Friday, September 4, 2015

Bot karam: 37 mangsa ditemui setakat ini

Anggota pasukan penyelamat mengangkat salah satu daripada mayat yang ditemui untuk dibawa ke Hospital Teluk Intan. Foto Ihsan APMM

KUALA LUMPUR, 4 Sept:

Pasukan mencari dan menyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menemui 37 mangsa bot karam sejak hari pertama operasi tersebut dijalankan.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, 20 mangsa masih hidup dan 17 ditemui mati.

Menurutnya, seorang mangsa lelaki ditemui nelayan kira-kira jam 12 tengah hari tadi dalam keadaan terapung dan keletihan.

“Mangsa diberikan rawatan kecemasan dan dipindahkan dari bot nelayan ke bot KM Malawali.

“Mangsa yang selamat kini menerima rawatan di Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan hingga jam 7 malam ini.

Katanya, Operasi kawasan pencarian adalah radius lima batu nautika dari lokasi bot tenggelam.

Dalam kejadian pagi semalam, 70 dipercayai pendatang asing tanpa izin yang menaiki bot jenis pom-pom karam di perairan Sabak Bernam iaitu pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjung Sauh.

Bot yang dipercayai membawa muatan lebih itu dalam perjalanan dari Kuala Bernam, Sabak Bernam ke Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/04/bot-karam-37-mangsa-ditemui-setakat-ini/#ixzz3kleb0fF3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-