Showing posts with label UMNO/BN. Show all posts
Showing posts with label UMNO/BN. Show all posts

Wednesday, November 8, 2017

Selangor diperintah PKR tetapi DAP kuasai

Foto: Sinar Harian

SHAH ALAM:
Walaupun Selangor di bawah pemerintahan menteri besar daripada PKR, iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun DAP didakwa mengusai negeri itu.

Ketua Penrangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa PKR terlalu mengikut dasar DAP.

"Lihat saja isu pesta arak, Azmin seboleh-bolehnya kunci mulut tidak beri kenyataan mengenai isu yang jelas mengganggu sentimen umat Islam.

"Sebab itu saya berani cakap, Selangor memang PKR perintah tapi DAP yang kuasai," katanya ketika Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan, malam tadi.

Sementara itu, Annuar turut kesal dengan sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan U mengenai DAP.

"Dahulu beliau yang kutuk DAP sekarang beliau cakap parti itu lebih baik sebab ada semua kaum.

"Wahai Mahathir, lihat semula buku DAP, 50 tahun wujud, hanya ada 10 pemimpin Melayu sahaja berbanding dengan Umno/BN yang ada beribu pemimpin pelbagai kaum," katanya lagi.

- Sinar Harian

Friday, October 7, 2016

'BN Johor hilang majoriti dua pertiga'

BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno.

Ini merupakan kali pertama kubu kuat Umno itu ditadbir tanpa majoriti dua pertiga, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.

"Komposisi ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor kini berubah selepas kenyataan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddn Yassin semalam mengenai pelantikan Datuk Sharuddin sebagai setiausaha agung," katanya dalam satu kenyataan hari in.

Katanya, ekoran penyertaan bekas naib ketua Umno Pagoh itu dalam BERSATU, berdasarkan perlembagaan Umno, keahlian beliau dalam parti itu secara automatik telah gugur.

"Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37, manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor," katanya.

Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.

Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan Shahruddin menyertai pembangkang, dan berkata beliau berharap mereka dapat bersama-sama mengembleng tenaga untuk menewaskan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

Monday, August 24, 2015

Tak harus desak wakil rakyat Pas letak jawatan - Penasihat Umum GHB

Penasihat Umum GHB, Ahmad Awang berkata kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak mereka meletakkan jawatan dilihat telah membelakangkan kepentingan pengundi. - Foto TRP/Daniel Chan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos:

Wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak seharusnya didesak untuk meletakkan jawatan.

Penasihat Umumnya, Ahmad Awang berkata kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak mereka meletakkan jawatan dilihat telah membelakangkan kepentingan pengundi.

Ini katanya, mereka kini sedang memperjuang hasrat rakyat seperti agenda yang dijanjikan Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN.

“Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.

“Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad yang juga pencabar kerusi Presiden Pas baru-baru ini berkata desakan untuk meletakkan jawatan sepatutnya dituju kepada mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya.

Ia merujuk kepada undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat lebih memenuhi hasrat rakyat.

“Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Najib.

“Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/23/tak-harus-desak-wakil-rakyat-pas-letak-jawatan-penasihat-umum-ghb/#ixzz3jeIXLB00

Thursday, May 2, 2013

Semakin hampir 5hb Mei, semakin panas buntut UMNO@BN ................

PRU13 ni memang nye PRU paling malang bagi UMNO@BN. Parti2 komponen induk nye seperti MCA, MIC dan P Gerakan sudah boleh di katekan 'mati'. Ini bermakne UMNO@BN sudah kehilangan sokongan dari kaum bukan melayu.

Selepas hari penamaan calon di umumkan, UMNO@BN bertambah parah, di sini kelihatan jelas dan nyate UMNO@BN berpecah belah. Kumpulan Mahathir yang  mempengaruhi Najib berjaye mencantas hampir keseluruhan penyokong2 kumpulan Abdullah Bedawi.

Hasil dari cantasan itu lebih 60 pemimpin2 UMNO di singkirkan keluar parti. Pemimpin2 yang tersingkir ni pasti akan memporak perandekan UMNO dalam PRU13 ini. Bukti nye ramai yang bertanding sebagai calon bebas menentang calon2 UMNO - UMNO berlawan dengan bekas UMNO. 

Kini menantu Abdullah Bedawi Khairy Jamaluddin sudah jadi kere sumbang. Inilah kali pertame UMNO menghadapi PRU tampa Ketue Pemude UMNO mengepalei kempen2 menentang parti lawan nye. Penyingkiran Datuk Kamalia juge telah memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan UMNO.

Pergerakan Wanita UMNO di kepalei oleh pemimpin nye yang tidak tersenarai kedalam calon PRU kerane kes lembu. UMNO terbukti bermasalah kerane tidak berani mencalonkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bertanding dalam PRU13 ni.

Isu lembu yang dikaitakan dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO masih panas di perbincangkan. Isu penyenaraian tanah FELDA juge masih di perbualkan. UMNO@BN semakin panas buntut nye menghadapi PRU13 yang akan berlangsung lebih kurang 48 jam lagi............




