Showing posts with label Menteri Komunikasi dan Multimedia. Show all posts
Showing posts with label Menteri Komunikasi dan Multimedia. Show all posts

Sunday, April 26, 2020

Saifuddin ulas netizen: 'Apakah kamu yakin PH tak rompak?'


Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah hari ini membangkitkan keraguan mengenai integriti pentadbiran PH dalam komitmennya untuk membanteras rasuah.

Pada catatan di Facebook mengulas komen Asma Azha, Saifuddin tidak menuduh sesiapa secara khusus, namun menyoal netizen itu sekiranya dia pasti pentadbiran terdahulu bersih.

"Apa you yakin PN pun tak merompak dan rasuah.

"Sis, you kenal PH sebelum jadi keraaan dan ada kuasa. Bila Allah uji dengan kuasa dan wang sama saja. Manusia berubah," tulis Saifuddin.

Jelasnya, PH pada suatu waktu menentang lantikan politik tetapi didakwa melanggar ikrar ini.

"Dulu PH marah lantikan politik, lepas berkuasa siapa yang jadi special envoy ke China? Siapa yang duduk di board (Lembaga) Pelabuhan Kelang dan Kuantan?

"Saya bekas menteri luar saya tahu siapa yang merayu dekat PM untuk lantik (MP Cheras) Tan Kok Wai (sebagai duta khas). So apa bezanya?" Soal Saifuddin.

Komen-komen ini, bersama dengan serangkaian maklum balas beliau kepada netizen lain, terpapar sekurang-kurangnya satu jam di laman Facebooknya sebelum tidak lagi dapat diakses.
Malaysiakini telah menghubungi Saifuddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan yang mencadangkan berlakunya 'rompakan dan rasuah' ketika pentadbiran sebelum ini.

Beliau belum menjawab permintaan untuk mendapatkan penjelasan.

Saifuddin pernah menjadi setiausaha majlis presiden PH dan tokoh penting dalam gabungan politik itu.

Beliau keluar daripada gabungan itu untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran baru pimpinan Muhyiddin Yassin selepas "Langkah Sheraton" pada hujung Februari.

Kerajaan Muhyiddin dikritik kerana melantik pemimpin Bersatu, PAS, Umno dan tokoh politik lain untuk menerajui GLC dan agensi kerajaan.

Penyokong parti pemerintah baru Perikatan Nasional berpendapat PH turut membuat lantikan politik.

Bagaimanapun, penyokong PH berkata gabungan itu hanya berjanji lantikan politik tidak akan dibuat untuk jawatan dalam GLC, yang kelihatannya ditepati sepanjang dua tahun pentadbirannya.

Thursday, July 5, 2018

Perkhidmatan jalur lebar TM perlu pada tahap tinggi - Gobind

Gobind Singh Deo.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menegaskan bahawa perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia Bhd. (TM) perlu berada pada tahap yang tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat lain di seluruh dunia.

Dalam catatan di laman Twitter, beliau menyambut baik langkah TM memperkenalkan pelan jalur lebar dan mudah alih baharu termasuk pakej kemasukan unifi yang berpatutan pada kelajuan 30Mbps untuk segmen sasaran B40.

"Ini langkah permulaan yang baik. Bagaimanapun, saya harap TM boleh menimbangkan pelan yang boleh membawa manfaat kepada semua golongan pada harga yang rendah dan juga kelajuan yang lebih tinggi.

"Dalam masa yang sama, perlu ditekankan bahawa kualiti perkhidmatan jalur lebar ini mesti pada tahap tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain di seluruh dunia," katanya.

TM dalam satu sesi penerangan bersama media pada Selasa lalu turut mengumumkan tawaran pelan Unifi Turbo dengan kelajuan jalur lebar lebih dua kali ganda daripada kadar semasa, selain pakej istimewa menaik taraf perkhidmatan bagi pelanggan pra-unifi (dahulunya Streamyx) di kawasan liputan unifi di seluruh negara.

Menurut TM, kumpulan berpendapatan rendah boleh mengakses jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga di bawah RM100, lebih 40 peratus lebih rendah daripada pakej 30Mbps sedia ada sebanyak RM179. 

- Bernama

Thursday, May 31, 2018

PIALA DUNIA RM40 JUTA : PAS BANTAH

By watan
on May 31, 2018


Dalam keadaan negara yang terbeban dengan masalah hutang, pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk menayangkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM dipersoalkan banyak pihak.

