Showing posts with label pengasas AmBank. Show all posts
Showing posts with label pengasas AmBank. Show all posts

Tuesday, November 3, 2015

Pembunuhan Pengasas AmBank: Siasatan selesai, tiada lagi suspek diburu - Polis

Datuk Tajuddin Md Isa
Tiada lagi suspek diburu berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian Hussain Ahmad Najadi dua tahun lepas dan siasatan berhubung kes berkenaan dianggap selesai.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis juga telah membebaskan seorang saksi kes berkenaan Selasa lepas.

"Setakat yang saya tahu siasatan telah selesai sepenuhnya, tiada lagi siasatan yang akan dijalankan melainkan kalau ada perkara baharu...yang terlibat sebelum ini sudah dituduh, didapati bersalah dan sedang menjalani hukuman penjara," katanya pada sidang media selepas pelepasan kenderaan rasmi ASEAN Cyclefest 2015 di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas laporan Bernama semalam bahawa seorang ahli perniagaan tempatan yang ditahan polis pada 15 Okt lepas berhubung kes berkenaan dibebaskan, selepas siasatan mendapati tiada keterangan ke atasnya untuk pertuduhan.

Suspek lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 29 Julai 2013, Hussain, 76, maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari kawasan Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di sini.

Pada 5 Sept 2014, penarik kereta, Koong Swee Kwan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh Hussain dan dihukum penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba membunuh isteri pengasas Ambank itu, Cheong Mei Kuen.

Sunday, July 12, 2015

Gobind : Buka semula kes bunuh bos Ambank

Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013.

MP Puchong dari DAP itu berkata dakwaan anak Hussain, Pascal Najadi bahawa siasatan kes itu tidak lengkap, menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti polis Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.

"Ia juga mencetuskan keraguan terhadap maklum balas ketua polis negara tiga hari lalu, bahawa kes itu telah selesai.

“Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini bukan kali pertama kita mendengar kes di mana terdapat aduan berkaitan perkara ini,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

“Kita ada, antara lain, kes Teoh Beng Hock walaupun penemuan jelas dan syor Mahkamah Rayuan, tiada apa yang berlaku (tindakan) dan kes Altantuuya Shaariibuu sehingga kini, persoalan yang masih kekal siapa yang mengarahkan pembunuhan beliau dan mengapa," katanya lagi.

Semalam, Pascal mendakwa suspek dalam kes itu, Lim Yuen Soo sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran dan mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia..

Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan ketika bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype.

[Baca berita asal]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-