Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Sunday, November 19, 2023

Apa faedah kekal ‘telur’ di Terengganu, soal Ahmad Maslan

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters 
19 Nov 2023

Ahli MKT Umno menolak sentimen PAS mahu Terengganu dikuasai penuh PN di peringkat DUN dan Parlimen.
Ahmad Maslan berkata pengundi PRK Kemaman tidak perlu ‘membakar satu-satunya jambatan’ penghubung negeri itu dengan kerajaan pusat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tiada faedah bagi rakyat Kemaman mengekalkan rekod “40-0” kerana akan menyebabkan kawasan Parlimen itu “membakar satu-satunya jambatan” antara Terengganu dengan kerajaan pusat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan, berkata pengundi pada PRK Kemaman perlu bijak membuat pilihan dan tidak terbuai sentimen konon rakyat Terengganu dalam “mood” mengekalkan rekod tersebut pada pilihan raya lalu.

“Apa faedahnya hendak kekalkan ‘telur’ (untuk Barisan Nasional) di Terengganu. Tiada faedah pun.

“Sekiranya calon PAS iaitu Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar menang PRK Kemaman sekali pun, kawasan itu masih pembangkang di peringkat kerajaan pusat.

“Pada pandangan saya, pembangunan yang ada di Kemaman ketika ini pun banyak dilaksanakan ketika BN memerintah sebelum ini,” katanya menurut Berita Harian di Pontian.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, rakyat Terengganu tidak rela untuk memecahkan “telur” dan masih dengan “mood 40-0”, menolak kepimpinan Umno, PKR, Amanah, dan DAP.

Terengganu menjadi satu-satunya negeri dikuasai Perikatan Nasional sepenuhnya, menguasai 32 kerusi DUN dan lapan Parlimen.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Dis menyaksikan saingan dua penjuru antara calon BN iaitu bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Samsuri mewakili PAS.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan berkata pengundi Parlimen Kemaman perlu menjadikan kawasan berkenaan sebagai jambatan penghubung antara Terengganu dengan kerajaan perpaduan.

“Jangan ‘dibakar’ satu-satunya jambatan perhubungan ini. Gunakan peluang ini, jika tidak perlu menunggu sehingga PRU16 nanti,” katanya.

Monday, July 31, 2023

‘Sudah tentu sokong calon BN’, Ismail Sabri turun berkempen

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli 
31 Jul 2023

Ismail berkata kehadirannya bersama calon BN DUN Senaling, Ismail Lasim sebagai tanda sokongan kepada calon-calon BN.

KUALA PILAH: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob membuktingan sokongan kepada Umno dengan turun padang untuk berkempen bagi calon Barisan Nasional.

Ismail yang juga bekas naib presiden parti menegaskan kepada pemberita bahawa sudah tentu beliau bersama Umno.

“Saya Umno… masih lagi… memang saya akan turun sokong calon BN,” katanya semasa bertemu warga DUN Senaling bersama calon, Ismail Lasim di Flat Sentosa.

Ismail mengingatkan pemberita bahawa beliau masih seorang pemimpin Umno, iaitu ketua bahagian Bera, walaupun sebelum ini tidak menyertai pemilihan naib presiden.

Beliau berkongsi dengan pemberita bahawa DUN Senaling persinggahan pertamanya, diikuti Johol dan Tampin.

Ismail juga sempat mempromosikan calon BN itu sebagai wakil rakyat berpengalaman.

Sunday, February 26, 2023

Orang Melayu di Semenanjung tak puas hati dengan kerajaan, Menteri DAP terbaik: Kajian

agendaily.com
26/02/2023
Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat.

Satu tinjauan mendapati sebanyak 71 peratus responden orang Melayu di Semenanjung tidak berpuas hati dengan kerajaan campuran dalam menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Secara keseluruhan, 51 peratus responden dalam tinjauan dibuat O2 Malaysia itu berpuas hati dengan kerajaan, berbanding hanya 15 peratus orang Melayu di Semenanjung Malaysia berkata mereka berasa begitu.

Selain itu, sokongan responden etnik Cina sebanyak 38 peratus berpuas hati dengan kerajaan dalam menunaikan janji manifestonya, bersama dengan 48 peratus etnik India, 42 peratus Bumiputera di Sabah, 37 peratus Bumiputera di Sarawak, dan 33 peratus yang lain. .

Untuk rekod, kerajaan campuran yang dibentuk tidak mempunyai manifesto yang sama.

Kerajaan selepas PRU-15 dibentuk hasil kerjasama antara parti Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak and Gabungan Rakyat Sarawak.

Tinjauan itu juga mengatakan sebanyak 45 peratus responden merasakan negara sedang bergerak ke arah yang betul.

Tinjauan yang sama juga mengenal pasti 10 menteri paling cemerlang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendahului senarai, memperoleh 49 peratus undi.

Perdana Menteri Datuk Ser Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan, menduduki tempat kedua (40 peratus) diikuti Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (39 peratus).

Mengikuti di belakang Yeoh ialah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (34 peratus) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman (33 peratus).

Tinjauan itu diadakan sempena 100 hari kerajaan Anwar.

Ia melibatkan 35,077 responden melalui lima saluran media: Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew, dan Malaysia Nanban.

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa 76 peratus kaum Cina dan India merasakan negara sedang menuju ke arah yang betul, bersama-sama dengan 59 peratus Bumiputera di Sabah, 60 peratus Bumiputera di Sarawak dan 58 peratus kaum lain.

Sebaliknya, 60 peratus orang Melayu di semenanjung Malaysia dilaporkan merasakan keadaan negara sekarang lemah.

Sebagai perbandingan, 41 peratus responden Cina dilaporkan merasakan bahawa keadaan semasa negara adalah kukuh, bersama-sama dengan 49 peratus kaum India, 43 peratus Bumiputera di Sabah, 45 peratus Bumiputera di Sarawak, dan 39 peratus daripada etnik lain.

Tinjauan itu berkata matlamatnya adalah untuk mengkaji sentimen rakyat Malaysia berhubung prestasi dan populariti kerajaan campuran selepas PRU-15.

