
Tiga pemimpin yang berlainan parti, berlainan idealogi, berlainan hasrat dan berlainan arah tuju. - bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Tiga bekas ahli Pakatan Rakyat yang meruntuhkan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak

Rakan Pakatan Rakyat yang 100% anti Islam
PAS tahu bahawa PKR itu berasal dari UMNO dan DAP itu anti-Islam. Bila dua orang ahli PKR dan seorang DAP lompat keluar PR kerajaan PR negeri Perak tumbang. Ianya bukan sahaja SANGAT memalukan MB PAS, tetapi semua ahli2 PAS di seluruh Malaysia. Mengapa PAS masih sanggup berkerjasama dengan PKR dan DAP? Mungkin kerana tamak gila untuk berkuasa.
Kaum melayu/Islam harus sedar bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang anti-Islam, President DAP YB Karpal Singh telah menyatakan "over my dead body" jika PAS mahu tubuhkan kerajaan Islam. Ahli2 DAP ini juga telah sanggup mempersendakan kitab suci Al'Quran demi kepentingan politik nya.
Kaum melayu/Islam yang menyokong PAS sama menyokong DAP.
Kerajaan BN tidak perlu risau dengan sokongan kaum bukan melayu terhadap PAS dan PKR. Sebelum PRU13, kerajaan harus mengubah persempadanan kawasan mengundi supaya penduduk melayu dan bukan melayu dapat di seimbangkan semula. Jika ini dapat dilakukan dengan segera, harapan PR untuk berkuasa akan musnah.
Selamat berjuang untuk negara.
ReplyDeleteSalam Ziarah Wak,
ReplyDeleteSaya bersekolah di sekolah kerajaan. Ayah saya tak mampu nak hantar ke sekolah swasta. Saya berniaga pun kerajaan banyak bantu. Saya bukan ahli umno yang hardcore apatah lagi untuk menjadi ahli umno. Kerajaan banyak bantu saya dan keluarga mengapa saya mesti mengatakan kerajaan itu zalim. Bagi yang merasakan kerajaan itu zalim mungkin mereka punyai sejarah sendiri.
Selagi saya masih boleh cari makan dan hidup dengan aman damai haruskan saya mencerca kerajaan. Setiap kerajaan punyai kesilapan. Itu lumrah. Tak semua orang sempurna.
Perlukah saya menyokong PAS.? sedangkan PAS itu sendiri tak betul jalannya. Jika benar Islam diterapkan dalam perjuangannya rasanya tak kedengaran maki hamun dari pemimpin mereka. Islam tak mengajar umatnya mendoakan musibah bahkan lebih kepada nasihat menasihati..Itukan lebih baik. Ini tidak dibuat solat hajat dan mendoakan musibah. saya tak pasti pula kalau ada hadis yang mengatakan boleh.Islam cara PAS pun saya takut nak ikut. Asyik mengutuk orang saja. Dah hilang terma sabar separuh daripada iman.
DSAI, jika sejak tahun lalu beliau sanggup membersihkan namanya dengan bersumpah melawan fitnah yang dilemparkan, saya akan memujanya. Di satu ketika mengatakan Ulama mengarahkannya jangan bersumpah (Kononnya cara Kristian) tetapi satu ketika mengatakan kes jenayah perlu di buktikan secara jenayah.Munafik kah itu.?Kejap ikut islam kejap ikut sivil...
Jika saya dituduh mencuri duit jiran saya dan satu kampung mengiyakan perlukah saya berdiamkan diri. Buat bersumpah mengikut islam pedulilah orang nak cakap apa yang penting saya nak bersih nama saya. hukum saya dengan Allah.
Politik hari ini sangat kelam kabut, BN dengan masalah dalamannya tapi terbukti cemerlang. PR dengan takda pengalaman selain masing-masing tak percaya atara satu sama lain..
Yang mana harus saya ikut.? atau perlu saya jadi lalang..