Thursday, January 10, 2013

Tak heran kalu UMNO terkejut beruk bile bace berite ni .....................

KHAMIS, 10 JANUARI 2013

MCA: Kalimah ‘Allah’ boleh diguna penganut agama lain selain Islam, Kristian

Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR— MCA hari ini dalam satu kenyataan menegaskan penggunaan kalimah Allah tidak hanya terhad kepada masyarakat Islam dan Kristian, tetapi pengganut agama lain seperti Sikh, Hindu, orang asli semenanjung dan Baba-Nyonya juga boleh menggunakan kalimah suci tersebut.


Gesaan tersebut dinyatakan oleh ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok (gambar) ekoran kenyataan dua pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng dan pembantunya Zairil Khir Johari yang mahu Putrajaya membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.

“Kami sering tertanya-tanya mengapa Guan Eng menghadkan hak ini kepada masyarakat Kristian tapi tidak diperluaskan kepada pengerusinya Karpal Singh yang merupakan penganut Sikh.

“Hindu, orang asli dan masyarakat Baba-Nyonya juga menggunakan kalimah suci Allah ini,” kata beliau.

Loh juga berkata kitab suci Sri Guru Granth Sahib Ji dan the Veda illegal yang menjadi rujukan masyarakat Sikh dan Hindu turut mengandungi kalimah Allah.

Nampak nye UMNO semakin terhimpit dengan isu kalimah "Allah" yang di tuntut oleh YB Lim Guan Eng untuk di muatkan ke dalam bible versi bahasa melayu.

Tuntutan itu di kemuke kan nye semase berucap dalam ucapan menyambut hari krismas yang lepas. Ucapan beliau telah mendapat tentangan yang hebat terutame nye dari puak2 yang menyokong UMNO.

Ucapan YB Lim Guan Eng telah mendapat sokongan dari PAS. Sekarang PAS sudah menjadi sasaran kepade serangan puak2 yang pro-UMNO. 

Tengah seronok menyerang PAS, tibe2 MCA pule melemparkan sebutir 'bom' terhadap penyerang2 PAS. Bom yang di lemparkan oleh MCA tu tepat mengenai lubang hidung puak2 yang menyokong UMNO.

Nampak nye harapan untuk UMNO menawan hati pengundi2 dari kaum kafir terutame nye yang beragame kristian telah hancur lebur menjadi debu.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-