Monday, February 6, 2012

RM500 yang sungguh bermakna..................~~~~~~~

 Nenek ni dah kaya RM500.00

Nenek ni pulang dengan penuh kegembiraan, maklumlah tiba2 dah jadi 'kaya' RM500. Mungkin juga si nenek ni tidak pernah terpegang kan wang yang sebegitu banyak. Selama ni Wak pun sama begitu juga, kerja sambilan di kampung - ada kerja ada upah. Upah pun di bayar ikut kerja harian. Jadinya bila le masa nya pernah dapat RM500 sekali gus.

Wak tabek sama PM kerana kebijaksanaan nya bermurah hati beri kan semua rakyat yang miskin sebanyak RM500 tu. Semua rakyat termasuk Wak sendiri sangat gembira. PM yang dulu2 tu kurang perihatin nya tentang rakyat yang miskin ni, PM kita hari ni tersedar betapa ramai nya rakyat yang miskin yang sangat perlu di berikan bantuan.

Kebetulan pula bantuan RM500.00 ni di beri dalam keadaan parti BN dah hampir maut, dan PRU pun dah hampir sangat nak tiba. 

Ramai rakan2 Wak yang setuju bahawa negara kita ni sangat kaya dengan hasil bumi, pertanian, galian, industri dan lain2 tetapi malang nya masih lagi terlalu ramai rakyat nya yang miskin dan perlu dibantu. Ada juga yang kata bahawa kerajaan BN telah gagal membangunkan taraf hidup dan ekonomi orang2 melayu.

Kat bawah ni ada sedikit tatapan bagi renungan kita rakyat yang miskin ni.

Anak Reformasi Jun 14th, 2008 at 8:13 am
ASSALAMUALAIKUM Ayah Anwar,
Saya nak sahre maklumat ini……
Kita renung dan fikir sama-sama…
tiada sebarang political innuendo.Sendiri fikir,sendiri faham.

Gaji dan Elaun untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 .

Gaji asas untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:
Perdana Menteri – RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet – RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet – RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen – RM7,187.40
Ahli Dewan Negara – RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) – RM4,112.79

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
Lain-lain kemudahan bagi setiap Menteri dan Timbalan Menteri:
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

http://www.eset.com
sekian, terima kasih.
- Anakmu, Anak Reformasi.

3 comments:

  1. Jangan marah... kakak menyampah. Kalau baru anak senator pun boleh bawa BMW SL... mana dapat setengah juta tu? Ini baru bagi RM 500/- dah terjerit sana sini.

    Kalau kakak ada lembu sekandang pun boleh bagi org kampung kakak 500 setiap satu keluarga...

    ReplyDelete
  2. fuh..kaya gak rupanya menteri nie..hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-