Showing posts with label Timbalan Menteri Dalam Negeri. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Menteri Dalam Negeri. Show all posts

Monday, September 10, 2018

Pegawai timbalan menteri rakam bawah skirt wanita dipecat


Hanya beberapa jam selepas dilaporkan media, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman memecat pegawainya yang didakwa merakam dari bawah skirt seorang wanita.

Dalam kenyataan di Facebook, Azis mengesahkan bahawa lelaki yang dilihat dalam rakaman video litar tertutup (CCTV) yang kini tular di media sosial itu adalah pegawainya.

Azis menegaskan dia memandang serius tindakan individu itu dan menjelaskan bahawa ia dilakukan tanpa disedarinya.

"Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.

"Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.

"Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan seorang staf wanita kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap lelaki yang merakam dari bawah skirtnya.

Dalam sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018 di sebuah kedai cermin mata, seorang wanita dilihat sedang memeriksa mata Azis dengan seorang lelaki lain duduk di belakang wanita itu.

Lelaki yang mengiringi Azis itu kemudian dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan.

Insiden berkenaan dikatakan terjadi di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Azis bertanding di bawah Parti Warisan Sabah dan mengalahkan calon Umno Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pada pilihan raya umum lalu.

Saturday, May 21, 2016

..........dah nafi pulak?

Timbalan menteri nafi sekatan ke luar negara pada pengkritik k'jaan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan sekatan akan dikenakan terhadap pengkritik kerajaan.

Sebuah harian berbahasa Inggeris pada Rabu lalu melaporkan Jabatan Imigresen membuat peraturan dalaman untuk menyekat pengkritik kerajaan daripada ke luar negara.

Nur Jazlan berkata sekatan ke luar negara hanya dikenakan terhadap pihak yang melanggar perlembagaan, berdasarkan laporan Oriental Daily.

“Ini termasuk pihak yang mengancam keselamatan negara atau melakukan tindakan melanggar perlembagaan – ini adalah asas undang-undang yang membuatkan mereka disekat ke luar negara,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau memberi conth pihak yang menghasut atau membangitkan kebecian kaum dan agama.

[Baca berita asal]

Sunday, August 23, 2015

Rakyat mudah percaya maklumat tak sahih

NORSHIKIN MOHD SALLEH
23 OGOS 2015

JOHOR BAHRU - Maklumat yang tidak benar menerusi media sosial secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata penggunaan media sosial telah menjadi wadah informasi yang sangat pantas namun banyak di antaranya telah direka oleh sesetengah pihak

"Malahan ada yang tidak benar sama sekali namun rakyat kelihatan sangat mudah dan cepat mempercayai maklumat yang telah disebarkan tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

"Ini secara tidak langsung telah menambah kebimbangan dikalangan orang awam," katanya pada Program Karnival United Against Crime di Plaza Angsana, di sini, hari ini.

Nur Jazlan mengakui menangani persepsi bukan sesuatu yang mudah.

"Ia perlu ditagani dengan baik maka ia akan memberikan imej negatif kepada kerajaan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Seringkali pemikiran rakyat dipesongkan oleh pihak tertentu seolah-olah kerajaan tidak serius dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan selain mengambarkan kerajaan gagal menangani perkara ini," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-