Friday, December 30, 2022

PRN: Agihan awal kerusi antara UMNO, DAP, PKR, AMANAH selesai

agendaily.com
30/12/2022
UMNO akan bekerjasama dengan DAP, PKR dan AMANAH menghadapi PRN di enam negeri tahun depan.

UMNO serta Barisan Nasional (BN) dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan (PH) – PKR, DAP, AMANAH – dikatakan masih berunding agihan kerusi untuk menghadapi pilihan raya (PRN) di enam negeri yang dijangka diadakan tahun depan.

Agenda Daily difahamkan, walaupun senarai pertama agihan kerusi dalam kalangan parti pemerintah yang membentuk Kerajaan Persekutuan itu, telah selesai, namun pemimpin peringkat bahagian dikatakan masih tidak berpuas hati, dan mahu ianya diubah.

Sumber-sumber UMNO mengesahkan kepada Agenda Daily berhubung senarai pertama yang tular di media sosial, tetapi menyatakan pemimpin peringkat bahagian UMNO dan PKR masih bertelagah mengenai pembahagian kerusi.

Katanya setakat ini UMNO membuat keputusan untuk bergabung bersama parti-parti komponen PH, dalam menghadapi PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang dijangka didakan pada suku pertama 2023.

“Setakat ini UMNO tidak bertanding secara solo sebagaimana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, tetapi membentuk kerjasama dengan PH setelah bekerjasama pada peringkat Pusat.

“Ia juga menterjemahkan semangat memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani BN untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di Ibu Pejabat UMNO, hari ini (30 Disember 2022).

Berdasarkan senarai yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, UMNO diberikan 19 kerusi untuk ditandingi di Terengganu, AMANAH (tujuh) dan PKR (enam).

Kerusi ditandingi UMNO ialah Kuala Besut; Hulu Besut; Permaisuri; Langkap; Batu Rakit; Buluh Gading; Seberang Takir; Wakaf Mempelam; Ladang; Alur Limbat; Bukit Payung; Telemung; Kuala Berang; Ajil; Sura; Rantau Abang; Bukit Besi; Air Putih dan Kijal

AMANAH akan bertanding di DUN Jerteh; Jabi; Bukit Tunggal; Batu Burok; Rhu Rendang; Paka; dan Cukai. Manakala PKR di Kota Putera; Tepuh; Bandar; Pengkalan Berangan; Manir; dan Kemasik.

Sementara daripada 45 kerusi DUN di Kelantan pula, UMNO memperoleh 27 kerusi yang melibatkan Pengkalan Kubor; Wakaf Bharu; Kijang; Panchor; Bunut Payong; Tendong; Chetok; Gual Periok; Pasir Tumboh; Demit; Pantai Irama; Melor; dan Kok Lanas.

UMNO juga akan bertanding di DUN Bukit Panau; Gual Ipoh; Selising; Semerak; Pulai Chondong; Temangan; Bukit Bunga; Ayer Lanas; Kuala Balah; Mengkebang; Manek Urai; Nenggiri; dan Paloh.

AMANAH bertanding di 12 kerusi iaitu Kelaboran; Chempaka; Tanjong Mas; Meranti; Apam Putra; Salor; Tawang; Kadok; Kemahang; Limbongan; Kemuning; dan Dabong.

Enam kerusi ditandingi PKR pula ialah di Pasir Pekan; Kota Lama; Pengkalan Pasir; Jelawat; Gaal; dan Guchil, manakala DAP akan bertanding di Galas.

Di Kedah pula, daripada 36 kerusi DUN, UMNO diberi 13 kerusi iaitu di DUN Ayer Hangat; Ayer Hitam; Bukit Kayu Hitam; Kuala Nerang; Bukit Lada; Anak Bukit; Sungai Tiang; Sungai Limau; Guar Chempedak; Jeneri; Tanjong Dawai; Bandar Baharu; dan Bayu.

AMANAH dan PKR masing-masing mendapat 10 kerusi. Kerusi ditandingi AMANAH ialah Kota Siputeh; Jitra; Bukit Pinang; Alor Mengkudu; Pengkalan Kundor; Tokai; Kuala Ketil; Kupang; Merbau Pulas; dan Pantai Merdeka.

Manakala PKR akan bertanding di Kuah; Pedu; Suka Menanti; Kubang Rotan; Belantek; Bukit Selambau; Bakar Arang; Sidam; Lunas; dan Kulim).

DAP pula diberi tiga kerusi iaitu di DUN Derga; Kota Darul Aman dan Gurun.

Di Pulau Pinang, daripada 40 DUN, DAP menguasai agihan khususnya di kawasan bandar apabila diberi 19 kerusi, berbanding PKR (11 kerusi); dan masing-masing lama kerusi buat UMNO dan AMANAH.

Kerusi ditandingi DAP ialah Sungai Puyu; Bagan Jermal; Bagan Dalam; Berapit; Padang Lalang; Perai; Jawi; Tanjong Bunga; Air Putih; Pulau Tikus; Padang Kota; Pengkalan Kota; Komtar; Datok Keramat; Sungai Pinang; Batu Lancang; Seri Delima; Air Itam; dan Paya Terubong.

Sebelas kerusi ditandingi PKR ialah di Pinang Tunggal; Telok Ayer Tawar; Penanti; Machang Bubok; Bukit Tengah; Bukit Tambun; Sungai Bakap; Kebun Bunga; Batu Uban; Batu Maung; dan Pulau Betong.

AMANAH pula bertanding di Bertam; Sungai Dua; Permatang Pasir; Pantai Jerejak; dan Bayan Lepas, manakala UMNO di Penaga; Permatang Berangan; Seberang Jaya; Sungai Acheh; dan Telok Bahang.

Bagi Negeri Sembilan, daripada 36 kerusi DUN, UMNO memperoleh 12 kerusi iaitu Pertang; Sungai Lui; Serting; Palong; Sikamat; Seri Menanti; Senaling; Chembong; Rantau; Kota; Linggi; dan Gemas.

Sepuluh kerusi ditandingi DAP pula ialah Chennah; Bahau; Nilai; Temiang; Bukit Kepayang; Rahang; Mambau; Seremban Jaya; Lukut; dan Repah.

