FMT Reporters
Dr Mahathir sedia didakwa dan ditangkap sekiranya dirinya bersalah dengan dakwaan kehilangan wang RM600 juta.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan kehilangan wang RM600 juta pada tahun 80-an.
Dalam entri terbaru di blognya, beliau menyambut baik dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terhadapnya.
“Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Ini tidak terlalu lewat,” cabarnya.
Menurutnya, siasatan perlu dilakukan bagi mengesahkan dakwaan sama ada wang berkenaan masuk ke dalam akaunnya atau wang itu telah hilang disebabkan keputusan oleh London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli.
Jelas Dr Mahathir, beliau menawarkan dirinya untuk disiasat bukan bertujuan untuk memesongkan perhatian semasa berhubung siasatan dakwaan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam entri yang sama, bekas Perdana Menteri Keempat itu berkata beliau menyokong Najib pada pilihan raya lalu walaupun pandangannya terhadap beberapa perkara dan dasar tidak diterima.
“Beliau juga tidak menerima pandangan saya bahawa BR1M dan membawa sepanduk “I Love PM”, “1M4U” dan lain-lain harus dihentikan.
“Tidak juga dia terima banyak perkara lain yang saya memberitahunya supaya tidak melakukan atau yang perlu dilakukan jika beliau mahu menjadi popular. Beliau berkata “Tunai Adalah Raja”, ulas Dr Mahathir dalam blog yang dikemas kini pada Khamis.
Jelasnya, perkara itu tidak mempengaruhinya untuk mendesak Najb berundur sehinggalah skandal 1MDB.
Katanya lagi, Perdana Menteri mempunyai penasihatnya sendiri, termasuk tiga warga Britain, selain membayar perunding asing untuk menasihatinya tentang hal-hal kerajaan.
Dakwanya lagi, Najib juga bergantung kepada Singapura sama ada dia perlu membina jambatan atau kereta api berkelajuan tinggi.
“Apabila Singapura berkata jangan dia ditangguhkan projek-projek itu. Jho Low adalah kawannya dan kelihatan mempunyai pengaruh yang besar ke atasnya.
“Hakikatnya ialah beliau adalah proksi mereka bukan proksi saya. Jika dia telah berkelakuan sebagai proksi saya, maka tidak akan ada 1MDB dan lain-lain,” dedah beliau dalam blognya.
Friday, July 17, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
-
agendaily.com 24/2/2022 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir OLEH DIYANA IBRAHIM November 07, 2013 Latest Update: November 07, 2013 04:19...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
PRK Sg Limau: Menguji Kematangan Politik Masyarakat Cina Selepas PRU13 JERING Daily | 02:00 | 0 comments Terdapat 1,827 pengund...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.