Setiausaha Institut Strategik PAS, Nurul Islam Mohamed Yusof berkata tindakan Gobind untuk menayangkan perlawanan bola sepak paling berprestij itu dirasakan tidak wajar dalam keadaan negara pada masa kini kerana menelan belanja yang besar iaitu sebanyak RM40 juta.

Beliau turut menafikan kenyataan yang mengatakan sumber pembiayaan perlawanan tersebut akan diperoleh melalui pengiklanan berdasarkan pemerhatian terhadap laporan kewangan agensi penyiaran kerajaan itu yang rendah pada tahun-tahun sebelumnya.

“Jika diteliti, pada 2014 iaitu tahun pertandingan Piala Dunia di Brazil, RTM menyiarkan siaran langsung dan hasil yang diperolehi oleh RTM melalui pengiklanan adalah RM 52 Juta.

“Manakala tahun tahun lain, pendapatan yang diperolehi sekitar RM 40 Juta. Ia adalah pendapatan pengiklanan sepanjang tahun. Jadi lebihan pendapatan pengiklanan pada tahun piala dunia hanyalah RM 12 Juta sahaja.

“Adakah berbaloi kerajaan membelanjakan RM 40 Juta dengan anggaran pendapatan RM 12 Juta?,” soal beliau menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial Facebook rasmi miliknya pada Khamis.

Justeru itu, beliau mencadangkan menteri mempertimbangkan keputusan yang dibuat tersebut supaya kerajaan dapat mendahulukan perkara yang lebih penting berbanding perlawanan bola.

“Ketika rakyat diminta menyumbang ke Tabung Harapan Rakyat bagi menyelesaikan hutang negara, Kerajaan berbelanja pada perkara bukan keperluan.

“Saya merasakan ia sangat tidak wajar dan mencadangkan agar Menteri mempertimbangkan semula keputusan beliau,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Thursday, July 21, 2016

Salleh: Derma Najib soal berasingan, 'hati-hati' tuduhan AS

FMT Reporters
July 21, 2016

Menteri komunikasi dan multimedia itu mempertahankan Najib dan berkata tuduhan Jabatan Kehakiman AS perlu ditangani secara berhati-hati.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan dengan permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat semalam menyita aset 1MDB.

“Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah. Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan,” kata Salleh.

Semalam, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi terbesar AS membabitkan negara luar.

Permohonan saman itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, nama yang sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Salleh berkata penyiasatan rapi mendapati wang yang diterima Najib merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi, dan disahkan menteri kewangan negara itu pada 14 April.

Najib sebelum ini dilaporkan menerima wang sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya pada 2013. Beliau bagaimanapun menafikan wang itu berkait dengan 1MDB, seperti didakwa akhbar The Wall Street Journal yang memetik dokuman penyiasatan Malaysia.

Salleh berkata 1MDB selama ini menjadi sasaran serangan bermotifkan politik dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi.

“Terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, kemudian dibuktikan tidak benar – dalam hal ini pengesahan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.

“Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah,” kata Salleh.

Monday, December 14, 2015

Najib seorang budiman, pentingkan parti - Salleh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan seorang yang lemah hanya kerana beliau mencari keamanan dan bukan peperangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada tindakan Najib yang juga Presiden UMNO mengajak semua anggota parti yang bersengketa supaya kembali bersatu dan memperkukuhkan parti pada penghujung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang berakhir semalam, Salleh berkata ia mengambil seorang yang kuat untuk mengampuni mereka yang telah berpaling tadah terhadap mereka.

Katanya, di sebalik kata-kata kesat dilemparkan terhadap Najib dan tercalarnya imej beliau, Perdana Menteri masih menghulurkan tangan persahabatan kepada lawannya apabila beliau boleh dengan mudahnya memalukan mereka.

"Najib menunjukkan beliau boleh melawan dan beliau juga boleh menjadi dermawan serta seorang lelaki yang merupakan sifat yang sebenar beliau.

"Najib bersedia untuk memaafkan dan melupakan persengkataan untuk kebaikan parti," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau, hari ini.

Mengimbas kembali krisis dalaman UMNO yang tercetus antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam pada 1987, Salleh berkata, Najib pada masa itu telah memilih untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir demi semangat kesetiaan kepada presiden parti dan kepentingan parti.

"Walaupun Najib telah menunjukkan bahawa beliau boleh melawan jika perlu, beliau juga telah menunjukkan bahawa dia lebih suka untuk tidak melawan jika tindakan itu akan menyakiti parti," katanya.

Katanya, masalah kepada tindakan ini ialah kadang-kadang orang akan membuat kesilapan memikirkan bahawa apabila seseorang itu diplomatik dan lebih suka pendekatan secara aman untuk menyelesaikan perbezaan, individu itu dianggap sebagai tidak berani.