PKR akan bertanding di sembilan DUN iaitu Jeram Padang; Lobak; Ampangan; Juasseh; Pilah; Labu; Chuah; Sri Tanjong; dan Gemencheh, manakala AMANAH di lima kerusi iaitu Klawang; Lenggeng; Johol; Paroi; dan Bagan Pinang.

Bagi Selangor, daripada 56 DUN, PKR memperoleh kerusi terbanyak iaitu 20; DAP (16 kerusi); manakala UMNO dan AMANAH masing-masing 10 kerusi.

PKR akan meletakkan calon di Sabak; Permatang; Bukit Melawati; Ijok; Rawang; Sungai Tua; Bukit Antarabangsa; Kajang; Seri Setia; Taman Medan; Bukit Lanjan; Kota Damansara; Batu Tiga; Sementa; Selat Klang; Pelabuhan Klang; Sentosa; Sungai Kandis; Tanjong Sepat; dan Kota Anggerik.

DAP akan bertanding di Sekinchan; Kuala Kubu Bharu; Teratai; Dusun Tua; Balakong; Seri Kembangan; Kinrara; Subang Jaya; Bukit Gasing; Kampung Tunku; Bandar Utama; Bandar Baru Klang; Pandamaran; Kota Kemuning; Banting; dan Sungai Pelek.

UMNO pula akan bertanding di Sungai Air Tawar; Sungai Panjang; Hulu Bernam; Sungai Burung; Jeram; Kuang; Gombak Setia; Semenyih; Paya Jaras; dan Dengkil.

AMANAH di Batang Kali; Taman Templer; Hulu Kelang; Lembah Jaya; Pandan Indah; Sungai Ramal; Seri Serdang; Meru; Sijangkang; dan Morib.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu Agenda Daily, agihan kerusi itu belum dimuktamadkan setelah ada dalam kalangan pemimpin UMNO dan PKR yang membantah.

Berhubung sokongan yang bakal diterima UMNO, PKR, DAP, dan AMANAH, setelah parti berkenaan bekerjasama, sumber itu berkata beberapa isu boleh dijadikan bahan kempen ketika PRN itu.

Antaranya, kata beliau ialah pembentukan Kerajaan Persekutuan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kerjasama antara parti politik.

“Memang diakui akan terdapat isu yang akan dimainkan pembangkang, terutama berkaitan keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang menolak Anwar dan DAP, tetapi kepimpinan memutuskan memberi sokongan pula.

“Ini akan menjejaskan sokongan kepada UMNO dan PH. Namun, UMNO berharap sokongan Kerajaan Persekutuan akan membantu kemenangan calon gabungan itu,” katanya.

Wednesday, December 21, 2022

Tiada jalan pintas bagi Anwar kekal majoriti, kata ahli akademik

freemalaysiatoday.com
Danial Azhar
-December 21, 2022 9:30 AM
Dua penganalisis bersetuju ancaman terbesar terhadap Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri datangnya dari puak dalam Umno yang menentang presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli akademik memberi ingatan kepada Anwar Ibrahim bahawa tiada jalan pintas bertujuan mengukuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata Anwar perlu melaksanakan dasar baik, peningkatan ekonomi dan memperkasa kebajikan rakyat untuk kekal menerajui pentadbirannya.

“Sekiranya kaji selidik secara konsisten menunjukkan kerajaan mendapat sokongan majoriti rakyat, Anwar berada pada kedudukan terbaik kekal sebagai perdana menteri sehingga 2027,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sama ada keputusan undi percaya terhadap kepimpinan Anwar di Dewan Rakyat, pada Isnin, mampu mengukuhkan jawatan perdana menteri.

Blok pembangkang tidak meminta undi belah bahagi dan Anwar menang menerusi undi suara. Sebelum ini, Anwar berkata, beliau menerima sokongan 148 Ahli dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan parti kecil termasuk bebas.

Fauzi berkata, ancaman terbesar bagi kedudukan Anwar datang dari puak dalam Umno yang tidak menyokong presiden mereka, Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, puak berkenaan boleh mengembalikan pendirian “No Anwar, No DAP” sekiranya berjaya menempatkan diri dalam pemilihan parti akan datang dan menggantikan Zahid sebagai presiden.

Parti menerima pendirian itu sebelum PRU bagi membantah kerjasama dengan Anwar dan komponen Pakatan Harapan, DAP.

“Jika Umno secara seluruhnya menarik diri dari kerajaan, Anwar tidak mampu melakukan apa-apa,” katanya. “Penarikan sokongan Umno termasuk juga BN berkemungkinan besar turut diikuti GRS dan GPS.”

Dalam pada itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, bersetuju dengan ancaman terbesar terhadap perdana menteri datangnya dari Umno.

Azmi berkata, Anwar boleh mengukuhkan kedudukannya dengan menjadikan Umno kuat di bawah Zahid menjelang pemilihan parti, yang mana perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat PRU.

Katanya, sekiranya kedudukan Zahid diperkukuh, beliau mampu kekal sebagai presiden Umno selepas pemilihan parti, sekali gus memastikan kesinambungan sokongan parti itu kepada kerajaan diterajui Anwar.

Monday, December 19, 2022

Ramli, Alice dilantik Timbalan Speaker

freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-December 19, 2022 3:10 PM
Ramli Nor dan Alice Lau masing-masing adalah Ahli Parlimen Cameron Highlands dan Lanang.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang dari DAP Alice Lau dilantik sebagai timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat pada penggal pertama sidang Parlimen ke-15.

Speaker Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Ramli dari Barisan Nasional (BN) menerima 148 undi manakala Alice mendapat 146 undi.

Calon dari Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin pula menerima 74 undi.

Ramli, Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen dan Alice dicalonkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sementara Mas Ermieyati dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.

Pada proses pengundian berlangsung hampir 30 minit itu, semua 222 Ahli Parlimen diberi satu kertas undi untuk ditulis dua nama calon yang dipilih dan ditandatangan, sebelum kiraan undi dibuat.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang mengundi lebih dua nama, undi anda akan dikira rosak,” kata speaker.

Terdahulu, Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dipilih sebagai speaker selepas mendapat undian tertinggi Ahli Parlimen.

Beliau mendapat 147 undi sementara calon dari Perikatan Nasional (PN), bekas menteri dalam negeri Radzi Sheikh Ahmad hanya memperoleh 74 undi.

