FMT Reporters
-September 21, 2021 6:37 PM

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik partinya dan menyatakan beliau adalah ahli sebenar Umno yang ditubuhkan berasaskan perjuangan pada 1946.

PETALING JAYA: “Umno Baru” yang tertubuh pada 1988 kini sudah bersifat seperti “perusahaan komersial”, berperangai tamak, selain prinsip akhlak hancur berkecai, kata veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menyatakan jiwanya masih setia bersama Umno yang tertubuh pada 1946.

“Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan Umno asal. Saya pernah bertanding jawatan presiden pada 1987. Maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau ‘agent of necessity’ untuk Umno yang ditubuh pada 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat.

“Saya ini sebahagian asal daripada parti Umno di Parlimen dengan tujuan mengembalikan hak undang-undang dan keperlembagaan Umno dan membuat apa jua yang patut bagi mengembalikan kedudukannya di bidang politik nasional dan di dalam kepentingan nasional,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kita mungkin tidak sedar dan tidak bimbang sekiranya sistem demokrasi dipisahkan daripada Perlembagaan dengan cara perlahan-lahan.

“Pihak yang mahu mengekalkan kuasa tahu cara menganjurkan rampasan kuasa tanpa mengguna kekerasan angkatan bersenjata. Krisis perlembagaan dan krisis kehakiman 1988 adalah satu peringatan.

“Sekiranya kita tidak perbetul kerosakan yang telah berlaku itu sistem demokrasi kita pasti terjejas secara berkekalan, khususnya rakyat jelata tidak akan percaya lagi terhadap sistem politik dan pemimpin kita,” katanya.

Beliau yang selesa dipanggil Ku Li, berkata pengharaman Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 1948, membawa titik perubahan terhadap politik negara ini dengan penghijrahan beramai-ramai ahli PKMM ke Umno.

“Perubahan terhadap keahlian ini menghasilkan kesan penting kepada parti dengan kemasukan nilai-nilai ideal. Bagaimanapun para sejarawan masih belum mengkaji kesan perubahan ini. Hanya, Umno menjadi semakin nasionalistik dengan pengwujudan rancangan ekonomi dan sosial untuk memajukan kaum Melayu.

“Ia berjaya menarik yang terbaik dan paling cerdik untuk menerajui Umno. Dengan perkembangannya ke setiap pelusuk, ia merupakan bermulanya pensejarahan hebat parti. Umno juga mula mengembang sebagai badan mewakili orang Melayu dengan visi sejagat. Para ahli dan pemimpin memperkukuh kedudukannya dengan sumbangan kewangan. Di samping itu ahli-ahli amat menghormati para pemimpin dengan sifat ketulusan dan integriti mereka,” katanya.

Katanya, sebaliknya, Umno Baru menjadi parti kepada suatu golongan politik baru yang menyalahgunakannya untuk memperkaya diri. Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Sekaligus ini merosakkan jiwa keMelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya. Di samping itu prinsip akhlak hancur berkecai.

“Begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awam dan kuasa politik. Kehancuran ini amat terasa di bidang dasar ekonomi berkaitan dengan penswastaan “harta awam”, iaitu aset nasional untuk faedah rakyat jelata,” katanya.

Ku Li berkata, Umno tertubuh pada 1946 adalah suatu pergerakan dan bukan hanya sekadar nama sebuah parti politik.

“Sebenarnya Umno lebih besar daripada parti itu sendiri. Ia adalah pertubuhan yang mendukung parti. Umno adalah simbol politik lebih besar daripada parti atau keahliannya. Dalam tanggapan orang Melayu, Umno itu masih lagi sebuah pergerakan yang terdapat di setiap kampung, pekan dan bandar raya,” katanya.

Katanya, jika ‘ikon’ ini diketepikan, akan timbul kekosongan berbahaya yang boleh disalahguna oleh para populis dan oportunis.

“Oleh itu, Umno seharusnya mempertahankan kekukuhan politik yang dibinanya,” katanya.

Friday, August 27, 2021

Sudah tentu Umno kecewa dengan Kabinet PM, dakwa Ku Li

FMT Reporters
-August 27, 2021 10:30 PM

Ahli Parlimen Gua Musang itu sinis mengajak rakyat berdoa agar gaji barisan Kabinet ini sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah diterima mereka ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Umno pasti kecewa susulan pengumuman senarai pelantikan barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dakwa ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beliau ditanya mengenai reaksi kepada Kabinet yang diumumkan pagi tadi itu.

“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daripada mereka yang telah dipilih kerana inilah sahaja pilihan yang ada.

“Sudah tentu Umno kecewa dengan barisan Kabinet terbaharu ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah Muhyiddin (Yassin),” katanya dalam kenyataan ringkas.

Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu bagi memenuhi permintaan ramai orang yang mahu beliau memberi reaksi kepada pengumuman Kabinet di bawah pentadbiran Ismail, hari ini.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Johari Ghani, berharap Perdana Menteri menubuhkan Kabinet bipartisan, sambil melabelkan barisan yang diumumkan sebagai ‘tidak berinspirasi’.

Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak pula merujuk bahawa ramai pihak kecewa dengan pengumuman barisan Kabinet dan mendesak Ismail menggugurkan menteri yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh 100 hari.

Dalam pada itu, blok pembangkang dan orang awam juga menghentam barisan Kabinet baharu dengan kebanyakan mengkritik pelantikan semula menteri yang berkhidmat dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin, yang disifatkan membawa kegagalan.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa Kabinet diumumkan bersifat ‘kitar semula’ kerana dibarisi nama yang gagal menunjukkan prestasi baik sepanjang 17 bulan berada di bawah Muhyiddin, menerusi pelantikan semula.

