Justeru, menurut kenyataan dikeluarkan HKL, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu kembali ke Penjara Sungai Buloh.
Keluarga Anwar di HKL.
“Oleh kerana keadaan kesihatan beliau stabil, kesihatannya akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal dalam keadaan baik,” kata HKL dalam kenyataan hari ini.
HKL menyatakan, panel perunding rawatan Anwar telah mengadakan pertemuan yang kerap dengan Anwar dan keluarganya bagi memaklumkan segala perkembangan semasa serta pelan pengurusan yang sesuai.
Anwar dimasukkan ke HKL Selasa lalu selepas didapati semakin uzur dan mengalami masalah kesihatan ketika dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.
Sejak dipenjarakan Februari lalu, berat badan Anwar susut enam kilogram termasuk mengalami tekanan darah tinggi dan najis berdarah. -Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.