Wednesday, August 12, 2015

Kan dah kene......., tu le berani sangat buka mulut.......

Minta Najib ‘berehat’, pegawai Jasa perlu dikenakan tindakan
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, perwakilan tersebut yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia merupakan penjawat awam.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos:

Tindakan seorang perwakilan Wanita Umno dari Pasir Gudang, menyerahkan satu memorandum secara peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta beliau berehat perlu dikenakan tindakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, perwakilan tersebut yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia merupakan penjawat awam.

Susulan daripada itu, Salleh berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi untuk meneliti perkara itu.

“Saya telah minta Ketua Pengarah Jasa untuk melihat perkara tersebut (kerana) sebagai seorang penjawat awam, dia tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian kerana sebagai penjawat jawatan kerajaan (menjadi) tanggungjawab kita untuk menyokong pemimpin parti pemerintah.

“Sebarang perbuatan sedemikian adalah salah sebagai kakitangan kerajaan dan saya telah meminta Ketua Pengarah untuk melihat dan menyiasat perkara ini.

“Jika benar tindakan sewajarnya perlu diambil keatas penjawat tersebut,” katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Jasa 2015 di PWTC pada Selasa.

Sementara itu Puad ketika ditemui di majlis yang sama mengesahkan wanita tersebut merupakan pegawai Jasa dan akan meneliti laporan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya tunggu laporan penuh daripada Pengarah Jasa Johor… dia akan hantar laporan penuh itu esok (hari ini) jadi setakat ini saya belum ada apa-apa komen lagi.

“Dia (wanita tersebut) adalah pegawai Jasa yang bertugas di Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Pasir Gudang,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/12/minta-najib-berehat-pegawai-jasa-perlu-dikenakan-tindakan/#ixzz3iaKMz6z1

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-