KLANG, 29 DIS: Pusat Khidmat Parlimen Klang hari ini melancarkan usaha pengumpulan barangan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.
Ahli Parlimen Klang Charles Santioago berkata, kutipan barangan sumbangan bermula hari ini sehingga Rabu, 31 Disember.
Serahan sumbangan boleh dibuat di alamat 2A, Jalan Bayu Tinggi 8/KS6, Batu Unjur Klang bermula dari jam 12 tengahari hingga 6 petang.
Ataupun terus menghantarnya di Ibu Pejabat DAP Selangor di alamat 24, Jalan 20/9,45300 Petaling Jaya dari jam 10.30 pagi hingga 4 petang.
Antara barangan diperlukan adalah lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan dewasa, tuala wanita, ubat-ubatan, lingkaran ubat nyamuk, khemah, ubat gigi, sabun dan lain-lain.
“Semua barangan yang dikumpulkan, akan dihantar ke Terengganu dan Kelantan melalui Ibu Pejabat DAP Selangor Rabu ini,” ujar Santiago.
Sementara itu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam kenyatannya sebelum ini berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM 1.5 juta untuk membantu rakyat Kelantan
Azmin memaklumkan kerajaan negeri membuka Bilik Operasi Banjir bagi meneliti maklumat terkini cuaca bagi mempersiapkan seluruh jentera negeri menghadapi kemungkinan banjir di Selangor.
Tambahnya, organisasi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) kini meningkatkan jumlah sukarelawan untuk membantu kerja menyelamat serta pembersihan sebaik banjir reda.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut digalakkan menyediakan bantuan seperti peralatan persekolahan selain kerja pembersihan kediaman mangsa banjir dapat. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.