Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, June 30, 2018

Pakatan harapan boleh jatuh jika gagal pegang amanah rakyat

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada majlis perasmian mesyuarat Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi Berhad di De Baron Resort, Kuah hari ini. Foto - Bernama

LANGKAWI - Kerajaan Pakatan Harapan berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan lepas yang telah gagal memegang amanah yang diberikan rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersama-sama dengan Pakatan Harapan boleh dijatuhkan oleh rakyat jika melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan agama.

“Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan. Begitu juga wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirkan jika mereka gagal memegang amanah mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-29 Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi di sini.

Menurutnya kerajaan dahulu yang didakwanya mencuri duit rakyat, tidak segan silu mengaku duit berkenaan halal dan menggunakannya untuk menghantar rakyat mengerjakan haji.

“Bagaimana duit ini boleh dikatakan halal dan diberikan untuk membuat haji jika ia hasil daripada yang dicuri,” katanya.

- Bernama