Showing posts with label Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Show all posts
Showing posts with label Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Show all posts

Sunday, October 14, 2018

1,200 kakitangan Jasa tamat perkhidmatan mulai esok

By Manzaidi Mohd Amin
- 14 Oktober 2018

Sebahagian daripada 1,200 kakitangan Jasa di seluruh negara akan akan berdepan dengan penamatan perkhidmatan berkuatkuasa esok, 15 Oktober.

KUALA LUMPUR – Bermula esok (15 Oktober), kira-kira 1,200 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berdepan dengan detik sukar setelah mereka tidak lagi bergelar penjawat awam.

Mereka akan kehilangan pekerjaan tetap setelah Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih kerajaan Persekutuan hendak membubarkan fungsi jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu.

Dalam warkah terbuka warga Jasa kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka mengakui esok adalah hari paling sukar dalam hidup kerana akan kehilangan satu-satunya punca rezeki untuk menampung keluarga.

Menurut mereka, dengan faktor umur 40 tahun ke atas, tidak ada siapa hendak menggajikannya sebagai pekerja dan tambahan pula perlu bersaing dengan anak muda yang turut mencari pekerjaan.

“Sehingga kini, kami masih lagi tertanya-tanya apa salah dan dosa kami sehinggakan Tun Mahathir tergamak memberi arahan menamatkan kontrak kami.

“Keputusan drastik kerajaan untuk membubarkan Jasa adalah satu bentuk penganiayaan kepada kami.

“Kami bukan lantikan politik, kami perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta proses temuduga yang ketat untuk kelayakan dan pengalaman bekerja,” katanya yang dipetik melalui warkah itu.

Menurut mereka, bukan semua yang ditamatkan kontrak itu adalah lantikan politik dan di manakah keadilan serta janji menteri, Gobind Singh Deo untuk menyerapkan kakitangan itu dalam agensi lain di bawah kementerian berkenaan.

“Apabila kami sudah diterima bekerja, kami hanya menurut perintah. Kami tidak boleh mengatakan tidak kepada arahan yang diberikan. Jika tidak mengikut arahan akan diambil tindakan tatatertib dan boleh dibuang kerja.

“Kami kakitangan Jasa ini berkhidmat untuk kerajaan hari ini. Tahukah Tun Mahathir bahawa kami merupakan benteng di hadapan yang mempertahankan kerajaan yang ada?

“Kami merupakan pejuang yang berada di belakang kerajaan untuk menyampaikan segala dasar negara kepada rakyat,” kata warkah itu lagi.

Mereka turut berkata, Jasa ditubuhkan ketika pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat dan adakah tindakan memansuhkan jabatan itu selepas memegang semula jawatan berkenaan pada 9 Mei lalu dapat menyelamatkan kewangan negara.

“Kalau ya, kenapa pula kami menjadi mangsa? Kami terpaksa berdepan dengan persepsi negatif orang ramai yang mengatakan kami lantikan politik dan patut diberhentikan.

“Di antara kami ini ada yang merupakan ibu tunggal, suami dan bapa yang menjadi satu-satunya punca rezeki keluarga. Terdapat juga yang menghidap menyakit kronik dan memerlukan rawatan susulan setiap bulan. Di manakah belas ihsan Tun kepada kami?

“Ketika Tun bergembira bersama dengan keluarga terfikirkah oleh Tun nasib kami pekerja kontrak yang telah diberhentikan ini? Kami juga mempunyai impian yang sama seperti Tun ingin melihat anak-anak berjaya, namun semuanya hancur berderai,” katanya.

Dalam pada itu, mereka tetap menaruh harapan semoga Tun Mahathir berlembut hati dan memberi sinar harapan kembali kepada kakitangan itu dan keluarga. 

MalaysiaGazette

Friday, April 15, 2016

Muhyiddin antara jemaah kabinet luluskan 1MDB, kata Puad

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan beliau seharusnya menyedari urusan 1MDB kerana dirinya adalah sebahagian daripada bekas anggota jemaah menteri dan tidak sepatutnya membuat tuduhan sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi dalam kenyataan hari ini mempersoalkan mengapa Muhyiddin membisu pada masa lalu tetapi kini berkata penubuhan 1MDB adalah tidak perlu.

