Wednesday, September 11, 2024

Kertas siasatan Kok dijangka rujuk AGC esok, kata KPN

freemalaysiatoday.com
Bernama-11 Sep 2024, 08:07 PM

Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensijilan halal setakat 12 tengah hari semalam.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihaknya sudah memanggil saksi, termasuk Teresa Kok bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) esok.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihaknya sudah memanggil saksi, termasuk Kok bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.

Dalam masa dua hari, mungkin esok kita akan hantar ke AGC, katanya pada sidang media di IPK Pahang di sini.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata, polis menerima 50 laporan berhubung kenyataan Kok setakat 12 tengah hari semalam.

Berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan Jun lalu, Razarudin berkata, pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada AGC.

Kertas siasatan itu dipulangkan untuk siasatan lanjut, kita juga telah mengambil tindakan dan mungkin dalam tempoh tiga hingga empat hari siasatan selesai dan kita akan serahkan semula untuk tindakan selanjutnya.

Baru-baru ini, media melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja serta beberapa individu menggunakan senjata.

Akibat serangan itu, lelaki itu dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di kaki.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-