Thursday, September 17, 2009

BN/UMNO tiada harapan, selagi melayu berpecah dan hilang sokongan kaum cina dan india~~~~~

UMNO masih tidur dan akan terus di tidurkan

Selepas dikejutkan pada PRU12 yang lepas, UMNO sudah tidur kembali. 7 PRK telah di adakan, BN/UMNO tewas dalam semua PRK yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Nampak nya BN/UMNO masih lagi belum terjumpa formula penawar untuk memulihkan UMNO yang berpenyakit 'tidur'.

Sokongan kaum melayu terhadap UMNO semakin pudar, sokongan dari kaum bukan melayu juga nampaknya sudah hampir tiada lagi. Inilah punca yang menyebabkan BN/UMNO telah tewas semua PRK di Semenanjung.

Kini kekuatan BN/UMNO cuma tinggal dari sokongan rakyat Sabah dan Sarawak sahaja. Jika Pakatan Rakyat berjaya memikat dan menambat hati rakyat di Sabah dan Sarawak, pasti BN/UMNO akan tamat riwayatnya pada PRU13 nanti.

Parti2 rakan UMNO dalam BN seperti MCA dan MIC juga masih bermasalah, Parti Gerakan sudah nampak macam tidak ujud lagi. Sebenarnya kaum bukan melayu sudah tidak menyokong MCA, MIC dan Gerakan lagi. Mereka sudah bersatu padu dalam DAP.

Paling malang bagi UMNO, kerana kaum melayu bertambah ramai menyokong PAS dan PKR. PAS dan PKR pula mendapat sokongan dari DAP. Selagi tiga parti ini dapat bersatu dalam Pakatan Rakyat, BN/UMNO akan menghadapi jalan sukar pada PRU13 nanti.

Sepatutnya BN/UMNO sudah dapat formula untuk menguatkan parti dan memecahkan kekuatan parti lawan nya. Mengapa pemimpin2 UMNO yang handal2 masih lagi tercari2 ter raba2 untuk mendapatkan formula ini?

Sekarang BN/UMNO sedang berhadapan dengan satu lagi PRK di Bagan Pinang. Jika BN/UMNO gagal juga ini bermakna BN/UMNO harus di bubarkan.

1 comment:

  1. Salam, kadang kita terfikir juga, adakah UMNO nampak jaga macam tidur-tidur ayam.....

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-