Monday, November 28, 2022

Kami tak berganjak dari Padang Serai, PH beritahu BN

freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar
-November 28, 2022 3:04 PM
Sofee Razak (baju kotak) ketika kempen Pakatan Harapan di Sungai Seluang, Kulim.

KULIM: Pakatan Harapan tidak akan berganjak daripada pertembungan di Padang Serai, kata calonnya, Sofee Razak.

Sofee berkata, PKR menganggap Padang Serai sebagai salah satu kerusi tradisinya dan telah menyandang selama 14 tahun. Kali pertama mereka menang kerusi itu pada 2008.

Beliau membalas kenyataan calon Barisan Nasional, C Sivaraj, yang memintanya menarik diri daripada pertembungan itu.

Sivaraj berkata, beliau telah bekerja di lapangan sejak tiga tahun lalu, sambil menambah Sofee yang mula-mula meminta BN berundur.

BN dan PH adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan di Putrajaya.

“Saya menghormati pendapatnya,” kata Sofee, seorang peguam, kepada pemberita. Katanya, walaupun berkawan, PH akan terus bertanding di kerusi itu atas semangat demokrasi.

Sofee menjadi tumpuan sehari sebelum penamaan calon pada 24 Nov lalu selepas pemimpin akar umbi PKR memboikot pencalonannya kerana beliau orang luar. Beliau akhirnya dicalonkan walaupun mendapat bantahan.

Dalam pada itu, Sofee meminta lawannya daripada Perikatan Nasional, Azman Nasruddin, memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong kerana menyifatkan kerajaan perpaduan sebagai “kerajaan zina”.

Azman menyamakan kerajaan ini seperti perkahwinan yang tidak mendapat persetujuan rakyat.

Wednesday, November 23, 2022

Tiga parti komponen BN buat undi tak percaya terhadap Zahid

agendaily.com
23/11/2022
Surat daripada MCA, MIC dan PBRS tular dimedia sosial menyatakan hilang kepercayaan kepada Zahid Hamidi.

Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) – MCA, MIC dan PBRS – membuat ketetapan undi tidak percaya terhadap Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengkhianati keputusan Dewan Tertinggi parti yang bermesyuarat pada 22 November 2022.

Surat bertarikh 23 November 2022 ditandatangani dua presiden – Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA), Tan Sri SA Vigneswaran (MIC), dan Datuk Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBS), dikatakan diserahkan kepada Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Ketiga-tiga mereka menyatakan bahawa mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada jam 10 pagi 22 November 2022 di Menara Dato Onn membuat keputusan berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan.

“Sepuluh akuan bersumpah (SD) yang tela dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditarik balik setelah keputusan Dewan Tertinggi BN dibuat.

“Akan tetapi Zahid telah menghantar surat kepada Istana tengah hari semalam setelah mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sebelah pagi. Dalam surat dihantar Zahid itu menyatakan sokongan 30 ahli Parlimen BN menyokong Anwar sebagai Perdana menteri Malaysia ke-10.

“Ini jelas telah mengkhianati parti BN dan pasa masa sama telah menyembah maklum keputusan BN yang salah kepada Yang di-Pertuan Agong yang dianggap sebagai satu perbuatan menderhaka kepada Raja,” kata mereka dalam surat yang tular di media sosial hari ini.

Surat itu juga berkata MCA, MIC dan PBRS berundur secara terhormat serta-merta dari jawatan pengerusi BN dan digantikan oleh Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Perkara ini telah diusulkan oleh Presiden MIC dalam mesyuarat semalam tetapi perjalanan mesyuarat terganggu apabila pengerusi membenarkan ahli Parlimen BN memasuki bilik mesyuarat walaupun mesyuarat masih belum selesai.

“Kami akan memanggil mesyuarat Dewan Tertinggi untuk mengambil tindakan tatatertib sekiranya pengerusi BN enggan berundur secara terhormat,” kata mereka.

Saarani umum portfolio 10 exco kerajaan Perak

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 23, 2022 2:44 PM
Datuk Seri Saarani Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada Isnin lepas, mengumumkan portfolio kesemua 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam.

Beliau berkata senarai berkenaan membariskan gabungan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda termasuk mereka yang pernah menjadi Exco dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat buat kali pertama bagi membincang dan memutuskan beberapa perkara penting hari ini.

"Antaranya, mesyuarat bersetuju supaya Mesyuarat Pertama dan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Ke-15 Perak Darul Ridzuan akan diadakan pada 19 Dis bagi pembentangan Bajet 2023," katanya pada sidang media mengumumkan barisan Exco itu di Ipoh hari ini.
Beliau turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid dari BN sekali lagi sebagai Speaker DUN Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan dari BN itu berkata persidangan Dewan Undangan Negeri akan dimulakan dengan upacara angkat sumpah pelantikan Speaker DUN diikuti Titah Ucapan Pembukaan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada hari berikutnya.

"Kemudian perbahasan menjunjung kasih atas titah dan ada penggulungan diikuti pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti serta RUU berkenaan bajet dan perbekalan," katanya.

Mengenai portfolio terbabit, Saarani berkata selain menerajui kerajaan negeri, beliau turut memegang Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).

Berikut ialah senarai penuh Exco Perak dan portfolio masing-masing:

1. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan -Datuk Mohd Zolkafly Harun

2. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam - Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

3. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India - A. Sivanesan

4. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor - Loh Sze Yee

5. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan - Salbiah Mohamed

6. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau - Teh Kok Lim

7. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Sandrea Ng Shy Ching

8. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan - Khairudin Abu Hanipah

9. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO - Mohd Azlan Helmi Helmi

10. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina - Woo Kah Leong


- Bernama

Tuesday, November 22, 2022

Agong titah 30 MP BN menghadap esok

agendaily.com
22/11/2022
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli Parlimen Barisan Nasional menghadap baginda esok (23 November 2022).

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) menghadap baginda jam 10.30 pagi esok (23 November 2022) di Istana Negara.

Sesi menghadap ahli Parlimen BN itu menyusul pertemuan baginda dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perikatan Nasional (PN), dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan), hari ini, dalam menentukan bakal Perdana Menteri kesepuluh.