“Muhyiddin mungkin terlupa bahawa dia merupakan anggota Jemaah Menteri yang meluluskan penubuhan 1MDB pada tahun 2009 dan jaminan kerajaan untuk pinjaman Islamic Medium Term Notes sehingga RM5 bilion pada 1 April 2009.
“Muhyiddin juga lupa dia juga merupakan antara anggota Dewan Rakyat yang meluluskan peranan 1MDB bagi menarik pelaburan asing dari Timur Tengah, China dan India seperti yang dibentangkan dalam ucapan Bajet Tahun 2010 pada 23 Oktober 2009.

“Amat menghairankan apabila tiba-tiba sahaja Muhyiddin mempunyai 17 hujah mengenai 1MDB sedangkan sebelum ini, dia sering mendakwa tidak tahu, tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan dia tidak faham mengenai 1MDB melainkan selepas membaca The Edge dan pelbagai alasan lagi,” katanya.

Puad yang juga adalah ketua pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menyindir sama ada 17 hujah itu ditulis oleh penulis ucapan Muhyiddin yang juga menyerupai dengan soalan lazim yang dikemukakan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua,

[Baca berita penuh]

Wednesday, August 12, 2015

Kan dah kene......., tu le berani sangat buka mulut.......

Minta Najib ‘berehat’, pegawai Jasa perlu dikenakan tindakan
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, perwakilan tersebut yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia merupakan penjawat awam.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos:

Tindakan seorang perwakilan Wanita Umno dari Pasir Gudang, menyerahkan satu memorandum secara peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta beliau berehat perlu dikenakan tindakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, perwakilan tersebut yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia merupakan penjawat awam.

Susulan daripada itu, Salleh berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi untuk meneliti perkara itu.

“Saya telah minta Ketua Pengarah Jasa untuk melihat perkara tersebut (kerana) sebagai seorang penjawat awam, dia tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian kerana sebagai penjawat jawatan kerajaan (menjadi) tanggungjawab kita untuk menyokong pemimpin parti pemerintah.

“Sebarang perbuatan sedemikian adalah salah sebagai kakitangan kerajaan dan saya telah meminta Ketua Pengarah untuk melihat dan menyiasat perkara ini.

“Jika benar tindakan sewajarnya perlu diambil keatas penjawat tersebut,” katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Jasa 2015 di PWTC pada Selasa.

Sementara itu Puad ketika ditemui di majlis yang sama mengesahkan wanita tersebut merupakan pegawai Jasa dan akan meneliti laporan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya tunggu laporan penuh daripada Pengarah Jasa Johor… dia akan hantar laporan penuh itu esok (hari ini) jadi setakat ini saya belum ada apa-apa komen lagi.

“Dia (wanita tersebut) adalah pegawai Jasa yang bertugas di Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Pasir Gudang,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/12/minta-najib-berehat-pegawai-jasa-perlu-dikenakan-tindakan/#ixzz3iaKMz6z1

Saturday, August 1, 2015

JASA keluarkan buku jawab tuduhan terhadap Najib

OLEH RAM ANAND
Buku mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebut akan menggariskan 22 jawapan yang daripada beliau yang menjelaskan tuduhan-tuduhan terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Unit propaganda Putrajaya, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), mengeluarkan senaskhah buku 47 muka surat yang menggariskan "22 jawapan" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjelaskan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Buku tersebut diedarkan kepada lebih 300 ahli Umno pada mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban di Paroi, Negeri Sembilan, hari ini, yang dijadualkan dirasmikan Najib selaku presiden parti.

Turut disertakan sekeping risalah yang mengandungi penerangan dalam bentuk yang lebih padat, tetapi tidak dinyatakan nama penerbitnya.

Dalam buku kecil itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mengulangi "pembohongan pembangkang" tentang pentadbiran Najib.

Maklumat dalam buku itu semuanya diambil dari Najib.

Sementara risalah itu menyatakan, jika Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri seperti yang dituntut Dr Mahathir, negarawan yang berusia 90 tahun itu akan dapat "campur tangan" dalam pentadbiran negara.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jasa-keluarkan-buku-jawab-tuduhan-atas-najib#sthash.3oIKEVWv.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-