NAZRI ABDULLAH | 07 November 2014.
KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan balas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, lari dari premis asal.
Menurut beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara parti.
"Malah beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak tepat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.
Mengulas lanjut Mustafa berkata, Pakatan Rakyat yang bermula sejak 2008 sehingga sekarang, sudah berpuluh kali mengadakan mesyuarat yang kadang kala tidak dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan telah membuat pelbagai keputusan.
Sepanjang tempoh itu juga katanya, segala keputusan yang dibuat, berjalan dengan baik tanpa menjejaskan perjalanan Pakatan Rakyat.
"Tetapi kenapa soal ketidakhadiran ini dibangkit dan diperbesar sekarang?" soal beliau.
Mustafa bagaimanapun berkata, beliau tidak berminat untuk memanjangkan polemik isu itu secara terbuka apatah lagi ia membabitkan soal dalaman parti dan antara parti, kerana ia tidak mendatangkan kebaikan kepada Pakatan Rakyat.
"Walau bagaimanapun, tidak jadi masalah kepada saya untuk bincang secara direct dengan beliau (Loke) dan mana-mana pimpinan DAP yang lain sebagaimana berlaku sebelum ini, sama ada soal dalaman parti atau antara parti, untuk kebaikan Pakatan Rakyat," katanya. -HARAKAHDAILY 7/11/2014

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.