Followers

Monday, December 31, 2012

"The Black Rose 1.0"



"31 DECEMBER 2012

Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar

KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk “The Black Rose – Black Rose 1.0″

Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuah buku selepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.

Buku tersebut diterima Harakah Daily hari ini. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.

Buku kecil 26 muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya’s sebagai penulisnya..........."


Wak heran sejak kebelakangan ni banyak pule jenis buku yang timbul. Buku Rosmah pun ade juge, sekarang yang terbaharu buku "The Black Rose 1.0" pule muncul. Menurut yang empunye cerite, Harakah Daily sudah pun menerima buku tersebut.

Wak tak heran jike isi kandungan cerite dari buku ni akan tersebar di laman2 web sedikit mase lagi. Yang pasti isi kandung nye pasti tersebar keseluruh dunia. Wak juge tak heran jike buku ni akan di haram kan dan dilarang mane2 blogger menyairkan isi kandung nye.