Sunday, July 12, 2015

Gobind : Buka semula kes bunuh bos Ambank

Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013.

MP Puchong dari DAP itu berkata dakwaan anak Hussain, Pascal Najadi bahawa siasatan kes itu tidak lengkap, menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti polis Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.

"Ia juga mencetuskan keraguan terhadap maklum balas ketua polis negara tiga hari lalu, bahawa kes itu telah selesai.

“Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini bukan kali pertama kita mendengar kes di mana terdapat aduan berkaitan perkara ini,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

“Kita ada, antara lain, kes Teoh Beng Hock walaupun penemuan jelas dan syor Mahkamah Rayuan, tiada apa yang berlaku (tindakan) dan kes Altantuuya Shaariibuu sehingga kini, persoalan yang masih kekal siapa yang mengarahkan pembunuhan beliau dan mengapa," katanya lagi.

Semalam, Pascal mendakwa suspek dalam kes itu, Lim Yuen Soo sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran dan mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia..

Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan ketika bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-