Bagi Wak sikit pun tak heran kalau begini ramai nya manusia yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina yang di anjurkan oleh kerajaan BN di Setiawan. Ape nak heran, transport di sediakan, makan minum di berikan percuma, kalau tak silap wang saku pun ada di berikan. Lain dari itu, semua jabatan kerajaan di berikan 'arahan' supaya hadir.
Boleh juga di tafsirkan bahawa kehadiran mereka ini di sifatkan sebagai 'kerahan'. Maka dengan itu Wak ambil kesimpulan bahawa kedatangan manusia yang begitu ramai bukan lah menggambarkan bahawa kerajaan BN sudah pulih dan mendapat sokongan dari rakyat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagi yang di bawah ni Wak sangat heran , mereka semuanya datang tak payah di angkut dengan lori atau bas seperti yang di atas. Mereka ni tidak di beri makan atau minum percuma. Kalau wang saku pula ianya jauh panggang dari api. Mereka semua nya datang sendiri secara suka rela hati.
Bukan setakat itu saja, bahkan mereka sanggup pula keluar wang beri derma bantuan kepata parti yang mereka sokong itu. Kedatangan mereka ni semua nya dengan penuh semangat untuk menyokong Pakatan Rakyat. Kedatangan mereka ini adalah suci bersih dan ikhlas terhadap pemimpin2 PR.
Perkara sedemikian tidak pernah ada dalam jiwa dan semangat UMNO.
Harus di ingatkan kepada semua pemimpin2 kerajaan BN dan pencacai2 UMNO supaya sedar diri dan jangan terlalu giarah dengan melihat begitu ramai manusia yang datang 'menyambut' PM di Setiawan itu BUKAN lah tanda BN sudah pulih.
Dunia akhir zaman, manusia lebih suka kepada sesuatu yang kurang berfaedah tanpa di paksa.
ReplyDeleteAmat sukar untuk mengajak manusia kepada perkara kebaikan. Oleh itu tidak salah jika memberikan mereka ganjaran kerana Allah S.W.T. sendiri memberikan ganjaran kepada hambaNya yang menuju kepada perkara faedah.