


Semasa PPSMI ini mula2 di laksanakan mengapa aktivis2 ini diam membisu seribu bahasa? Mengapa pada masa ianya dilaksanakan aktivis2 ini tidak berani bersuara menentang nya? Adakah mereka ini takut dengan regim TDM atau semua mereka ini ada agenda yang tersendiri pada ketika itu?
Sudah hampir setengah abad berlalu dan beribu juta RM sudah habis di belanjakan baru semua tikus2 ini berani keluar bersuara. Sepatutnya tikus2 ini bertindak sebelum ianya dilaksanakan, bukan nya sesudah ianya dilaksanakan.
Pada pendapat wak yang kurang pelajaran ini, tindakan yang sudah terlambat ini cuma membuang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja. Ada lah lebih baik jika kita teruskan dan perbetulkan kelemahan2 yang ada pada PPSMI ini.
Semasa wak bersekolah di zaman penjajah dahulu, wak belajar dalam sekolah Inggeris sehingga tamat tingkatan 5, lepas itu menjadi guru sekolah rendah selama lebih 30 tahun sehingga bersara. Semasa wak bersekolah pada tahun 1953 - 1963, semua mata pelajaran di ajar dalam bahasa Inggeris - tiada masalah.
wak, itu sindrom takut yg ditanam dlm diri mereka era Che Det.
ReplyDeleteapa pun, saya ingat tahun 2003, dah ada laporan polis untuk saman kerajaan (tapi tak dilayan laporan itu)...
sekarang ni, saya fikir semacam akan ada turning point sebagai nak menarik semula undi jika berlaku pertukaran kepimpinan... tunggulah kalau PM bertukar nnti...
tak mustahil kalau PM baru nak tukar semula pengajaran dan pembelajaran ke BM.
Yang tidak ikut perkembangan semasa bahasa sahaja menyatakan aktivis bahasa diam ketika PPSMI mula dilaksanakan.
ReplyDeletePadahal hampir saban hari media menjelaskan akan peri pentingnya bahasa kebangsaan diserlahkan dan dijiwai rakyat.
Setelah puas melalui pelbagai cara dan bahasa, maka bahasa perarakan yang terkini dilakukan. Wak boleh baca buku 'Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa'.
Aktivis bahasa telah bertindak dengan selayaknya dan penuh beradab dan beradat. Maklumlah cara orang berilmu. Memanglah bermasalah pada pihak 'tak berilmu'.