Sunday, April 1, 2012

Sumber kewangan kerajaan Malaysia tidak terkecewali dari hasil2 yang haram...............







 Sebenar nya kita semua rakyat Malaysia tidak ada yang terkecewali daripada terpalit wang haram dari sumber judi, arak dan maksiat.

Sumber kewangan kerajaan Malaysia tidak terkecewali dari hasil2 yang haram ini. Walauapa cara yang dilakukan atau disebutkan ianya tetap terlibat dari sumber haram juga. Kerana kerajaan Malaysia mengutip cukai dari sumber haram ini.

Cuma negara Islam seperti di Arab Saudi sahaja yang benar terbersih dari sember haram ini. Kerana mereka tidak ada pusat judi, kilang arak atau hotel2 yang mendatang kan maksiat. Maka segala hasil cukai yang mereka perolehi semuanya halal.


Petikan dibawah ini cuma sebahagian dari beberapa contoh cukai haram yang di pungut oleh kerajaan Malaysia.

Ahad, 2010 Julai 11


Waaaaahh,, Pusat Judi TerrbesaR - Rupa2nya Disini ya..

Sejarah judi di Genting Highlands


GENTING Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971,Genting Highlands Hotel Sdn Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

SETELAH ITU NAMANYA DIKENALI SEBAGAI GENTING BERHAD DAN MENJADI PUSAT PERJUDIAN TERBESAR DIRANTAU INI.

Di bawah bendera Genting,dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.PENGLIBATAN UMNO DALAM SYARIKAT PERJUDIAN ITU TELAH BERLANGSUNG DAN WARISANNYA MASIH KEKAL SEHINGGA KINI.

UMNO MELALUI BEKAS PENGERUSINYA,TAN SRI NOAH OMAR yang kini dikendalikan oleh YAYASAN NOAH MEMILIKI 602,318,000 SAHAM didalam Resort World Berhad yang mengendalikan PERNIAGAAN JUDI DALAM dan LUAR NEGARA termasuk DI ATAS KAPAL PERANGINAN.


Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad DIPEGANG OLEH YAYASAN NOAH dan SYARIKAT BERKENAAN MERUPAKAN SYARIKAT PEGANGAN EKUITI PERNIAGAAN JUDI dan KASINO.

YAYASAN NOAH KINI DI WARISI OLEH PERDANA MENTERI,DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK dan DATUK HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN yang KEDUA-DUANYA adalah CUCU KEPADA TAN SRI NOAH.Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah BEKAS KETUA POLIS NEGARA,TUN HANIF OMAR,BEKAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA,TAN SRI AMIN OSMAN dan bekas pegawai bank,Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.


Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World Berhad.

Sumber:- SIASAH......Bil.0208 1 11 - 17 JULAI 2010/28 REJAB - 5 SYAABAN 1431 1 TAHUN KEENAM PP11793/05/2011 (029637)
....(MUKA SURAT 15)

1 comment:

  1. Mana mana negara pun sumber cukai tak bersih. Di tanah haram Mekah, Madinah je yang suci. Cuba Wak pegi di luar tanah haram. Pengaruh hidup barat ketara. Tak ada arak? Tak ada tempat maksiat? dll. Cari sendiri. Cuba tanya apa Sheikh Arab yg kaya buat. Terperanjat. Kita hanya lah manusia yg lemah suka cari kelemahan orang lain. Masalah kita sebab d jajah dan Merdeka melalui Inggeris. Yg memerintah pun belajar dari mereka. Jadi hasilnya tak lari dari penggaruh Inggeris juga lah spt judi, arak adalah budaya mereka. Apa lagi negara kita yg berbagai bangsa dan agama. Kalau puak Pakatan nak perintah pun arak, judi tak akan ditutup pun. Sebenarnya jika kita benar orang Islam tak usah minum dan bjudi. Tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-