"Mereka gagal melihat sudut positif perkara itu yang sebenarnya pendekatan itu boleh menjadikan seseorang itu budiman," kata Salleh.

-- BERNAMA

Wednesday, September 30, 2015

Kos Internet adalah perkara saya sedang kaji - balas Salleh


Salleh berkata, kadar penembusan Internet di Malaysia ialah 67 peratus daripada penduduk, ketika ini. - Foto arkib TRP
KUALA LUMPUR, 30 September:

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sekali lagi menegaskan, kerajaan memberi tumpuan kepada kelajuan, liputan dan kemampuan dalam pembangunan Internet di negara ini dan akan memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat mempunyai akses Internet, menjelang 2020.

“Seperti yang saya nyatakan pada Isnin, kami bercadang menawarkan 95 peratus daripada perkhidmatan Internet kepada rakyat Malaysia menjelang 2020, iaitu cuma tinggal lima tahun dari sekarang.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bercadang membelanjakan kira-kira RM9 bilion menjelang 2020, bagi mencapai matlamat ini,” kata Salleh menerusi catatan terbaru dalam blognya, sskeruak.blogspot.my, pada Selasa malam.

Kerajaan, katanya, juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan bandar dan 20 peratus kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 megabit sesaat (Mbps).

“Fokus Malaysia ialah kelajuan, liputan dan kemampuan. Ini bermakna, kos (kemampuan) adalah satu perkara yang saya sedang kaji, juga perkara yang dibangkitkan oleh (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang,” katanya yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, kadar penembusan Internet di Malaysia ialah 67 peratus daripada penduduk, ketika ini.

Jelasnya, walaupun ia masih rendah berbanding Korea Selatan (92 peratus), Brunei (75 peratus), Jepun (86 peratus), Singapura (80 peratus) dan Taiwan (80 peratus), tetapi Malaysia jelas mendahului negara-negara lain di Asia.

Salleh berkata, purata kadar penembusan Internet di seluruh Asia hanya 38.8 peratus, manakala 73.5 peratus bagi seluruh Eropah dan pastinya Amerika Utara mengatasi negara-negara lain di dunia pada kadar 87.9 peratus.

Semalam, Lim yang juga penasihat DAP sekali lagi mengecam Salleh dengan berkata, sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, tugasnya adalah untuk menjadikan perkhidmatan Internet lebih murah dan popular.

Lim dalam satu kenyataan berkata, isu sekarang ialah kos untuk Internet berkelajuan tinggi terlalu mahal, bukannya rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan kelajuan Internet, berbanding negara lain.

Sehubungan itu, katanya, rakyat berhak marah dan malu, kerana kerajaan, khasnya menteri yang bertanggungjawab terhadap infrastruktur Internet, gagal dalam tugasnya, menyebabkan negara kini ketinggalan di belakang negara Asean lain, dari segi kemudahan dan purata kelajuan Internet.

“Salleh mengalahkan semua menteri, dengan membuat kenyataan paling bodoh, bukan sahaja kurang kajian, tetapi kejahilan terhadap tanggungjawab menterinya,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Sebelum ini, Lim mengkritik Salleh lebih fokus menjadi “ketua propaganda” Perdana Menteri, tanpa menumpukan perhatian terhadap perkhidmatan Internet yang lemah, berbanding negara Asia lain.

Salleh membalas kritikan Lim itu dengan berkata, rakyat Malaysia lebih gemar melanggan pakej murah, berbanding pakej mahal untuk Internet berkelajuan tinggi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/30/kos-internet-adalah-perkara-saya-sedang-kaji-balas-salleh/#ixzz3nAwqW6F3

Saturday, September 26, 2015

Stesen TV Singapura pertahan dokumentari selepas dibidas menteri Umno

Penerbit program Insight yang baru-baru ini menampilkan mengenai Malaysia di bawah tajuk "Sebuah negara retak" mendakwa dokumentari terbitan Channel NewsAsia (CNA) Singapura itu seimbang dan merupakan hasil temuramah mewakili pelbagai spektrum, menangkis dakwaan seorang menteri Umno.

Penerbit Eksekutif Insight, Zainudin Afandi berkata CNA berbangga dengan "pandangan objektif" yang dibawa saluran televisyen itu, yang terhasil dan melabur di rantau ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rancangan yang disiarkan Khamis lalu itu berat sebelah dan hanya menemuramah ahli politik pembangkang.

Program itu adalah yang ke-6 sejak April yang menyentuh perkembangan politik Malaysia.

