Wednesday, June 18, 2014

Lagi cerita berkenaan roboh meroboh...........

Adakah DBKL pilih kasih roboh rumah Kg Chubadak?

ARIF ATAN | 18 Jun 2014.


KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat bersikap pilih kasih dalam operasi perobohan antara rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dengan premis yang sedang dalam pembinaan.

Seorang pembaca menghubungi Harakah memberitahu operasi merobohkan sebuah bangunan batu di Jalan Pantai Baharu, 3 Jun lalu mulanya didatangi jentolak dengan tidak kurang 10 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL).

"Saya sempat ambil gambar ketika penguatkuasa mereka datang mahu meroboh jam 10.30 pagi itu tapi tak jadi selepas berlaku rundingan dengan pemilik restoran itu.

"apakah yang berlaku semasa rundingan tersebut? Bagaimana dapat sambung air bermeter? Bumbung pula masuk rizab jalan. Bomba sudah tentu susah nak buat pusingan," ujarnya yang juga seorang pesara.

Tinjauan Harakah petang semalam (17 Jun) di lokasi tersebut yang terletak kurang 20 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baharu mendapati terdapat beberapa buruh sedang meneruskan kerja di bangunan dua tingkat itu.

Kelihatan juga semburan cat "ROBOH 03/06/14 PTGWPKL" pada premis yang difahamkan di atas tanah rizab kerajaan telah dipadamkan.

"Saya geram kerana rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan sekitar Sungai Gombak itu begitu cepat diroboh tetapi bangunan ini tidak jadi pula," ujar pelapor itu lagi. HARAKAHDAILY 18/6/2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-