Tuesday, October 28, 2014
Fitnah II : Keterangan Saiful diliwat tak konsisten - Peguam
PUTRAJAYA 28 OKT: Tan Sri Gopal Sri Ram hari ini berhujah mengenai gambar Saiful Bukhari Azlan yang menghidangkan teh di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Katanya, Saiful mengaku pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun 2008 dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu.
Ketua Peguam Bela Anwar itu berkata, gambar itu menunjukkan sikap Saiful dan saksi itu juga mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut.
Bagaimanapun gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).
Gopal berkata hakim melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu. Beliau juga memetik satu kes di mana bukti-bukti tersebut boleh diterima.
Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia diliwat dengan ganas sebelum itu.
Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira, lapor Malaysiakini.
Beliau berkata keterangan Saiful adalah bersifat mustahil, luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim mengenai keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan.
Beliau mempersoalkan jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.
Beliau seterusnya berhujah mengenai aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil doktor yang memeriksa Saiful ketika itu, Dr Osman.
Menurutnya, aduan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang kuat kerana hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan bukti.
Peguambela itu seterusnya berhujah, dalam kes ini, Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.
Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya digunakan untuk mesyuarat Anwar.
Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful berada di kondominium itu ketika kejadian liwat dikatakan berlaku. Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan dengan itu, membuat sabitan adalah tidak selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Pakatan Rakyat sudah semakin longgar pakatan nya. Ini telah terbukti semasa parti itu menjalankan strategi kempen nya N31 Bagan Pinang. Ol...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
Jamil: Bekalkan senjata pada penguatkuasa agama Bernama 6:42PM Nov 12 ...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.