29/03/13
Zul Nordin hina agama Hindu, - Surendran
KUALA LUMPUR 29 MAC: Umno BN mesti bertanggungjawab di atas kenyataan
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli
Nordin yang menghina agama Hindu, kata N Surendran.
Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam,
Zulkifli memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan
penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.
Kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, bencana alam yang melanda
kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan
premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.
Surendran berkata, penghinaan Zulkifli itu boleh mencetuskan api perkauman kerana mempersenda kesucian agama mereka.
“Umno BN tidak boleh lari dari tanggungjawab ini. Ini serangan kejam
Zulkifli yang melakukan penghinaan besar kepada masyarakat India
Malaysia, yang majoritinya beragama Hindu.
“Dalam kes ini, Zulkifli terlalu menghina dan mencemuh rakyat Hindu dan
agama mereka. Serangan beliau paling teruk pernah dilakukan kepada agama
di negara ini,” kata Naib Presiden KEADILAN itu pada kenyataan.
Ekoran itu, Surendran menggesa polis dan Peguam Negara segera menyiasat
Zulkifli yang jelas melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun
Keseksaan.
“Perkataan yang diucapkan Zulkifli jelas satu kesalahan di bawah Seksyen
298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan
permusuhan dan kebencian berkaitan agama.
“Kami menyeru Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk siasat segera
dan menahan Zulkifli di bawah seksyen tersebut,” tegas Surendran.Pada
2010, Zulkifli dipecat daripada KEADILAN ekoran kesalahan berulang-ulang
melanggar dasar dan pendirian parti. Kemudian beliau yang lantang
memburukkan KEADILAN semakin mesra dengan Umno.
Kini Zulkifli menganggotai NGO Perkasa, sekutu rapat Umno, yang dilihat
‘kebal’ undang-undang apabila seringkali mengeluarkan kenyataan berbaur
perkauman tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan. – NS
Kaum India akan tolak parti perkauman ini. CELAKA
ReplyDeletemamat ini cuba bermain dengan API. Sahlah hanya
mereka2 yang berketurunan LEMBU aje yang masih
setia dengan parti perkauman ini.
Jadi para Anbiya Alaihissalam dulu menghina berhala yang tak boleh beri manafaat mahupun mudarat itulah ye...
ReplyDelete