Wednesday, March 11, 2026

 

mk-logo
Berita
Muhyiddin beri bayangan kesalahan Ronald tidak setara Hamzah
1

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi gambaran kesalahan yang dilakukan Naib Presidennya, Ronald Kiandee tidak setara dengan Hamzah Zainudin dan disebabkan itu Lembaga Disiplin tidak memecatnya.

Dakwa Muhyiddin, meskipun Ronald bersama Hamzah dalam pertemuan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, namun bekas timbalan presiden Bersatu itu yang mengetuai rundingan tanpa restu pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun tegas Muhyiddin, sebarang keputusan yang diambil adalah hak Lembaga Disiplin berdasarkan laporan serta siasatan terperinci.

"Tapi, ini bukan tugas saya, ini (tugas) Lembaga Disiplin.. Lembaga Disiplin menimbang weightage of case, macam Datuk Hamzah pergi (jumpa Zahid) itu dah sahlah.

ADS

"Saya sebutkan dulu dia (Hamzah) pergi berunding tanpa ada kelulusan daripada majlis tertinggi. Dia melanggar perlembangaan dan sebagainya.

"Dia kepala apa nak panggil? Kepala apa? Datuk Ronald kata dia ada kat situ juga... tapi kalau saudara pun saya tanya antara dua tu siapa yang lebih berat (kesalahan)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.

ADS

Terdahulu dalam satu kenyataan hari ini, Ronald mengakui dia memang terbabit secara langsung dengan beberapa program bersama bekas Timbalan Presiden Bersatu selain bertemu dengan Ahmad Zahid di Bangkok pada tahun lalu.

Ronald mempersoalkan mengapa dia tidak dipecat sedangkan turut bersama Hamzah bertemu Ahmad Zahid.

ADS

"Jika benar itu adalah satu kesalahan besar, mengapa tidak dipecat?" katanya dalam kenyataan di media sosial petang ini.

Mengiringi kenyataan itu ialah gambar surat daripada Lembaga Disiplin Bersatu kepada Ronald bertarikh hari ini.

Surat itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan, dan menyatakan alasan Ronald digantung selama dua penggal iaitu melanggar fasal 9.1.4 perlembagaan parti.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengesahkan tiada bahagian parti itu yang terbubar susulan pemecatan Hamzah sebelum ini.

"Tidak ada bahagian yang berjaya dibubarkan ini nak kita jelaskan kerana dalam beberapa minggu yang lepas selepas peristiwa pemecatan timbalan presiden.

"Kononnya ada beberapa bahagian-bahagian mengisytiharkan bahagian dibubarkan sebenarnya ikut Perlembagaan tidak ada pihak kecuali MPT sahaja yang ada kuasa untuk membubarkan (bahagian), bermakna tidak ada pembubaran," katanya lagi.

Menurutnya, penyusunan semua jawatankuasa di bahagian yang terjejas itu sedang dilakukan oleh parti itu.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan Nolee Ashilin Mohammed Radzi dilantik sebagai Pemangku Ketua Srikandi Bersatu menggantikan Mas Ermieyati Samsudin yang digantung keahliannya.

Manakala R Sanjeevan memangku jawatan Ketua Sayap Bersekutu menggantikan Dr Chong Fat Full yang telah meletakkan jawatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-