Dalam kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin petang ini, berkata tindakan itu bagi membuat keputusan melantik Perdana Menteri yang menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Adalah dimaklumkan bahawa lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara, proses seterusnya ialah sesi menghadap 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional.

“Sesi menghadap secara individu ini dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok (23 November 2022) di Istana Negara.

“Proses ini adalah bertujuan supaya KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai,” katanya dalam kenyataan itu.

Monday, November 21, 2022

Kalau tak terima jawatan MB, tentu ahli kata saya bodoh - Saarani

hmetro.com.my
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Kuala Kangsar: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan penggabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan kerajaan campuran negeri Perak adalah kerana BN yang terdesak mahukan jawatan Menteri Besar.

Beliau berkata, sebaliknya BN Perak sudah bersedia menjadi pembangkang kerana menginsafi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi BN iaitu sebanyak sembilan kerusi sekali gus bukan dominan.

Katanya, bukan BN yang hendak jawatan Menteri Besar sebaliknya kedudukan itu ditawarkan sendiri oleh PH jika bersetuju dengan kerajaan campuran Perak antara BN dan PH itu.

"BN bersedia menjadi pembangkang sebab kami sedar diri yang kita kalah. Tetapi bila ada mana-mana parti (PH) yang tawarkan kami untuk bentuk kerajaan dan memberi peranan kepada kami untuk turut serta dalam pentadbiran kerajaan, sudah semestinya saya kena terima.

"Kalau tak terima, tentu ahli (BN) akan kata saya bodoh... Betul tak? Tapi (dan) peranan yang ia bagi itu (Menteri Besar) sesuai pada saya sebab saya (sebelum ini) adalah orang yang mengendalikan agenda Perak Sejahtera 2030 , jadi saya nak teruskannya dan sebab itu saya terima," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-15 yang berlangsung di Istana Iskandariah, di sini, petang tadi.

Saarani memberi reaksi itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan segelintir penganalisis politik yang mendakwa BN memilih PH berbanding Perikatan Nasional (PN) adalah kerana hendakkan jawatan Menteri Besar.

Menurut Saarani, BN Perak menerima tawaran PH berhubung jawatan Menteri Besar berbanding dari Perikatan Nasional (PN) yang tidak sempat mengadakan pertemuan empat mata bagi berunding serta diberikan sebarang peranan.

"Berbanding PN, mereka tidak datang berjumpa saya untuk berunding atau diberi sebarang peranan, jadi sebab itu saya pilih PH.

"Memang pada awal pagi 20 November (semalam) saya ada dikunjungi Setiausaha Perhubungan PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, tetapi dia hanya diberikan mandat untuk menguruskan perjumpaan antara saya dengan Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi PN Perak).

"Zainol tidak boleh buat apa-apa ketika itu (mengemukakan tawaran). Tetapi pada 10 pagi semalam sebelum hadir mesyuarat Biro Politik Umno, saya berjumpa Peja dan Zainol dan maklumkan pada mereka bahawa saya sudah diberi tawaran oleh PH seterusnya menyarankan agar mereka pula mengemukakan tawaran.

"Namun tiada apa-apa tawaran saya terima daripada mereka (PN). Sedangkan Dun serta kerajaan Perak perlu segera wujud bagi membolehkan Bajet kerajaan negeri diluluskan," katanya yang menyifatkan nama sementara kerajaan perpaduan BN-PH Perak ini sebagai 'Kerajaan Perpaduan Perak'.

Saarani berkata, Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Perak diadakan pada malam ini bagi menjelaskan situasi dan keadaan sebenar serta rasionalisasi kepada semua jawatankuasa badan perhubungan mengenai keadaan yang berlaku.

"Malam ini saya akan terangkan kepada semua jawatankuasa badan perhubungan apa sudah berlaku dan Insya-Allah kita akan buat keputusan susulan untuk kita turun padang bagi memaklum dan menerangkan kepada semua ahli mengapa rasionalnya kita ambil tindakan sebegini (perpaduan bersama PH).

Katanya, tiga Exco dari BN akan turut mengangkat sumpah pada 11.30 pagi esok di Istana Iskandariah, di sini.

Disiarkan pada: November 21, 2022 @ 7:57pm

Sunday, November 20, 2022

Zahid nafi ada rundingan dengan GPS atau PN

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 20, 2022 9:06 PM

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan itu.

"Saya suka menegaskan Barisan Nasional tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Zahid mengulas kenyataan Pengerusi GPS Abang Johari Openg mengenai kesediaan gabungan itu membentuk kerajaan bersama PN dan BN.

[Berita penuh menyusul]

Ketua penerangan Umno letak jawatan, gesa Zahid turut berundur

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 20, 2022 1:15 PM
Naib Presiden Umno, Shahril Hamdan antara pemimpin terbaru dalam parti itu yang menyertai gesaan agar presidennya, yang juga pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan susulan kekalahan teruk gabungan itu pada pilihan raya umum semalam.

Shahril berkata, tanpa rasa hilang hormat kepada Zahid, presiden Umno itu perlu mengambil tanggungjawab dengan kekalahan tersebut.

Terdahulu, gesaan sama dibuat Menteri Besar Johor, Onn Hafiz supaya Zahid melepaskan jawatannya selepas berlaku tsunami politik dalam kalangan orang Melayu yang menyaksikan BN tewas lebih 130 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.

"Saya sependapat dengan YAB Menteri Besar Johor. Iaitu, tanpa mengurangkan hormat kepada beliau (Zahid) sebagai individu, saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu presiden Umno dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini - berundur secara terhormat.

"Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Shahril yang tewas di kerusi parlimen Alor Gajah turut mengumumkan peletakan jawatannya selaku ketua penerangan Umno.

"Atas semangat 'collective responsibility' itu, saya juga meletakkan jawatan selaku ketua penerangan Umno Malaysia. Saya menghargai peluang yang telah diberikan dan tidak akan melupakannya," katanya.

BN di bawah kepimpinan Ahmad Zahid mencipta sejarah paling buruk dalam PRU apabila gabungan itu hanya meraih kemenangan di 30 kerusi parlimen daripada 221 kerusi parlimen yang dipertandingkan semalam.

