Wednesday, August 5, 2009

Undi PAS dapat Pahala, Berdemonstrasi dapat Pahala, Bersengkokol dengan DAP akan dapat Bala

GMI: Peserta demo dapat 'imbuhan' Pahala.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengakui peserta demontrasi membantah akta kontroversi itu Sabtu lalu mendapat "imbuhan".

"Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah pahala daripada Allah. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan.

"Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepada Malaysiakini.......................

Bagi PAS menyusahkan orang awam pun boleh dapat pahala. Kan ke berdemonstrasi itu juga menyeksa diri, kena semburan air kimia dan kena tembekan gas pemedih mata. Lagi pun perhimpunan itu di buat secara HARAM - tidak mendapat kebenaran - melanggar undang2 negara. Langar undang2 pun dapat pahala juga?

Oh, orang PAS kata: kita sedang berjihat melawan kerajaan 'zalim'. Itu cuma pemimpin dan penyokong PAS sahaja kata kerajaan 'zalim'.

Keduanya mendidik kanak2 menentang dan melawan kerajaan - jika dirumah anak2 ini akan melawan dan menentang orang tuanya. Demonstrasi atau tunjuk perasaan akan memberi pengajaran buruk terhadap anak2. Ia mendidik anak2 bersikap melawan dan menentang secara membabibuta dan tidak mematuhi undang2.

Ketiga menghalang peniaga2 mencari rezeki.

Keempat merosak kan hartabenda awam.

Kelima, negara jadi kucar-kacir. Sikit2 demonstrasi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-