Sunday, October 15, 2017

PAS sudah jangka perhimpunan PH hambar

By watan
Kehambaran himpunan anti-kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan (PH) semalam sudah dijangka sejak dari awal.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamad berkata perkara itu terbukti apabila jumlah peserta himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya jauh lebih rendah berbanding Fastaqim 2.0 anjuran partinya pada akhir September lalu.

“Saya sudah jangka PH sendiri sudah ‘down’,” kata beliau di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) di Gombak, pada Ahad.

Sebelum itu penganjur perhimpunan yang tamat pada tengah malam tadi mengumumkan seramai 25,000 orang hadir berbanding sasaran sebelum ini iaitu seramai 100,000 orang.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dilaporkan berkata jumlah kehadiran peserta perhimpunan berkenaan hanya sekitar 4,000 orang.

Tambah Mahfodz, PAS tidak memerlukan tokoh-tokoh besar dalam PH seperti bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik rakyat.

?“Kehadiran peserta kuliah hari ini membuktikan Hadi walaupun ditohmah dengan pelbagai tohmahan dan macam-macam, pengikut PAS tetap memberikan sokongan padu,” katanya.

Pada 29 dan 30 September lalu, parti Islam itu menganjur Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu yang berjaya menarik hampir 200,000 orang dari seluruh negara.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-