Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Tuesday, May 17, 2016

DAP ni ingat PAS masih lagi 'kuda tunggangan' nya.........?

'PAS, jangan degil, terima tawaran di Kuala Kangsar'
"DAP Perak menggesa PAS supaya tidak berdegil dan menerima tawaran Pakatan Harapan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar sebagai pertukaran untuk melepaskan kerusi di Sungai Besar dan membiarkan AMANAH bertanding di situ.

Ketua DAP Perak Nga Kor Ming berkata, ini adalah demi kepentingan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Umno di kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun.........."


Sedikit Ulasan dari Wak Labu:

Nampak gayenye DAP ni seolah-olah sangat berkuase didalam blok pembangkang. Tergamak dia memberi 'arahan' dan 'peraturan' kepada PAS. Adakah PAS sanggup mendengar dan patuh kepada 'arahan' dan 'peraturan' dari DAP ini?

Pada fikiran Wak, memang nya sungguh bacul bagi PAS jika sanggup menuruti 'arahan' dari DAP itu.PAS perlu menjaga maruahnya sebagai sebuah parti yang sudah matang dan sangat berpengaruh di Malaysia ini.

Sebenarnya Pakatan Harapan takut berhadapan dengan PAS, itu lah sebabnya mereka memberi arahan dan peraturan kepada PAS dalam menghadapi PRK menentang kerajaan Barisan Nasional.