Wednesday, March 26, 2014

Ternakan baru di ladang Wak Labu

 Itek serati induk

Anak itek serati yang baru menetas

Jika anda tinggal di luar bandar Wak cadangkan memelihara itek serati. Itek serati sangat mudah di pelihara kerana ianya tahan penyakit, kurang makan cepat membesar dan sangat mudah membiak. Daging itek serati mendapat pasaran yang baik dari kaum cina. Kini harga di pasaran diantara RM 10 - RM15 sekilo.

Itek serati akan matang dan mule mengawan dan bertelur diantara 6 hingga 7 bulan umor nya. Boleh bertelur 2 - 3 kali dalam setahun. Semusim ianya boleh bertelur di antara 24 hingga 30 biji telur. Telur itek serati mengeram selama 33 - 35 hari sebelum ianye menetas. Penetasan nya sangat tinggi.

Itek serati jantan dewasa boleh mencecah berat badan nya hingga 7 kg, manakala yang betina pule lebih kurang 3 kg sahaja. Oleh kerana itek jenis ini sangat kurang makan maka ianya mudah di pelihara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-