Muhamad Fadzil Ahamad
Hari ini tercatat sejarah baru di negara ini apabila nilai Ringgit mencecah RM4 berbanding 1 Dolar Amerika.
Kejatuhan nilai matawang ini memberikan kesan langsung terhadap kuasa beli rakyat dan pengguna secara keseluruhannya.
Ini kerana, kebergantungan terhadap import adalah terlalu tinggi berbanding eksport yang mencatatkan trend penurunan sehingga bawah paras 9% pada April lalu.
Justeru, harga barangan keperluan yang rata-ratanya terpaksa dibawa masuk dari luar negara termasuk bahan mentah dan barangan siap seperti lampin bayi akan mengalami kenaikan dan sekaligus mengakibatkan kesan kenaikan berganda terhadap kos sara hidup rakyat setelah mereka terbeban dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April lepas.
Tanpa menafikan manfaat yang bakal diperoleh negara dalam sektor pelancongan, kesan buruk akibat kejatuhan nilai matawang ini adalah jauh lebih besar berbanding kebaikannya khusus kepada rakyat di negara ini.
Kenyataan menteri supaya rakyat hanya berbelanja terhadap barangan tempatan dan melancong hanya di dalam negara menambahkan lagi rencah duka buat rakyat terbanyak.
Sedarkah pak-pak menteri ini, selama ini rakyat lama sengsara sejak sebelum bermulanya trend kejatuhan nilai matawang negara lagi? Berapa banyak barangan keperluan asas dalam negara ini yang terhasil dalam negara berbanding barang yang diimport? Di manakah lagi tempat pelancongan dalam negara ini yang masih kekal dijaga dan diurus sebaiknya untuk rakyat melancong dengan tenang dan selesa?
Persoalan-persoalan ini sewajarnya dijawab menteri dengan penuh kesedaran dan bukannya mengeluarkan kenyataan bodoh untuk menyembunyikan masalah sebenar di sebalik kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara yang kian parah dan membawa kepada kejatuhan nilai matawang negara.
Hakikatnya, negara kini semakin hilang kompetensi dalam persaingan ekonomi global yang memerlukan inovasi untuk menguasai pasaran antarabangsa. Lihat sahaja kedudukan Proton berbanding kereta dari negara Korea yang mempunyai sejarah yang hampir serupa dengan sejarah di negara ini.
Realitinya, negara kini semakin kekurangan modal insan yang kreatif dalam mencipta produk atau teknologi yang berupaya memangkin ekonomi negara kepada keadaan lebih kukuh dan mapan di masa hadapan.
Gejala 'brain drain' harus dipandang serius kerajaan di mana sehingga kini direkodkan lebih 50% dari sejumlah lebih setengah juta rakyat yang berpendidikan tinggi dan profesional berhijrah keluar negara dan lebih separuh daripadanya pula memilih untuk bekerja di negara jiran, Singapura. Sebaliknya di Malaysia menjadi tempat lambakan pekerja separa mahir yang datang dari negara luar.
Selain itu, tahap keyakinan pelabur asing untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan juga kian lemah akibat salahlaku rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang semakin membarah mutakhir ini. Isu 1MDB, dana politik RM2.6b yang melibatkan batang tubuh perdana menteri sendiri memburukkan lagi keadaan apatah lagi ianya gagal dijawab dan ditangani dengan sebaiknya kerajaan.
Semuanya itu jelas membawa kepada jawapan tentang mengapa kejatuhan nilai ringgit begitu ketara sungguhpun negara ini dikurniakan dengan pelbagai hasil mahsul yang sangat kaya berbanding negara serantau yang lain.
Segalanya berbalik kepada kesungguhan dan integriti pemimpin yang memimpin negara kaya ini samada membawa negara ke arah yang lebih baik atau memanipulasi kekayaan negara demi kepentingan peribadi dan puak.
Benarlah firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud; "Jelas kerosakan yang berlaku di langit dan di bumi dengan apa yang dilakukan tangan-tangan manusia".
Justeru itu, seluruh barisan kepimpinan negara hari ini wajar dipertanggungjawabkan atas kegagalan mengurus ekonomi negara sehingga membawa kepada kejatuhan nilai matawang negara ke paras terendah sejak 1998.
Berhentilah dari memberikan kenyataan-kenyataan bodoh yang boleh menambah benci dan marah rakyat terhadap kamu.
Cuma satu hikmah yang saya nampak di sebalik kejatuhan nilai matawang ini, iaitu kejatuhan matawang negara adalah petanda kejatuhan Umno-Barisan Nasional semakin hampir. Ayuh sama-sama kita saksikan dan realisasilan.
Salam hormat.
#selamatkanMalaysia – TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=314782:kenyataan-bodoh-menteri-tentang-nilai-ringgit-jatuh-%E2%80%93-muhamad-fadzil-ahamad&Itemid=2#ixzz3icmquzxp
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
-
malaysiakini.com Zarrah Morden & Shakira Buang Diterbitkan: Mar 25, 2024 3:06 PM Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanafi hari ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -25 Mar 2024, 12:16 AM Zaid Ibrahim membidas ‘ribuan bijak pandai’ yang membisu berhubung reaksi terhada...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 24, 2024 1:39 PM Ketua Pemuda Umno , Akmal Saleh mengingatkan pemilik pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin b...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -27 Mar 2024, 06:19 PM Bekas menteri undang-undang itu mengkritik penjualan 50.2% pegangan dalam Icon Of...
-
freemalaysiatoday.com Mohd Farhan Darwis -28 Mar 2024, 07:30 AM Penganalisis berkata BN juga perlu memastikan mereka mampu menang tidak kura...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 25, 2024 8:30 AM Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berharap Anwar Ibrahim akan berkhidmat se...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 27, 2024 12:53 PM Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di land...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 28, 2024 5:04 PM Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi mendakwa kritikannya terhadap...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -28 Mar 2024, 09:17 PM Presiden Umno berkata setiap usaha dan langkah baharu dibuat kerajaan pasti menda...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.