Friday, November 25, 2022

Orang Melayu perlu tinggalkan parti yang hanya pentingkan diri sendiri

agendaily.com
25/11/2022
UMNO bersetuju bersama DAP.

Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilantik selepas berhari-hari menunggu.

Sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), banyak yang dipelajari rakyat dan paling penting adalah untuk orang Melayu menilai sendiri parti mana yang mementingkan diri sendiri kerana nafsu kuasa.

UMNO bukan lagi parti politik yang boleh diharapkan untuk mempertahankan hak orang Melayu, malah mereka sudah sampai satu tahap menjual parti itu kepada pihak lain.

Tiada lagi nilai dan prinsip di kalangan pemimpin UMNO, kemaruk kuasa sehingga semua sanggup dipertaruhkan asalkan cita-cita pemimpin bergelut dengan tahi dapat menjadi kenyataan.


Nampaknya kekalahan teruk semasa PRU-15 tidak dijadikan iktibar pemimpin UMNO, masing-masing mabuk dengan perasan masih kuat walhal sekarang parti itu tinggal hendak karam sahaja.

Adakah pemimpin UMNO beranggapan orang Melayu akan cepat memaafkan mereka selepas tidur sekatil dengan pihak musuh ketika ini?

Tidak mengapa, mungkin pemimpin UMNO merasakan mereka sudah berjaya menipu orang Melayu, tetapi orang Melayu tidak pernah lupa mereka pernah ditipu UMNO.

Sikap memperlekehkan suara pengundi khususnya masyarakat kaum Melayu yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO adalah sesuatu yang menjijikkan, apakah selama ini UMNO lupa parti itu asasnya kuat kerana sokongan orang Melayu sendiri?

Jika UMNO merasakan tidak mahu lagi orang Melayu menjadi asas parti tersebut, elok dibubarkan sahaja parti tersebut kerana tidak ada gunanya lagi jika parti sekadar dipergunakan untuk menyelamatkan tengkuk segelintir individu yang terpalit dengan tahi.

PRU-15 adalah klimaks kepada pengkhianatan sebenar UMNO kepada bangsa dan agama sendiri, jangan ingat orang Melayu akan lupa sejarah hitam ini.

Ia akan terpahat selama-lamanya dan akan diperturunkan cerita kepada anak, cucu dan cicit bagaimana sebuah parti yang diharapkan menjaga orang Melayu kini sudah dilacurkan demi kepentingan peribadi pemimpin mereka.

Lima tahun bukan tempoh yang lama dan jangan ingat orang Melayu mudah lupa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-