KUALA LUMPUR 23 DIS : Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyatakan kekecewaanya apabila gagal mendapatkan penjelasan daripada Felda Global Ventures Holding (FGVH) berhubung kemerosotan sahamnya daripada RM4.20 kepada RM2.30 seunit.
Jelas Mazlan, kegagalan mendapatkan penjelasan itu disebabkan menteri bertanggungjawab sedang bercuti termasuk Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang kini berada di London.
“Dalam keadaan saham begini, ibarat sekarang ni musim banjir, tiba-tiba Perdana Menteri pergi bercuti.
“Apa maknanya? Itu ertinya kita anggap benda tu remeh, tak ambil berat dengan apa yang sedang melanda kepada 1.5 juta warga Felda,” ujarnya.
Menurutnya, peneroka kini menanggung beban hutang dengan Felda dan sebahagiannya mungkin berdepan tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang tertunggak.
“Dengan keadaan saham yang teruk jatuh, takkan lah pihak kerajaan tak nampak ini adalah satu perkara yang sangat serius?,” soalnya ketika ditemui di Menara Felda selepas penyerahan memorandum mengenai isu berkenaan, hari ini.
Memorandum itu disampaikan kepada Naib Presiden FGV, Mohd Najid Md Yahya yang menyatakan pihaknya tidak diberi mandat untuk memberi penjelasan kepada peneroka, dan sebahagian besar pegawainya sedang bercuti.
“Ini bagi saya adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, tak ambil serius dan lebih buruk dalam keadaan begini mereka berbalah sesama sendiri,” ujarnya merujuk krisis membabitkan Felda dengan penggantungan tugas Pengarah Besarnya, Datuk Faizoull Ahmad selama dua bulan.
Menurut Mazlan, kerajaan sebelum ini berjanji membawa Felda ke ‘era transformasi’ dengan membuat penyenaraian saham FGV di Bursa Malaysia dan melonjakkan syarikat itu ke peringkat antarabangsa.
“Ini belum kita nyatakan setiap anak syarikat mereka (Felda) yang berada di luar negara, turut berada di dalam keadaan yang teruk, sebab itu kita nak penjelasan daripada mereka,” ujarnya lagi.
Turut hadir dalam penyerahan memorandum itu, Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop dan Naib Pengerusi KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.