Warganet dalam sosial media tidak melihat sebarang perbezaan dalam barisan Kabinet Ismail kerana mengekalkan sejumlah besar menteri dalam barisan Kabinet kerajaan terdahulu.

Thursday, February 18, 2021

Veteran Umno usul Ku Li ajak Dr M masuk Umno semula

malaysiakini.com

Diterbitkan 18 Feb 2021, 7:04 pm

Veteran Umno Yussuf Latiff mengusulkan agar Pengerusi Majlis Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berunding dengan Dr Mahathir Mohamad dan mempelawa bekas presiden Umno itu kembali ke pangkuan parti.

Cadangan itu dibuat susulan Mahathir, semalam, tidak menolak kemungkinan kembali kepada Umno, sekiranya parti itu kembali dasar awalnya untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.

Kata Yussuf, Tengku Razaleigh masih dihormati semua pihak, dan pernah mengadakan pertemuan dengan Mahathir tidak lama dulu.

Sementara pemimpin Umno pula, katanya, haruslah memikirkan masa depan orang Melayu dan mengetepikan kepentingan diri dan jawatan mereka.

“Tengku Razalegih mempunyai kapasiti sebagai penasihat Umno dan boleh menasihati semua pihak agar berlapang dadah dan berjiwa besar untuk menerima semula Dr Mahathir kembali ke pangkuan Umno demi kepentingan bangsa, agama dan tanah air.

“Sudah tiba masanya para pemimpin Umno harus benar-benar membuktikan mereka berjiwa besar, jika mereka mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang, mereka harus menerima sesiapa sahaja yang mahu kembali menyokong dan memastikan Umno menang pada pilihan raya nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun Mahathir tidak bersetuju dengan beberapa individu dan pemimpin di dalam parti itu, katanya, Umno tidak harus menjadi mangsa sehingga hilang kuasa pemerintahan atau dibatalkan pendaftaran.

Dengan penyertaan semula Mahathir juga, Yussuf menggesa parti-parti serpihan Umno dibubarkan dan ahlinya kembali menyertai Umno, seperti mana yang pernah dilakukan oleh parti Semangat 46.

Dalam wawancara bersama Sinar Harian semalam, Mahathir mengakui yang dia masih sayangkan Umno, sementahan pernah berpuluh tahun menjadi presiden parti itu.

Meskipun Mahathir mengakui boleh kembali bersama Umno, dia juga menegaskan yang dia hanya akan bersetuju kembali sekiranya elemen negatif seperti rasuah dapat dibersihkan di dalam Umno.

“Saya boleh kembali kepada Umno. Tapi orang yang penyangak-penyangak apa semua, minta maaflah, saya tak boleh kerjasama dengan mereka,” kata Mahathir semalam.

Thursday, December 24, 2020

‘No DAP no Anwar’ hanya sentimen - Ku Li

malaysiakini.com
M Fakhrull Halim
Diterbitkan Hari ini 6:11 pm

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memberi bayangan bahawa sikap “No DAP no Anwar” (tidak DAP dan tidak Anwar) yang dipegang Umno, tidak harus menjadi pendirian muktamad.

“Saya rasa itu (pendirian) sentimen tebal sahaja. Bagi saya dalam politik itu semua tak diambil kira, yang penting rakyat, rakyat mesti diambil kira.

“Kalau masalah itu memerlukan kita sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kepada rakyat, maka itulah yang didahulukan.

“Soal kita dengan DAP, kita sebagai pemimpin mesti bijak, bijak menguruskan, bijak membahagikan kuasa, bijak menentukan dan memantau apa yang boleh diberi dan dilakukan oleh rakan (politik) kita.

“Jadi, kalau kita menguasai keadaan, saya rasa itu tak menjadi perhitungan. Yang penting, rakyat,” katanya dalam bual bicara mengenai masa depan malaysia di Kajang anjuran Majlis Profesor Negara hari ini.

Dia menjawab demikian ketika disoal penonton apakah naratif politik “No DAP no Anwar” yang dipegang Umno itu masih bersesuaian dengan situasi politik negara.

Friday, December 18, 2020

Tindakan Disiplin Terhadap Ku Li Wajar

mykmu.net
December 18, 2020



SHAH ALAM – Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang akhbar bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak Belanjawan 2021 akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan datang.

Ahli MKT UMNO, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu sewajarnya dikenakan tindakan disiplin kerana bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang disokong oleh parti.

“MKT telah membuat keputusan semua ahli Parlimen diwajibkan menyokong bajet dan itu tidak dilakukan oleh Tengku Razaleigh.

“Perkara ini melanggar etika parti walaupun Tengku Razaleigh sebenarnya tahu tentang perkara ini kerana dia adalah Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li pada sidang akhbar bersama Dr Mahathir menyatakan beliau mampu menarik sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam undian Belanjawan 2021 yang dibentangkan untuk bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Jalaluddin turut menegaskan bahawa jawatan dipegang dalam parti tidak mengecualikan Ahli Parlimen Gua Musang itu dikenakan tindakan.

Mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyatakan Ku Li tidak patut dikenakan tindakan disiplin, Jalaluddin berpendapat sebaliknya.

“Sebagai ahli Parlimen dan ahli MKT, saya mempunyai pandangan yang berbeza tetapi pandangan saya berasaskan kepada tuntutan perlembagaan parti,” katanya.

Menurutnya, walaupun berbeza pandangan, Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO seharusnya bersidang bagi membuat keputusan membabitkan isu Ku Li.

“Keputusan Jawatankuasa Lembaga Disiplin (UMNO) akhirnya akan dibentangkan oleh Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) selaku pengerusi jawatankuasa pengurusan dalam mesyuarat MKT untuk mendapatkan pengesahan. Proses itu perlu dilalui terlebih dahulu,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-