Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

Sunday, October 1, 2023

9 tanda amaran anda menghidap kanser

bharian.com.my
Oktober 1, 2023 @ 9:23am
Foto Hiasan

KANSER antara penyakit paling digeruni masyarakat sekali gus ia memerlukan perhatian dan rawatan yang berkesan bagi mengelak bertambah kronik sehingga membawa maut.

Gagal mengamalkan gaya hidup sihat dalam rutin seharian seperti senaman dan diet seimbang antara punca kes pelbagai jenis kanser meningkat dalam kalangan pesakit muda mahupun warga berusia.

Apa juga jenis kanser boleh ditangani lebih awal sekiranya anda tahu tanda dan gejala supaya segera mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Mengikut laporan perubatan antara kanser yang lazim dan tinggi kes menyerang wanita adalah kanser payudara, usus, serviks; kanser usus, prostat dan paru-paru (lelaki) serta leukemia, kanser otak dan limfoma (kanak-kanak).

Walaupun, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera baru tamat kempennya, orang ramai terus digalakkan untuk menjalani saringan kanser bagi mengesannya pada peringkat awal.

Justeru, kenali sembilan tanda amaran kanser yang perlu anda ambil perihatian dan dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya mengalami gejala ini.

Jangan tangguh, pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa dan segeralah bertindak!

1. Pendarahan faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid

2. Perubahan pada pola membuang air

3. Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan dikesan pada payudara

4. Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di mulut

5. Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini

6. Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan

7. Suara gurau lebih daripada dua minggu

8. Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga berdengung

9. Batuk yang berterusan dan kahak berdarah


Namun, apabila seseorang itu mempunyai tanda berkenaan, ia tidak semesti kanser. Hanya pastikan ia bukan kanser dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Wednesday, October 21, 2015

Rokok elektronik boleh menyebab kanser

Kuala Lumpur – Rokok elektronik yang menjadi kegilaan ramai didapati mengandungi bahan pengawet yang boleh membawa kepada kanser, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata antara bahan pengawet itu ialah nikotin dan propylene glycol yang apabila dipanaskan (dalam cecair) melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet.

“Ramai pengguna menghisap lebih daripada lima volt untuk mendapatkan asap yang banyak.

“Bahan pengawet itu boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Isu itu dibangkitkan beberapa anggota Parlimen termasuk Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang menyatakan kebimbangan penggunaan rokok elektronik yang boleh menjurus kepada peningkatan penyalahgunaan dadah, lapor Bernama.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/rokok-elektronik-boleh-menyebab-kanser/

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-