FMT Reporters
Dalam rakaman itu, Muhyiddin dikatakan mengaku bersemuka dengan Perdana Menteri berhubung dakwaan berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi.
PETALING JAYA: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir membidas pihak yang menyebarkan video perbualannya dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, perbuatan menyebarkan rakaman video perbualan peribadi itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.
“Itu hanyalah perbualan peribadi di antara saya dan dia (Muhyiddin) mana boleh dirakam kemudian disebarkan. Apa-apa sahaja perbualan peribadi, adalah tidak baik untuk kita dedahkan kepada orang ramai.
“Memang saya ada dalam video itu, tetapi saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tindakan curi-curi rakam perbualan peribadi kemudian sebarkan pula adalah tindakan yang tidak baik,” katanya ketika dihubungi FMT.
Dalam rakaman video yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita, mendedahkan bahawa Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan wang jutaan ringgit telah dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun Muhyiddin dalam video tersebut menyatakan bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Berita Muhyiddin beri bayangan kesalahan Ronald tidak setara Hamzah Haspaizi Zain Diterbitkan: Mar 10, 2026 9:28 PM ⋅ Dikemaskini: 9:38...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
" Perbandingan Hasil Dan Tunai Mengikut Negeri. Cuba Lihat Negeri Ditadbir UMNO BN Duduk Bahagian Mana " Sah duduk bahagian bawa...
-
WARTAWAN SINAR HARIAN 3 FEBRUARI 2017 Annuar tiba tepat jam 9 pagi tadi. - Foto Sinar Harian PUTRAJAYA - Tepat jam 9 pagi Pengerusi Ma...
-
IPOH: Daerah Hilir Perak dan Kinta menjadi antara 13 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan kes Covid-19 melebih 40 kes. Sehingga ...
-
Perkarangan Masjid Daerah di Lundu sudah sibuk seawal 8 pagi apabila kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) mulai berkumpul untuk berara...
-
Yasmin Ramlan , Naimullah Jaya & Syazwana Amir BERITA Kongres Nasional Tahunan Pemuda PKR (AMK) di Melaka hari ini dicemari denga...
-
WARTAWAN SINAR HARIAN 26 MAC 2017 Mukhriz Mahathir ALOR SETAR - Bersatu dan Pakatan Harapan bersedia gempur dan tawan Kedah pada PRU1...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.