N31 BAGAN PINANG |
Jumlah Pengundi: 14,192 Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5% |
1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430) 2. Ramli Ismail (Pas) (4,097) |
Majoriti: 2,333 Jumlah undi: 10,911 Peratus mengundi: 76.88% Undi rosak: 384 |
Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN) (Majoriti: 4,411 undi) |
Pada dasarnya UMNO tidak perlu bimbang tentang siapa yang menjadi calun nya di N31 Bagan Pinang. DUN Bg Pinang adalah salah satu kubu kuat UMNO, belum pernah dikalahkan oleh mana2 parti lawan.
Semangat kaum melayu Negeri Sembilan dalam mempertahankan kuasa politik melayu tidak boleh di lemahkan oleh mana2 parti lawan. Semangat untuk mempertahankan kuasa politik melayu ini lah yang akan mempertahankan DUN Bagan Pinang dari dikuasai oleh PR.
Orang2 melayu harus sedar bahawa kuasa politik melayu akan terhakis jika PR berkuasa memerintah negara.
Kita semua perlu mengambil contoh apa yang telah berlaku di negeri Perak semasa PR memerintah. PAS cuma mendapat satu dan PKR dua kerusi EXCO (melayu). Selain nya di angggotai oleh kaum bukan melayu. Inilah yang dimaksudkan 'melayu hilang kuasa politik nya'.
Pulau Pinang, melayu sudah hilang kuasa politiknya secara total. Kini ianya dikuasai penuh oleh DAP. Berapa orangkah EXCO melayunya? Yang paling malang PAS terus tersingkir dan dianjing kurapkan oleh DAP.
Sebenarnya DUN Bagan Pinang adalah menjadi penentu tahap sokongan melayu terhadap UMNO. Kaum melayu terdiri daripada 66%, jika 51% sahaja yang masih setia dan sayangkan negaranya, tidak mustahil UMNO akan menang.
Menyokong PAS ertinya menyokong PKR,
menyokong PKR ertinya menyokong DAP,
menyokong DAP ertinya meruntuhkan kuasa politik orang melayu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.