PH memperoleh bilangan kerusi parlimen paling banyak iaitu 82 kerusi, diikuti oleh PH sebanyak 73 kerusi parlimen.

Keputusan PRU semalam menyaksikan tidak ada mana-mana gabungan yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Shahril berkata Umno perlu mempertimbangkan langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai angka majoriti mudah 112 kerusi parlimen.

"Benar, keputusan ini besar dan perlu dibuat oleh majlis kerja tertinggi (MKT) bukan mana-mana individu atau kelompok sahaja," katanya.

UMNO, BN berputih mata kalah semua kerusi di Melaka

agendaily.com
20/11/2022
Calon Perikatan Nasional Datuk Mas Ermieyati Samsudin mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah dalam PRU-15 setelah menang majoriti 4,411 undi.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami tamparan paling hebat apabila semua calonnya yang bertanding di kerusi Parlimen di Melaka, tewas kepada pesaing, masing-masing daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan (PH), pada PRU-15 semalam (19 November 2022).

Kekalahan itu dipercayai berpunca daripada penolakan rakyat, khususnya anak muda berusia 18 hingga 35 tahun, berikutan beberapa skandal membabitkan pemimpin UMNO, selain perpecahan yang berlaku dalam parti itu.

Senario itu menyaksikan BN julung kalinya terlepas semua kerusi Parlimen apabila tiga kerusi di Parlimen Tangga Batu, Jasin dan Masjid Tanah berjaya ditawan Perikatan Nasional, manakala tiga lagi kerusi di Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka dimenangi PH.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang membuat penampilan sulung di kerusi Parlimen Alor Gajah mengalahkan calon ‘heavyweight’ BN iaitu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dengan majoriti 890 undi.

PH turut mengekalkan kemenangan di Parlimen Hang Tuah Jaya menerusi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli Abd Halim yang memperoleh majoriti 8,638 selepas menewaskan Ketua UMNO bahagian Hang Tuah Jaya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali daripada BN yang hanya memperoleh 30,780 undi.

Selain itu, penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (DAP) turut berjaya mempertahankan kerusi itu yang disandangnya dengan majoriti selesa 46,420.

Perikatan Nasional turut membuat kejutan apabila penyandang kerusi Parlimen itu di Masjid Tanah iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin berjaya mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 4,411 undi menewaskan calon BN yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid yang hanya meraih 21,193 undi.

Dua wakil PAS yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional berjaya merampas kerusi Parlimen Tangga Batu dan Jasin menerusi Pesuruhjaya PAS negeri, Zulkifli Ismail di Jasin dengan majoriti 322 dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Bakri Jamaluddin dengan majoriti selesa 8,849 undi di Tangga Batu.

Wednesday, November 16, 2022

Undi Melayu pecah, Kubu Muhyiddin retak

malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Nov 16, 2022 12:00 PM
Sejak 1978, Pagoh sentiasa menjadi kerusi kuat Muhyiddin Yassin. Dia telah menjadi peyandang untuk kerusi itu selama lapan penggal.

Hanya dari tahun 1986 hingga 1995 dia tidak menjawat jawatan itu kerana menjadi menteri besar Johor.

Dengan rekod itu, Pagoh dianggap sebagai kerusi kuat BN, memandangkan Muhyiddin ketika itu bersama BN.

Bagaimanapun dengan kemenangan Muhyiddin pada 2018 bersama Pakatan Harapan, tanggapan itu tertanya tidak benar.

Muhyiddin menguasasi 55.2 peratus undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Bertanding bawah lambang Perikatan Nasional (PN) kali ini, masih tidak jelas sama ada dia akan dapat sekali lagi meyakinkan pengundi supaya setia.

Pada 2018, Muhyiddin mendapat sokongan pengundi bukan Melayu. Sokongan ini perlu dikekalkan jika dia mahu memenangi semula kerusi parlimen itu.

Dalam rangka menarik undi golongan itu, dia antaranya mengadakan pertemuan dengan 50 pengundi India di sebuah kedai makan di Taman Pagoh Jaya, beberapa hari lalu.

J Lakshmi, 56, penyokong lama Muhyiddin antara yang hadir.

“Dia selalu tolong kita, bagi kita makanan.

“Dia juga tolong orang susah,” katanya.

Bagaimanapun, makin lama perbualan, Lakshmi baru menyedari bahawa Muhyiddin bukan lagi bersama Pakatan Harapan (PH).

PH malah meletakkan calon mereka Iskandar Shah Abdul Rahman untuk berlawan dengan Muhyiddin.

Lakshmi tidak menyedari perkara itu walaupun muka Muhyiddin bersama lambang PN terpampang di kain rentang di pondok panas depan restoran itu.

“Oh,” ungkapnya, kehilangan kata.
Ditanya sama ada dia masih memilih Muhyiddin walaupun platformnya sudah berbeza, Lakshmi menjawab: “Kita tengoklah macam mana”.

Dia bagaimanapun menegaskan dia sentiasa menyokong Muhyiddin sebelum ini.

Bagaimanapun, bagi pengundi bukan Melayu lain, yang cakna dengan perkembangan politik, nadanya berbeza.

Di sebuah kedai gunting rambut di Bukit Pasir, seorang pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Koh berkata dia tidak akan mengundi Muhyiddin lagi.

Penyokong PH itu berkata, dia akan memilih berdasarkan parti.

“Jika kita pilih orang, hanya orang itu yang dapat kuasa dan susah untuk melawan kuasa yang lebih besar.

“Individu tak boleh buat apa-apa,” katanya.

Katanya, perkara itu menjadi amalan di negara-negara maju.

[Baca laporan asal]

Thursday, November 10, 2022

Pemimpin UMNO, BN tercorot dalam kajian tokoh boleh dipercayai: UUM

agendaily.com
10/11/2022
Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tokoh paling dipercayai dalam kalangan 13 pemimpin politik negara.

Kepemimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kalangan tercorot dalam satu kajian tahap kebolehpercayaan membabitkan 13 pemimpin politik, yang dijalankan Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Kajian ‘Sentimen Masyarakat terhadap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Malaysia’ dilakukan Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) UUM itu membabitkan 2,716 responden.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tokoh paling dipercayai dalam kalangan 13 pemimpin politik negara.

