FMT Reporters
Dr Mahathir sedia didakwa dan ditangkap sekiranya dirinya bersalah dengan dakwaan kehilangan wang RM600 juta.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan kehilangan wang RM600 juta pada tahun 80-an.
Dalam entri terbaru di blognya, beliau menyambut baik dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terhadapnya.
“Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Ini tidak terlalu lewat,” cabarnya.
Menurutnya, siasatan perlu dilakukan bagi mengesahkan dakwaan sama ada wang berkenaan masuk ke dalam akaunnya atau wang itu telah hilang disebabkan keputusan oleh London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli.
Jelas Dr Mahathir, beliau menawarkan dirinya untuk disiasat bukan bertujuan untuk memesongkan perhatian semasa berhubung siasatan dakwaan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam entri yang sama, bekas Perdana Menteri Keempat itu berkata beliau menyokong Najib pada pilihan raya lalu walaupun pandangannya terhadap beberapa perkara dan dasar tidak diterima.
“Beliau juga tidak menerima pandangan saya bahawa BR1M dan membawa sepanduk “I Love PM”, “1M4U” dan lain-lain harus dihentikan.
“Tidak juga dia terima banyak perkara lain yang saya memberitahunya supaya tidak melakukan atau yang perlu dilakukan jika beliau mahu menjadi popular. Beliau berkata “Tunai Adalah Raja”, ulas Dr Mahathir dalam blog yang dikemas kini pada Khamis.
Jelasnya, perkara itu tidak mempengaruhinya untuk mendesak Najb berundur sehinggalah skandal 1MDB.
Katanya lagi, Perdana Menteri mempunyai penasihatnya sendiri, termasuk tiga warga Britain, selain membayar perunding asing untuk menasihatinya tentang hal-hal kerajaan.
Dakwanya lagi, Najib juga bergantung kepada Singapura sama ada dia perlu membina jambatan atau kereta api berkelajuan tinggi.
“Apabila Singapura berkata jangan dia ditangguhkan projek-projek itu. Jho Low adalah kawannya dan kelihatan mempunyai pengaruh yang besar ke atasnya.
“Hakikatnya ialah beliau adalah proksi mereka bukan proksi saya. Jika dia telah berkelakuan sebagai proksi saya, maka tidak akan ada 1MDB dan lain-lain,” dedah beliau dalam blognya.
Friday, July 17, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Home / Nasional ENAM kawasan telah dilabelkan sebagai zon merah wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham A...
-
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 4 JANUARI 2016 Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Tindakan mengheret anak Allahyarham Datuk Abdul Azik Nik M...
-
Satu-satunya pemimpin UMNO yang ternampak masih rasional dan berani mengakui wujudnya cabaran besar berikutan penggantungan jawatan Timbal...
-
FMT Reporters | June 30, 2018 Bekas presiden Umno itu berkata, kerajaan PH mendapat sokongan daripada orang bukan Melayu. Datuk Seri Naj...
-
by admin-s ( Astro Awani ) – “Maknanya usaha Tun M ini sia-sia. Kehadirannya ke mahkamah dan sanggup membuang ego tiada hasilnya kerana An...
-
by MT Webmaster ( Sinar Harpan ) – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tindakannya menghadiri Muktamar Tahunan Perpad...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Nov 23, 2022 2:44 PM Datuk Seri Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada Isni...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 8:43 am Nga Kor Meng Berdepan kritikan penyokong akar umbi, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menulis ...
-
harakahdaily.com January 27, 2025 Sedangkan hak bukan-Muslim dihormati KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengecam ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 8, 2022 2:04 PM Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz berpendirian bahawa adalah tidak sopan bagi ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.