Friday, June 5, 2015

Usul putus hubungan dengan DAP akan lulus tanpa bahas

Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata pihaknya bertolak ansur dengan keputusan jawatankuasa usul untuk tidak membahaskan usul tersebut bagi mengelakkan provokasi. - Foto TRP/SM Amin

KUALA SELANGOR, 5 Jun:

Usul Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) bagi memutuskan hubungan dengan DAP akan diluluskan tanpa bahas di Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata pihaknya bertolak ansur dengan keputusan jawatankuasa usul untuk tidak membahaskan usul tersebut bagi mengelakkan provokasi.

“Kita tidak mahu provokasi. Yang penting mesej itu sudah sampai kepada (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dan nampaknya dua tiga hari ini dia sudah diam.

“Itu tujuan kita supaya jangan melampau berterusan. Jadi bila ada usul itu, diterima tanpa bahas jadi tidak kecohlah,” katanya kepada The Rakyat Post.

Mengulas kemenangan besar kumpulan ulama dalam pemilihan PAS, Mahfodz berkata beliau sangat gembira dan berharap tiada lagi perbezaan pandangan dalam parti.

Bagaimana, beliau mencadangkan supaya pimpinan baru supaya melantik sebahagian daripada kumpulan profesional mengisi beberapa jawatan lantikan dalam struktur parti.

“Ini menggambarkan akan datang tidak ada perbezaan dan mempunyai pandangan yang sama bagi memudahkan kerja presiden.

“Pemilihan ini pilihan orang ramai tetapi kita hendak gambarkan PAS ini memang tidak tolak golongan profesional.

“Kita hendak juga bekerjasama dengan DAP tetapi jangan sampai menggadaikan dasar,” tegasnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/05/usul-putus-hubungan-dengan-dap-akan-lulus-tanpa-bahas/#ixzz3cAtlAuvR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-