Presiden UMNO
Setelah berkuasa memerintah lebih dari 60 tahun, kini bagi kali pertama seorang presiden UMNO mengaku bahawa UMNO telah gagal membangunkan kaum nya.
UMNO sudah dipimpin oleh 7 orang pemimpin, 6 orang pemimpin sudah berlalu. Malangnya kaum melayu telah gagal menguasai ekonomi, pendidikan dan moral jika dibandingkan dengan kaum lain.
Setelah lebih 60 tahun memerintah dalam kegagalan, kini baru mahu berubah - Perubahan yang di sebut oleh presiden ini tidak lah semudah yang diperkatakan. Memang senang dan mudah menyebut perkataan 'mahu berubah', tetapi perubahan nya amat sukar untuk dilaksanakan.
Terlalu lalu banyak yang perlu di ubah oleh UMNO. Tugas untuk berubah ini lebih berat dan sukar dari mengubah sebuah gunung tanpa bantuan alat jentolak.
Satu perkara yang sangat besar yang perlu diubah oleh UMNO ialah - RASUAH. Hingga kehari ini UMNO masih lagi belum berubah dari RASUAH. Masih ramai pemimpin2 UMNO yang terlibat rasuah berkuasa dalam UMNO. Tanggapan buruk oleh rakyat terhadap rasuah dalam UMNO tidak boleh dihapuskan selagi masih ramai pemimpin2 ini berada dalam UMNO.
Rasuah dalam UMNO akan terus kekal subur selagi tindakan drastik dan tegas diambil terhadap pemimpin yang telah disahkan rasuah. Tindakan 'menggantung' tidak akan memberi apa2 makna kepada 'hantu2 rasuah' ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.