"Bertentangan dengan laporan Bernama memetik menteri komunikasi dan multimedia itu, Channel NewsAsia tidak menemubual mana-mana parti pembangkang di Malaysia.

"Channel NewsAsia menemuramah penganjur Bersih 4, Maria Chin Abdullah, yang bukan merupakan ahli parti pembangkang.

"Kami percaya pandangan beliau memberikan satu wawasan dan keseimbangan kepada dokumentari itu.

"Program itu juga menemuramah penganjur perhimpunan baju merah, Ketua Umno Bahagian Datuk Jamal Md Yunos. Kami juga menyiarkan pandangan bekas ketua menteri Melaka dan anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Mohad Ali Rustam," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web CNA malam tadi.

Dalam laman blognya, Salleh (gambar, kiri) berkata media Singapura itu sepatutnya lebih seimbang dengan menemuramah ahli parti pemerintah, sambil mendakwa ia hanya menemuramah pemimpin pembangkang.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, Salleh berkata laporan itu berat sebelah kerana menggambarkan imej buruk Malaysia berdasarkan temubual hanya dengan sumber pembangkang.
"Laporan ini jelas berat sebelah sebab hanya mengetengahkan perkara negatif tentang Malaysia, CNA hanya menemubual anggota pembangkang.

"Laporan Channel NewsAsia pada Hari Malaysia adalah berat sebelah, tidak adil dan amat dikesali, serta perlu diperbetulkan," katanya pada Jumaat.

Pada Jumaat, mengulas dokumentari itu yang membincangkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak dan membandingkan perhimpunan Bersih 4 dengan "baju merah", Salleh menulis, bukan perdana menteri yang memainkan sentimen perkauman tetapi pengkritiknya yang berbuat demikian dalam usaha menjatuhkan beliau.

Tiga pemerhati turut memberi pandangan mereka dalam dokumentari itu: Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, penganalisis Singapura, Dr Ooi Kee Beng dan Ibrahim Suffian dari Merdeka Center.

Mereka berkata, faktor perkauman digunakan kerana ia memberi jaminan kepada Najib yang beliau masih mempunyai sokongan, walaupun perdana menteri dan presiden Umno itu terus berdepan kritikan berhubung isu tadbir urus negara dan dakwaan penyelewengan.

Mempertahankan program itu, Zainudin berkata, ketiga-tiga mereka bercakap dari "sudut pandangan yang objektif dan tidak berat sebelah".

"Bagaimanapun, Channel NewsAsia mengalu-alukan peluang menemubual Salleh mengenai keadaan di Malaysia, yang menjana minat di peringkat antarabangsa," katanya. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=336702:stesen-tv-singapura-pertahan-dokumentari-selepas-dibidas-menteri-umno&Itemid=2#ixzz3modNCOeU
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

'Bukan Najib yang mainkan sentimen perkauman'

Salleh berkata, Dr Mahathir menyalahkan Najib, kerana memenuhi kehendak dan tunduk kepada masyarakat Cina dan selepas 'membuang masa' dengan kaum Cina. - Foto arkib Bernama
KUALA LUMPUR, 25 September:

Bukan Datuk Seri Najib Razak yang memainkan sentimen perkauman, tetapi pengkritiknya yang berbuat demikian, dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata demikian sebagai mengulas laporan khas Channel News Asia yang membincangkan kedudukan Najib dan membandingkan perhimpunan Bersih 4 dengan perhimpunan baju merah pada sambutan Hari Malaysia.

Salleh berkata, laporan itu menggambarkan perhimpunan pertama sebagai mempunyai sentimen mulia, manakala perhimpunan kedua sebagai ‘mempunyai unsur perkauman’.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013, menyatakan Barisan Nasional tidak memperoleh kemenangan besar, kerana masyarakat Cina tidak lagi menyokong kerajaan.

“Dr Mahathir menyalahkan Najib, kerana memenuhi kehendak dan tunduk kepada masyarakat Cina dan selepas ‘membuang masa’ dengan kaum Cina, mereka masih tidak menyokong kerajaan,” kata Salleh dalam catatan blognya, sskeruak.blogspot.com.

Beliau berkata, Dr Mahathir menyuarakan pendapatnya, supaya Najib memberi tumpuan kepada hanya pengundi Melayu.

“Dr Mahathir kemudian berkata, untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional, Najib perlu meletak jawatan. Jika tidak, kerajaan akan tumbang dalam pilihan raya umum akan datang, kerana Najib tidak lagi mendapat sokongan kaum Cina.