Dalam kajian itu Muhyiddin memperoleh markah kebolehpercayaan sebanyak 20 peratus berbanding tokoh lain.

Menurut kajian itu, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menduduki tempat keenam apabila 9.5 peratus daripada responden itu mempercayai beliau.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tokoh kedua paling dipercayai dengan memperoleh markah 19.2 peratus.

Menariknya kajian itu mendapati, walaupun berada di dalam penjara, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tokoh ketiga paling dipercayai berbanding pemimpin UMNO yang lain.

Najib memperoleh 11.3 peratus markah kebolehpercayaan menerusi kajian yang dijalankan mulai 6 September hingga 5 November 2022.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula merupakan tokoh keempat paling dipercayai dengan memperoleh 10.3 peratus, manakala Pengerusi Gerakan Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat kelima (10.2 peratus).

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan satu-satunya tokoh wanita dipercayai yang termasuk dalam senarai berkenaan dan beliau memperoleh 5.9 peratus.

Tokoh-tokoh lain adalah Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (1.4 peratus); Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu (1.3 peratus); dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng (1.3 peratus).

Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperoleh markah kebolehpercayaan sebanyak 0.8 peratus daripada 2,176 responden yang ditanya, manakala Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran (0.2 peratus) dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (0.1 peratus).

Thursday, November 3, 2022

Tular surat ‘Aku Janji’ calon BN supaya selamatkan Zahid dari kes rasuah

gemilangdaily.com
AHMAD FAIZAL DIN
Tular surat ‘Aku Janji’ calon BN supaya selamatkan Zahid dari kes rasuah. PM UMNO

Sekarang berlegar isu Akujanji Calon BN. Dalam Akujanji tersebut mereka harus menerima DS Zahid Hamidi sebagai PM. Yang lebih menarik mereka kena setuju untuk gugurkan kes pendakwaan dan siasatan ke atas pemimpin UMNO.

Semua tahu, that’s exactly gonna happen Kalau UMNO berkuasa semula. Tapi untuk meletakkan dalam akujanji, saya rasa adalah satu perkara yang we cannot brain. Takkanlah sampai lagu tu. Little bird bgtau saya, that’s Zahid Hamidi for you.

Kita pun tak tahu. Adakah itu black ops pihak lawan? Both sides usaha sahkan dan nafikan. Siap buat perbandingan tandatangan.

Pada saya simple, kalau ZH still insist nak jadi calon PM bagi UMNO, diakan Presiden. Biarkanlah… Kenapa UMNO jenuh nak cover pula? Ada je calon Pembangkang yang ada kes prima facie tapi nak bertanding macam Syed Saddiq. Tupun satu hal juga.

Biar la pengundi menilai sendiri. Adakah Kluster Mahkamah ni boleh dilantik semula dan boleh jadi Perdana Menteri. Kita tengok kematangan pengundi 19 November ini.

Makanya, lebih baik UMNO berterus terang saja, sebab semua tahu trick Ismail Sabri jadi poster PM itu hanya sementara. Lepas PAU nanti Presiden yang akan berkuasa. Bila kes ditiadakan dia yang naik takhta.

Habis tu nak malu apa? Upfront la. Dolak dalih macam ni menipu rakyat sahaja. Takut nanti lain yang diorder, lain yang sampai pula.

Wednesday, November 2, 2022

Shahidan bidas calon gantinya di Arau sebagai ‘mesin padi’

agendaily.com
2/11/2022
Datuk Seri Shahidan Kassim bidas calon Barisan Nasional yang menggantikannya sebagai calon 'mesin padi'.

Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dipilih untuk menggantikannya sebagai calon ‘mesin padi’.

Ketua Bahagian UMNO Arau itu yang namanya disingkirkan dalam pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam bukan calon yang boleh menang, malah tidak pernah menjejak kaki ke kawasan tersebut.

“Kalau calon itu daripada kriteria calon boleh menang saya tiada masalah, bukannya calon mesin padi dan tidak pernah jejak kaki ke bahagian ini,” katanya dipetik laporan BH.

Untuk rekod, Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman semalam diumumkan Zahid sebagai pengganti Shahidan.

Langkah Zahid tersebut mengakibatkan hampir semua pusat daerah mengundi (PDM) di Arau ditutup dan jentera parti lumpuh.

Shahidan juga menempelak dan menggesa Zahid supaya melepaskan jawatannya dan digantikan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menerajui parti utama orang Melayu itu selepas ini.

“Pandangan saya senang, BN akan kembali pulih kalau Zahid berhenti dan tak bertanding.

“Malah, saya lebih senang memilih calon pengganti yang ada memegang jawatan dalam peringkat bahagian Arau, ini langsung tiada jawatan dalam bahagian,” katanya.

Shahidan turut mendedahkan bahawa calon penggantinya itu pernah menghubunginya bagi memaklumkannya untuk bertanding di Parlimen Arau namun ia tidak mendapat restu di peringkat bahagian.

Tuesday, November 1, 2022

BN pertaruh Ustaz Kazim di Larut, Annuar 'dipancung' di Ketereh

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 1, 2022 9:37 PM
BN mempertaruhkan penceramah Mohd Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran Ustaz Kazim untuk bertanding kerusi parlimen Larut di Perak.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula akan bertanding di Grik manakala Shamsul Annuar Nasarah pula akan bertanding di Lenggong.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hal ini pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum ke-15 di WTCKL, malam ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga akan mempertahankan kerusi Bagan Datuk. Mohd Arif Abd Majid pula diletakkan bertanding di Padang Rengas, menggantikan penyandang kerusi itu Nazri Aziz.
Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dan penyandang parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin tiada dalam senarai calon BN yang diumumkan malam ini.

Parlimen Padang Besar akan ditandingi Zahida Zarikh Khan manakala kerusi Arau yang disandang Shahidan akan ditandingi Rozabil Abdul Rahman.

Sementara itu, Kangar pula akan ditandingi Fathul Bari Mat Jaya.

Di Kelantan, sebagaimana yang disepekulasikan, ketua Umno bahagian Annuar Musa ‘dipancung’ namanya daripada menjadi calon BN di parlimen Ketereh.
Ketua Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila bakal bertanding di Parlimen Ketereh.

