Tuesday, January 29, 2013

PM dan TPM berlainan pendapat tentang pemecatan Nasharudin dari Majlis Syura PAS.


Muhyiddin : Tindakan PAS Pecat Nasharuddin Sangat Aneh



KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai satu tindakan yang aneh. "Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.

"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia perjuangkan Islam. "Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam.

Wak tak heran kalu TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak marah dan menempelak PAS kerane menggugurkan Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS. Kunun alasan nye kerane mengikut rombongan UMNO ke Palestin dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas.

Kenyataan TPM ni sangat berlainan pule dengan kenyataan PM yang kunun nye ianye bermotifkan politik. Sebenar nye kenyataan PM ni lebih nampak lebih janggal lagi. Sebenar nye ke due2 pemimpin UMNO ini senghaje mahu mencari publisiti murahan tentang seorang pemimpin PAS yang itu serte bersame UMNO ke Palestin.

Sebenar nye Nasharudin dah memang lame mahu keluar dari PAS untuk menyertai UMNO, malang nye dia tidak mampu berbuat demikian kerane sebab2 tertentu. Itu lah sebab nye beliau berkelakuan seperti bukan seorang pemimpin PAS yang sebenar nye. PAS juga tidak akan menendang nye keluar kerane sebab2 tertentu juge.

Beliau boleh lah di ibarat kan seorang kanak2 'hiper-aktif' yang nakal di dalam sebuah bilik darjah satu. Jenis kanak2 seperti ini memang sudah nak di kawal, jauh sekali ianye mahu mendengar nasihat atau pun teguran dari guru nye. Jalan yang paling berkesan untuk melayan kanak2 jenis ini lah dengan membiarkan sahaje die berkelakuan mengikut kehendak hati dan nurani nye.

Kite kene perlu banyak bersabar, PRU-13 pasti akan tibe pade bile2 mase sahaje. Di kale ini lah riwayat politik nye dalam PAS akan berakhir. Dikale itu lah kite akan saksi kan kemunculan seorang lagi Hasan Ali. Beliau pasti akan berkerja keras menentang PAS untuk menghidupkan UMNO yang dah nazak  dan hampir mati.


1 comment:

  1. korang tengiklah nanti macam mananasaruddin tarik pengikutnya dalam pas

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-