PM dan TPM yang maha bijaklaksana
N31 DUN Bagan Pinang akan ditentukan milik siapa pada 10 Oktber ini. Yang sangat pasti UMNO akan terus memiliki Bagan Pinang. Walauapa juga cara taktik yang dilakukan oleh PAS ianya tidak akan memberi kesan apa2 juga. Bagan Pinang terselamat kerana undi pos.
Wak Labu sebagai rakyat biasa yang sentiaasa memerhatikan setiap perkembangan politik semasa berasa sangat terkilan dengan sikap pemimpin atasan yang berkuasa dalam UMNO kerana masih lagi tidak dapat membersihkan tanggapan rakyat terhadap UMNO dari rasuah politik.
PRU13 semakin hampir, malang nya UMNO masih di takuk lama. Sepatutnya UMNO sudah bersih pada pandangan rakyat, tiada seorang lagi pemimpin nya yang terlibat 'rasuah politik' berada dalam UMNO. Mereka yang terlibat rasuah politik mesti terus di singkirkan dari parti.
Adakah pemimpin2 tinggi UMNO tidak sedar bahawa majoriti rakyat sudah meletak kan lebel cop RASUAH terhadap UMNO. UMNO mesti bersih dari pemimpin2 yang terlibat dari politik wang.
Jika seorang yang telah disahkan terlibat rasuah dan telah di hukum, ini tidak bermakna insan itu boleh dianggap sudah bersih. Sebenarnya dalam politik hari ini rakyat sudah bijak menilai sesebuah parti yang mereka hendak sokong. N31 DUN Bagan Pinang UMNO boleh menang walaupun dengan mencalunkan seorang wakil bekas 'banduan' kerana ujud nya 'undi pos' paling ramai - 4000 orang.
Bagaimana pula nasib UMNO jika DUN Bagan Pinang tidak memiliki undi pos yang sebegitu besar? Mungkin Isa Samad akan hilang wang pertaruhan nya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.