Sunday, August 30, 2015

Bersih 4: Sambutan ambang merdeka ke Bukit Jalil

Terdahulu, Maria dilihat mengadakan perbincangan khas bersama polis di Dataran Merdeka. Foto TRP/ Qurnisha Hamka

KUALA LUMPUR, 30 Ogos:

Sambutan ambang kemerdekaan pada malam ini akan dipindahkan ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengerusi penganjur Bersih 4, Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih (Bersih 2.0), Maria Chin Abdullah, berkata sambutan Hari Kebangsaan esok bagaimana pun akan kekal di Dataran Merdeka.

Beliau pada masa sama, memberi jaminan bahawa peserta Bersih 4 akan bersurai daripada Dataran Merdeka sebelum pukul 12 malam ini.

“Polis sangat bekerjasama dengan Bersih dan kita akan teruskan dengan rancangan kita sebelum ini,” katanya selepas berbincang dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai ura-ura Tun Dr Mahathir Mohamad akan sekali lagi hadir, Maria memberitahu pihaknya mengalu-alukan kehadiran beliau.

Dr Mahathir dikatakan akan hadir ke Pasar Seni pada pukul 5 petang ini.

Jelasnya, pihaknya tidak mengetahui mengenai kehadiran Dr Mahathir semalam disebabkan sedang bersolat.

“Jika beliau datang hari ini kami akan menerima beliau sebagai peserta, sama seperti peserta-peserta yang lain,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/?p=115296#ixzz3kHhdzS4u

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-