Monday, September 30, 2013

Kongres Melayu Pulau Pinang pertikai tiade 'Melayu Asli' dalam pucuk pimpinan DAP

Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang nye diasaskan sebagai parti bagi kaum cine yang same juge kedudukan nye macam MCA.

Sekarang parti DAP ni sudah bergabung bersame PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Jadi ape perlu mustahak nye untuk orang melayu berade bersame dalam DAP tu. Kini sudah jelas lah bahawe DAP tu lebih jauh baik nye dari MCA yang tidak ade seorang pun kaum bangse lain menganggotainye.

Sekarang Wak kembali kepade persoalan yang mengatekan tiade 'Melayu Asli' dalam DAP, tu Wak akui memang 100% benar. Seterusnye Wak nak tanye berape orang 'Melayu Asli' nye berade dalam Kongress Melayu Pulau Pinang? Sebenar nye melayu yang bermastautin di Pulau Pinang ni BUKAN 'Melayu Asli" - 100% keturunan mammak.

Negare kite juge pernah di perintah mammak, kini anak keturunan mammak ni sidah pun berkuase memerintah negeri Kedah. Kongres Melayu Pulau Pinang harus berfikir panjang sebelum membuat sesuatu kenyataan tentang parti DAP. Mengape tidak di pertikaikan negeri Kedah juge tidak di perintah oleh 'Melayu Asli'?

Kite bangse melayu ni sudah peke dengan pemerintahan mammak ni, kite akur dan bersedie menerime nye sebagai pemerintah. Amerike pun di perintah Obama yang berkulit hitam, kaum yang berkulit putih bersedie menyokong nye.


Kongres Melayu persoal tiada 'Melayu Asli' dalam DAP
3:36PM Sep 30 2013  
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), pengkritik paling lantang terhadap DAP Pulau Pinang, masih tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula parti itu, yang menyaksikan status quo 20 anggota jawatankuasa eksekutifnya kekal.

Penang Malay Congress president (KMPP) Rahmad Isahak 1Presidennya Rahmad Isahak (kanan) mempersoalkan apa yang terjadi kepada tujuh "Melayu Asli" yang bertanding dalam pemilihan berbanding hanya seorang calon yang menang, Zairil Khir Johari.

Zairil yang juga anggota Parlimen Bukit Bendera, berjaya terpilih setelah mendapat 1,132 undi, sekali gus meletakkannya di tangga ke-12.

Bagaimanapun, NGO Melayu itu berkata, Zairil bukan "Melayu Asli" kerana mempunyai darah Cina daripada sebelah ibunya.

Calon Melayu lain yang hampir memenangi kerusi, senaror DAP Ariffin SM Omar (441), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441) dan Ahmad Ton (351).

Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor yang secara terbuka mengkritik DAP seminggu sebelum pemilihan, sekali lagi gagal menempatkan diri.

"Kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman serta pembohongan-pembohongan yang berterusan tersebut telah membawa kepada kesemua tujuh calon melayu asli kecundang serta ditolak oleh perwakilan.

"Kalau DAP mampu membantu orang Melayu bagaimana mungkin kesemua calon 'Melayu Asli' berkenaan boleh kalah?

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-