Di bawah ini Wak paparkan sedikit kesah tentang sejarah penjajahan British di Tanah Melayu. Cerita ini sedikit sebanyak ianye juge mengingat kan kembali ingatan kita tentang sejarah Bukit Kepung. Sama2 lah kite renungkan............
di sedut dari Malaysian Time
Fakta Sejarah – Polis Sebelum dan Selepas Merdeka
September 15, 2011
Mari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.
Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka,terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.
SEBELUM MERDEKA.
1.) Negara kita masa itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah tanah melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir barat-British.
2.) British dengan bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak ada kerja), untuk menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah melayu.
3.) Tugas mata2 British ini adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah kepada Queen Elizabeth (Raja British).
4.) Terdapat ramai dikalangan anak tempatan (samada melayu atau bukan melayu) di masa
ini yang mempunyai semnagat untuk menuntut kemerdekaan bagi negara
sanggup menggadai harta dan nyawa demi membebaskan negara pada masa itu.
5.) Ini boleh dibuktikan dengan perjuangan awal orang-orang melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya. Dalam perjuangan mereka, mereka juga terpaksa bertempur dengan orang-orang melayu yg menjadi talibarut-talibarut penjajah yang tugasnya menjaga kepentingan penjajah.
6.) Satu fakta penting lagi, kafir penjajah British
adalah musuh utama kepada Khilafah Islam Utmaniah. Mereka telah
membolot hasil bumi dan kekayaan melayu untuk melawan Khalifah Islam
Uthmaniah. (Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa
Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914
.
Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914)
7.) Satu lagi fakta penting pasal Penjajah British pada masa berkenaan — Henry Gurney dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British
sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di
atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British
yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah
Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey
adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
8.) Jadi penentangan orang-orang melayu islam terhadap kafir British bukan sahaja menentang penjajah tanah air tetapi juga adalah jihad terhadap musuh islam (Khilafah Utmaniah) pada masa tersebut. Orang yangg bersubahat untuk menjaga kepentingan British pada masa berkenaan untuk melawan jihad terhadap British pada masa berkenaan sebenranya bukanlah pejuang agama dan negara yg sebenar.
Ini adalah fakta. Malah orang-orang yang berjuang menentang British pada masa berkenaan adalah hero@pejuang sebenar negara. Mengenai kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam (tempatan) menentang British itu adalah perkara diharuskan. Dan perlu diingat tindakan2 PKM sebelum merdeka dan selepas merdeka adalah sangat berbeza sama sekali. Sebelum merdeka, tumpuan mereka hanya memperjungkan kemerdekaan dan tidak membunuh mana-mana orang
awam kecuali talibarut penjajah sahaja (kena baca fakta2 sejarah dr
pelbagai pihak). Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat tindakan
melampau PKM pada masa tersebut dan ini juga perlu dikutuk.
9.) Berdasarkan hujah bahawa British
adalah penjajah Tanah Melayu dan musuh utama khilafah Islam Uthmaniah,
pihak-pihak yang bersekongkol dan berjuang mempertahankan British pada masa berkenaan bukanlah pejuang Agama dan Negara.
10.) Untuk persoalan macam mana British boleh senang-senang bagi kemerdekaan Tanah Melayu melalui rundingan , sila renungi fakta penting berikut —-; Perancang penjajahan Britain
di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam bukunya ‘Modern
Egypt’:"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua
tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"
SELEPAS MERDEKA.
1.) Negara kita sudah merdeka dan mempunya raja sendiri.
2.) Polis dan Askar pada masa ini berkhidmat untuk menjaga keamanan negara dan taat setia kepada Agung/ Raja Melayu. (terdapat perbezaan yang amat ketara disini berbanding sebelum merdeka).
3.) Tindakan Polis dan Askar memerangi komunis adalah tindakan demi menjaga kepentingan Negara adalah pejuang Negara.
4.)
Ini langsung tidak dipertikaikan asalkan tindakan tersebut benar-benar
demi untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk kepentingan pihak
tertentu.
5.) Jadi Ayah/Atuk (anda) serta ahli keluraga aku yg berkhidmat melawan komunis selepas merdeka adalah jelas pejuang agama dan bangsa.
6.) Walaupun begitu jikalau British membenarkan pendamaian (seperti dalam rundingan Baling), semua yang berlaku ini mungkin dapat dihindarkan. Tetapi British bijak dalam melaksanakan teknik pecah dan perintah demi untuk kepentingan penjajah British pada masa berkenaan.
Akhir
kata, selamat maaf hari raya. Dan mohon maaf kalau terkasar bahasa. Dan
dalam hal ini aku hanya berhujjah berdasarkan fakta sejarah.
Tindakan-tindakan PKM selepas merdeka tidak sepatutnya digabungkan dengan tindakan sebelum merdeka. Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali . Dan tindakan orang Melayu angkat senjata sebelum merdeka
(walaupun berkerjasama dengan PKM) harusluh dilihat dalam konteks
perjuangan untuk menuntut kermerdekaan dan melawan musuh khilafah islam
uthmaniah. Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali. Dan
aku juga mempunyai ahli keluarga yg menjadi mangsa Komunis, tetapi bila
berhujjah aku kena mengenepikan sentiment emosi dan harus jujur
kemukakan berasaskan fakta yang sebenar. Itulah yg dituntut oleh Islam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.