Monday, September 7, 2015

Perhimpunan Rakyat Bersatu tidak dapat kebenaran polis

Polis tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September diadakan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2015.

Polis tidak membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, atas implikasi keselamatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, hari ini.

Minggu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang dikatakan akan diadakan pada Hari Malaysia 16 September ini.

Isa berkata, jika perhimpunan itu yang didakwa akan berlangsung di Bukit Bintang benar-benar diadakan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana ia tidak mendapat kebenaran polis.

Perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu itu dikatakan akan disertai ahli Umno dan PAS sebagai tanda solidariti terhadap perbuatan peserta Bersih 4 yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maklumat berkenaan perhimpunan itu menjadi viral melalui aplikasi Whatsapp dan laman blog tempatan hari ini.

Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan selama 12 jam bermula 12 tengah hari dengan para peserta akan memakai baju merah. – 7 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perhimpunan-rakyat-bersatu-tidak-dapat-kebenaran-polis#sthash.NiElCy2B.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-