Friday, November 29, 2013

Kenaikan gaji wakil rakyat Selangor permulaan Pakatan menjadi BN?



ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
November 29, 2013
Latest Update: November 29, 2013 12:25 pm

 
Apabila penggubal undang-undang membuat keputusan untuk memberikan ganjaran kepada diri mereka sendiri dengan bayaran lebih tinggi, mesej apakah yang hendak disampaikan kepada pengundi, terutama selepas kerajaan negeri berjimat menggunakan wang sepanjang lima tahun lalu?

Negeri terkaya Malaysia, Selangor mempunyai banyak simpanan kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) begitu berhati-hati dalam menggunakan wang sejak mengambil alih kuasa pada Pilihan Raya Umum 2008. Cara beliau menguruskan ekonomi menyebabkan beliau berkuasa untuk penggal kedua dengan majoriti lebih besar.

Ni yang sangat menghairankan Wak, tak terfikir kah MB Pakatan ni bahawe perbuatan memberi kenaikan elaun wakil rakyat Selangor ni pasti akan mendatangkan respon negatif dari rakyat terutame nye orang2 BN.  Wak bukan nye tak setuju dengan kenaikan elaun2 wakil rakyat tu, tapi biar lah dengan kadar yang munasabah, misal nye kenaikan MB - 20%, EXCO2 - 15%, Speaker&Timb - 10%, dan ADUN 25% kerane ADUN ni lebih menghapiri rakyat.


Jike jangan lah membuat perbandingan dengan negeri Sarawak kerane rakyat di sane tu tidak same dengan rakyat di negeri Selangor. Wak banyak dengar khabaran bahawe rakyat di negeri Sarawak tu care berfikir nye sangat jauh ketinggalan kebelakang same seperti di zaman tahun 80han dahulu.

Wak yakin bahawe di kalangan penyokong2 PR Selangor sendiri ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan MB ni. Walau pun negeri Selangor di katekan sangat 'kaye' dan punye rezap wang simpanan mencecah rubuan jute, ianye sepatut nye di salurakan kepade rakyat yang memerlukan nye.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-