Friday, October 4, 2013

Mampukah PAS mempertahankan N20 Sungai Limau?



Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandingan diperuntukan selame 12 hari bermule dari hari penamaan calun. 4hb. Nov. adelah hari yang ditetapkan untuk pare pengundi yang layak turun mengundi.

Wak yakin PAS akan mengekalkan kuasenye di DUN N20 Sungai Pinang. Berdasarkan kepade 3 keputusan PRU yang lepas2, PAS telah mengasai DUN N20 dengan majoriti yang agak selese juge. Sebenarnye di kawasan2 majoriti penduduk melayu, PAS sudah mempunyai penyokong2 tegar nye yang tersendiri.

Boleh dikatekan penyokong2 PAS ni hampir semuenye terdiri dari orang melayu yang berpendidikan dan celik politik, mereke ni sentiase mengikuti perkembangan keadaan politik tanah air dari mase ke semase. Gulungan atau kumpulan ni sedar tentang keburukan yang sedang di lakukan oleh pemimpin UMNO.

Kumpulan penyokong tegar PAS ni tidak mudah di sogok dan di rasuah dengan wang ringgit atau ape bende pun. Wak yakin PAS tidak mudah di tewaskan.  Kumpulan ini tidak mudah di ganggu gugat oleh UMNO.

Harapan UMNO tertumpu kepade kumpulan yang boleh lah dikatekan 'bute politik', kumpulan ini akan berterime kasih dan bersedie memberi sokongan kepade UMNO dengan hanye di sogok kan beberape puluh ringgit. Mereke akan terpesone dengan kate2 manis dari mulut pemimpin2 UMNO tanpa berfikir panjang.

10 comments:

  1. Salam wak, kalau puak PAS perangai dah mcm umno skag ni tak mustahil pas kalah.
    Umno dah memang syaitan dikenali mmg menolak islam, tapi lagi teruk dan hina puak syaitan yg bertopengkan parti islam

    -frea-

    ReplyDelete
  2. Salam Wak,

    Doa saya semoga PAS berjaya mempertahankan DUN Sg Limau. namun hati kecil saya berkata ianya sesuatu yang sukar dilakukan kerana jarang pembangkang dapat memenagi sesuatu pilihanraya kecik di kawasan majoriti Melayu. Jika kawasan tersebut pengundinya berbilang kaum besar kemungkinan pembangkang boleh menang.

    Sebabnya orang Melayu Islam walau pun tidak makan babi, tetapi amat mudah makan budi dari pemberian rasuah. Bila pemimpin UMNO hulur kain pelikat beserta sampul surat berisi beberapa keping note merah.....itu sudah cukup untuk mengubah pendirian seorang pengundi Melayu.

    Orang Melayu juga amat mudah berbesar hati. Kubu PAS di Jerlun pun roboh bila Mahathir datang ke kampong-kampong bersalaman dengan penduduk-penduduk tempatan sewaktu berkempen untuk Mukhriz dulu.

    Bye bye Sg Limau...Ada rezeki PRU 14 kami rampas balik!!!!

    ReplyDelete
  3. Geng-geng munafik PAS Kedah ramai di DUN tu shaikulnya Najib Fahmi,berapa banyak harta PAS yang diamanahkan kepada Arwah bapanya Sheikh Yahya Junid menjadi harta faraid kaum keluarganya.Tak layak menjadi tenaga pengajar di Pondok Pak Ya.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya BN/PAS ada kekuatan tersendiri tapi BN lebih avantage pada masa ini.....saya agak peluang BN lebih baik dari PAS. Kalau kita rajin buat kajian wakil rakyat dari PAS bila menang sahaja jarang yang ada dikawasan masing2 ini yang membuatkan pengundi meluat bukan tak suka dengan PAS tapi benci dengan pemimpin2 yang hidung tinggi bila menang sahaja bye...bye aku YB...

    ReplyDelete
  5. Dari pengamatan saya kali ini Sg.Limau akan jatuh ke tangan UMNO....
    UMNO akan menghantar seluruh jentera nya dari serata pelusok Malaysia untuk memenangi nya kali ini...saya amat positif UMNO akan menang...!

    ReplyDelete
  6. Wak;
    Terkini banyak sangat isu yang melibatkan pergolakkan dalam PAS...Isi Syiah,perkataan ALLAH,tuntutan kjsama dalam PR dll akan menjadi liabiliti dan peluru pada BN.Tidak mustahil Sg. limau jatuh jika hanya terlalu harap kepada penyokong setia saja.

    ReplyDelete
  7. PAS saya tak tau perjuangan depa untuk apa....nak kata beruang untu Islam, tak nampakpun kesungguhannya, Khalimah Allah, sunyi sepi, Syiah, YB Mahfuz Omar buat-buat tak faham, kuih ke, katanya... apalah nasib PAS nama saja Islam tapi tak Islam langsung....fikir2 lah wahai pengundi Sg Limau, lama dah dok dalam PAS, apa pun tak ada.... hasanah dunia pun tak ada, tak tau lah hasanah akhirat ada ke tidak.... tepuk dada tanyalah iman

    ReplyDelete
  8. PAS saya tak tau perjuangan depa untuk apa....nak kata beruang untu Islam, tak nampakpun kesungguhannya, Khalimah Allah, sunyi sepi, Syiah, YB Mahfuz Omar buat-buat tak faham, kuih ke, katanya... apalah nasib PAS nama saja Islam tapi tak Islam langsung....fikir2 lah wahai pengundi Sg Limau, lama dah dok dalam PAS, apa pun tak ada.... hasanah dunia pun tak ada, tak tau lah hasanah akhirat ada ke tidak.... tepuk dada tanyalah iman

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-