Friday, April 19, 2013

Inikali laaa ! - Zul Nordin Kantoi, Najib Razak pun Kantoiiii !!!!

Yang menghairan kan Wak, kenape Najib sanggup pilih si Zul ni? Kan ke si Ezam tu lebih baik dan bersih dari Zul. Sekarang terimelah padah nye.

Zul Nordin sudah pasti menerime padah, walau ape jue alasan yang kau berikan...... kaum india tetap marahhh !!! Najib, ape macam sekarang? Ade mau bagi ape2 alasan ke?

Yang pasti, seluruh kaum india di Malaysia pasti akan tolak UMNO/BN. MIC ape macam? Tutup kedai aje leee............


Friday, March 1, 2013

Tawaran terbaik dari Pakatan Rakyat .........


Warga emas seluruh negara dapat bonus RM1,000 di bawah Pakatan





menifesto pakatan rakyat 201317 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.

Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka.

Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.



Inilah satu tawaran yang sangat baik dari Pakatan Rakyat. RM1000.00 setiap tahun, bukan nye macam BR1M yang diberi sekali seumur hidup, tu pun cume RM500.00 pade asalnye. Bile kah nampak tak ngomben, rakyat masih tak nyokong make di tambah lagi RM500.00. Dengan tambahan ni pun belum tentu rakyat akan nyokong UMNO@BN.

Pemimpin2 UMNO@BN ingatkan rakyat ni macam ayam, beri umpan, tangkap dan sembeleh buat lauk mereke. Itu ayam, bole le, tapi kami semue manusie yang ade fikiran, walaupun kami di arahkan bersumpah setie menyokong tapi kami akan tetap menolak UMNO@BN yang dah tidak boleh di haraf lagi untuk membangunkan bangse melayu dan agama Islam.



Tuesday, January 29, 2013

PRU-13 UMNO pangkah UMNO ..............

Snap shot dari laman blog pro UMNO

Wak tak heran kalu PRU-13 nanti parti UMNO@BN hanye akan di pangkah oleh ahli2 dan penyokong UMNO sahaja. Sebenar nye penemuan Tn Guru Nik Aziz dengan Karpal Singh dan Bishop Sebastian ini sudah bikin UMNO dan pencacai nye mengelabah dan mengelupo macam ayam kene sembeleh.

Isu Kalimah Allah yang senghaje di perbesarkan dan di hebah2 kan oleh UMNO dengan sendiri nye telah menjadi senjate yang membunuh tuan nye. Isu ni diperbesarkan sehingge PERKASA mahu mengadakan tunjuk perasaan membakar bibli versi bahasa melayu yang menggunakan kalimah Allah.

PM Najib semakin pening kepale nye dibuat oleh PERKASA, dah lah parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP sudah di tinggalkan oleh kaum cina dan india, kini PERKASA pule dah buat hal 'menghalau' kaum yang beragama kristian dari mendekati UMNO@BN.

Tn Guru Hj Nik Aziz memang seorang ulama yang sangat bijak, peranan nye mendakati kaum kafir di tangani nye dengan secare halus dan berhemah. Sekarang kaum kafir lebih mempercayai PAS dari parti UMNO@BN yang jelas menunjukan sifat perkauman nye.

Sekarang mari kite perhatikan pade potongan 'snap shot' di atas yang di petik dari sebuah blok pro UMNO. Sudah pasti nyate blogger ini tergamam dengan tindakan Tn Guru Hj Nik Aziz. Tidak ade ape sebarang komen yang berani dia buat. Sedangkan blog ini terkenal dengan sikap nye suke menghentam pemimpin2 PAS di dalam blog nye.

Monday, January 14, 2013

Inilah hasil dari UMNO yang memerintah lebih enam puluh tahun ...............

Semakin hari semakin jelas terserlah penderitaan dan kemiskinan rakyat tertonjul kepada masyarakat. Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka yang lepas telah memberikan satu amaran keras kepada kerajaan UMNO/BN yang telah gagal memerintah selama lebih enam puluh tahun.

Sebenarnya Kebangkitan Rakyat ini sudah di tunjuk kan oleh rakyat pada PRU-12 yang lepas. Kerajaan yang di perintah oleh UMNO/BN hampir tumbang pada PRU-12 yang lepas. Hingga kini UMNO/BN masih lagi gagal di pulih kan. Kebangkitan Rakyat cuba di redakan oleh kerajaan UMNO/BN dengan berbagai2 sogok kan - BR1M dan lain2 lagi.

Malang nya, semakin banyak sogokan di hamburkan semakin timbul kesedaran rakyat tentang kegagalan kerajaan UMNO/BN. Walau berapa ribuan juta pun di habiskan oleh kerajaan UMNO/BN untuk menyogok rakyat, namun Kebangkitan Rakyat pasti berterusan juga hingga ke hari PRU-13 namti.


ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-