BN juga masih mengekalkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memegang rekod sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini.

Dia mula bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelantan Barat pada 1969 dan berjaya menewaskan calon PAS, Hussin Abdullah.

Kemudian Razaleigh beralih ke kerusi Parlimen pada 1974 bertanding di kawasan Gua Musang, yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Ulu Kelantan dan kekal sebagai wakil rakyat Gua Musang.
Walaupun sebelum ini, Ketua Pemuda Pekan Mohd Nizar Najib dikatakan akan bertanding di Pekan namun BN meletakkan Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali bagi bertanding kerusi yang disandang bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob kekal di Bera manakala Sharkar Shamsuddin akan bertanding di parlimen Temerloh.

Khairy Jamaluddin pula akan bertanding di parlimen Sungai Buloh, Selangor meninggalkan kerusi Rembau yang disandangnya selama tiga penggal.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan pula akan bertanding parlimen Rembau.

Dalam perkembangan berkaitan, Jamal Md Yunos pula akan bertanding di parlimen Sungai Besar manakala Tengku Zafrul Abd Aziz akan bertanding di Kuala Selangor.

BN meletakkan Megat Zulkarnain Omar Din bertanding di Gombak.

Tengku Adnan Tengku Mansor pula kekal mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya.

[Berita penuh menyusul]

Senarai calon BN (akan dikemaskini):

Perlis

P.001 Padang Besar – Zahida Zarik Khan (Umno)

P.002 Kangar – Fathul Bari Mat Jahya (Umno)

P.003 Arau – Rozabil Abd. Rahman (Umno)

Kedah

P.004 Langkawi – Armishah Siraj

P.005 Jerlun – Osman Aziz (Umno)

P.006 Kubang Pasu – Hasmuni Hassan (Umno)

P.007 Padang Terap – Mahdzir Khalid (Umno)

P.008 Pokok Sena – Noran Zamini Jamaluddin (Umno)

P.009 Alor Setar – Tan Chee Heong (MCA)

P.010 Kuala Kedah – Mashitah Ibrahim (Umno)

KP.011 Pendang – Suraya Yaacob (Umno)

P.012 Jerai – Jamil Khir Baharom (Umno)

P.013 Sik – Maizatulakmam Othman (Umno)

P.014 Merbok – Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Umno)

P.015 Sungai Petani – Shahanim Mohd. Yusoff (Umno)

P.016 Baling – Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)

P.017 Padang Serai – Sivaraj Chandran (MIC)

P.018 Kulim - Bandar Baharu – Muhar Hussain (Umno)

Kelantan

P.020 Pengkalan Chepa - Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin (Umno)

P.021 Kota Bharu - Rosmadi Ismail (Umno)

P.022 Pasir Mas - Ab. Ghani Harun (Umno)

P.023 Rantau Panjang - Zulkarnain Yusoff (Umno)

P.024 Kubang Kerian - Nurul Amal Mohd Fauzi (Umno)

P.025 Bachok - Mohd Zain bin yasim (Umno)

P.026 Ketereh - Marzuani Ardila Ariffin (Umno)

P.027 Tanah Merah - Bakri @ Mohd Bakri Mustapha (Umno)

P.028 Pasir Puteh - Zawawi Othman (Umno)

P.029 Machang - Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)

P.030 Jeli - Norwahida Patuan (Umno)

P.031 Kuala Krai - Mohamed Zulkepli Omar (Umno)

P.032 Gua Musang - Tengku Razaleigh Hamzah (Umno)

Terengganu

P.033 Besut – Nawi Mohamad (Umno)

P.034 Setiu - Abdul Rahman Mat Yasin (Umno)

P.035 Kuala Nerus –

P.036 Kuala Terengganu – Zubir Embong (Umno)

P.037 Marang – Jasmira Othman (Umno)

P.038 Hulu Terengganu – Rozi Mamat (Umno)

P.039 Dungun – Nurhisam Johari (Umno)

P.040 Kemaman – Ahmad Said (Umno)

Annuar sahkan tak dijemput ke majlis pengumuman calon BN malam ini

agendaily.com
1/11/2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tidak menerima jemputan ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan berlangsung malam ini di WTC, Kuala Lumpur.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu berkata tiada surat dihantar kepadanya untuk hadir majlis malam ini dan akan meneruskan program di kawasan Parlimennya seperti biasa, ia walaupun spekulasi kuat mengatakan Annuar antara yang disisihkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini tidak ada jemputan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Annuar mengesahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad ada memaklumkannya berhubung surat jemputan yang diterima berhubung majlis yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Berhubung spekulasi namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Annuar berkata sedia menerima sebarang keputusan yang dibuat parti dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu.

“Saya fikir biar benda itu terjadi dulu baru kita fikir… kalau fikir rancang awal-awal itu orang kata nak nak mendahului qada dan qadar itu tak payahlah.

“Cuma pesan saya begini jangan-jangan panik-panik jangan menggelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanyalah dalam hidup,” katanya lagi.

Namun, Annuar tidak menyifatkan sekiranya tidak tercalon pada PRU-15 kali ini, ia bukan pengakhiran kepadanya selepas ini.

“Kalau parti tidak pilih kita, itu bukanlah segala bukan the end of the thing (bukan pengakhiran).

“Tapi itu juga tidak menyekat kita kalau kita nak juga bertanding. Kita boleh juga bertanding, kita beli borang, bayar deposit, semua orang pun boleh bertanding. Orang tak ada parti pun boleh bertanding,” ujarnya.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu dalam kenyataan di Facebook beliau semalam mendakwa, bakal calon Barisan Nasional sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu sekali gus menimbulkan pelbagai khabar angin.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut membayangkan beliau tidak termasuk dalam kalangan bakal calon yang dibawa membuat ikrar tersebut.

“Nampaknya, walau perlembagaan (UMNO) menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.

“Dijanjikan juga top five diberi kuasa merundingkan (calon) bagi pihak majlis kerja tertinggi yang berkuasa memilihnya, namun ahli top five mengesahkan list (senarai) itu ditapis lagi oleh high up (pihak atasan). Proses sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-