“Justeru, bukan Perdana Menteri yang memainkan sentimen perkauman. Pengkritik beliau yang meniupkan sentimen perkauman, sebagai alasan untuk menyingkirkannya,” kata Salleh.

Menurutnya, penganalisis Singapura, Dr Ooi Kee Beng merupakan seorang daripada pemerhati yang ditampilkan dalam laporan selama 30 minit itu, berkongsi pendapat berkenaan.

“Dr Ooi bersetuju dengan perkara itu, apabila beliau menyatakan Umno perlu penjenamaan semula untuk mendapatkan sokongan rakyat, tetapi Najib yang tidak lagi mendapat sokongan kaum Cina, perlu meletakkan jawatan dahulu.

“Dalam erti kata lain, Dr Ooi berkata, bukan Najib yang memainkan api perkauman, tetapi sentimen perkauman itu ditiupkan terhadap Najib, dan Najib menjadi mangsa dalam permainan perkauman ini,” kata Salleh.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/25/bukan-najib-yang-mainkan-sentimen-perkauman/#ixzz3mltPnltm

Wednesday, August 12, 2015

Kan dah kene......., tu le berani sangat buka mulut.......

Minta Najib ‘berehat’, pegawai Jasa perlu dikenakan tindakan
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, perwakilan tersebut yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia merupakan penjawat awam.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos:

Tindakan seorang perwakilan Wanita Umno dari Pasir Gudang, menyerahkan satu memorandum secara peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta beliau berehat perlu dikenakan tindakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, perwakilan tersebut yang bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dia merupakan penjawat awam.

Susulan daripada itu, Salleh berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Puad Zarkashi untuk meneliti perkara itu.

“Saya telah minta Ketua Pengarah Jasa untuk melihat perkara tersebut (kerana) sebagai seorang penjawat awam, dia tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian kerana sebagai penjawat jawatan kerajaan (menjadi) tanggungjawab kita untuk menyokong pemimpin parti pemerintah.

“Sebarang perbuatan sedemikian adalah salah sebagai kakitangan kerajaan dan saya telah meminta Ketua Pengarah untuk melihat dan menyiasat perkara ini.

“Jika benar tindakan sewajarnya perlu diambil keatas penjawat tersebut,” katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri Jasa 2015 di PWTC pada Selasa.

Sementara itu Puad ketika ditemui di majlis yang sama mengesahkan wanita tersebut merupakan pegawai Jasa dan akan meneliti laporan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya tunggu laporan penuh daripada Pengarah Jasa Johor… dia akan hantar laporan penuh itu esok (hari ini) jadi setakat ini saya belum ada apa-apa komen lagi.

“Dia (wanita tersebut) adalah pegawai Jasa yang bertugas di Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Pasir Gudang,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/12/minta-najib-berehat-pegawai-jasa-perlu-dikenakan-tindakan/#ixzz3iaKMz6z1

Sunday, March 23, 2014

Konsert maut: Mengapa Shabery terus membisu........?

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terus membisu ekoran insiden kematian remaja pada Future Music Festival Asia (FMFA) di Bukit Jalil baru-baru ini.

Katanya, sepatutnya menteri itu tampil memberi penjelasan kerana program tersebut mendapat kelulusan daripada kementerian tersebut.

"Saya hairan kenapa mereka terus membisu sedangkan insiden tersebut telah seminggu berlalu.

"Sepatutnya kementerian bertanggungjawab dalam isiden itu kerana mereka yang memberi kelulusan dan lagi satu kenapa perlu program sedemikian untuk mempromosikan negara," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang menegaskan, sepatutnya kerajaan lebih prihatin dan tahu apa budaya yang harus diketengahkan untuk menarik pelancong dari luar.

"Kita ada banyak budaya tradisi yang boleh diketengahkan dan dapat menarik minat pelancong luar.

"Kenapa muzik liar yang hendak dipromosikan, ini amat bertentangan dengan budaya timur yang kita miliki serta peliharai selama ini," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempertikai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak mengambil tindakan kepada pihak penganjur.

"Isu kematian akibat dadah, tidak ada tindakan tegas diambil terhadap pihak penganjur.

"Dadah baru tapi kenapa membisu, sepatutnya pihak polis telah membuat halangan bila mengetahui wujud penggunaan dadah pada acara itu," katanya.

Beliau berharap setiap pihak yang terlibat dalam acara FMFA perlu tampil segera memberi penjelasan dan bukannya membisu tanpa rasa bersalah.

Dilaporkan, kematian enam remaja ketika menonton konsert itu akibat daripada pengambilan dadah.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-