Monday, August 17, 2015

Tidak masuk akal Ahli Parlimen BN berkomplot guling kerajaan - Zahidi

Ahli Parlimen BN-Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata adalah tidak masuk akal bagi Ahli Parlimen BN berkomplot untuk menggulingkan kerajaan yang ada pada hari ini sedangkan semua mereka adalah sebahagian daripada kerajaan pemerintah. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Ogos:

“Ayat yang digunakan pun tak betul apatah lagi wujudnya komplot untuk gulingkan kerajaan.”

Itu kata Ahli Parlimen BN-Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin kepada The Rakyat Post ketika diminta mengulas foto viral bertajuk ‘The Usual Suspects': 20 Nama Ahli Parlimen Berkomplot Jatuhkan Kerajaan? yang mana namanya antara 20 ahli parlimen yang tersenarai dalam komplot berkenaan.

Zahidi berkata adalah tidak masuk akal bagi Ahli Parlimen BN berkomplot untuk menggulingkan kerajaan yang ada pada hari ini sedangkan semua mereka adalah sebahagian daripada kerajaan pemerintah.

“Ahli Parlimen BN adalah mewakili kerajaan yang memerintah pada hari ini dan bagaimana kami hendak gulingkan kerajaan yang mana ia juga bermaksud untuk menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau kami mahu guling kerajaan maka sudah tentu kami akan hilang semua elaun, pencen sebagai Ahli Parlimen dan ini adalah mustahil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan sekeras-kerasnya laporan media sosial yang mengaitkan nama beliau dengan 19 ahli parlimen lain dalam komplot menggulingkan kerajaan.

Kata Abdul Rahim, laporan berkenaan adalah tidak bermoral, fitnah, serkap jarang dan bertujuan mencemarkan imej ahli-ahli parlimen, khususnya Umno dan BN.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan usaha-usaha usaha-usaha individu tertentu menggulingkan kerajaan, melalui undi tidak percaya di Parlimen.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/17/tidak-masuk-akal-ahli-parlimen-bn-berkomplot-guling-kerajaan-zahidi/#ixzz3j4EsqmtQ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-